Pages

Saturday, 3 December 2016

Rezeki pergi kelas lambat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini aku nak cerita pasal rezeki. Kalau nak kata pasal rezeki ni, orang kata kita masih diberi peluang untuk hidup di dunia ni pun kira rezeki yang kita dapat setiap hari.

Jadi aku nak cerita pasal rezeki aku masa lewat ke kelas.

Hari selasa masa minggu kedua November. Aku ada kelas pukul 9 pagi. Jadi aku akan naik bas dari kolej kediaman ke kampus pukul 8. Nak dijadikan cerita lepas subuh tu aku tidur balik, Mengantuk sangat sebab malam sebelum tu tidur pukul 2 pagi buat assignment. Aku pun kunci la jam pukul 7.20am, 7.30am, 7.40am.

TETAPI!! aku terbabas sampai pukul 8.10 am. aku dah gelabah dengan belum mandinya, habis tu nak naik bas pukul berapa kan.. nasib baiklah aku jenis yang siapkan baju nak pakai, kemas beg ke kelas dengan isi air masak dalam botol awal-awal. Sambil-sambil aku lari masuk toilet, aku terfikir, 'kawan-kawan yang selalu pergi kelas sekali dengan aku ni tak datang ketuk pintu bilik aku ke pukul 8 tadi..' tak lama lepastu Tehah ketuk pintu bilik "Sorry beb aku baru bangun, korang gerak la dulu" kataku dengan muka yang malu sangat sebab lambat. Lepastu dia kata "takpela aku tunggu je kau kat bilik Qila dengan Zara" Then aku pun angguk jela. Ayat Tehah jadi penguat semangat untuk aku bersiap cepat-cepat sebab aku taknak diorang tunggu lama.

Oh ye mesti korang tertanya-tanya roommate aku tak kejut ke? ke korang tak tertanya-tanya pun.. hehehe.. Hmm roommate aku masa tu dapat cuti sakit daripada doktor sebab sakit mata sampai seminggu. Jadinya dia memang tak perlu bersiap-siap untuk pergi kelas la kan. 8.30am terus aku dengan 3 orang lagi kawan aku turun ke tempat tunggu bas. Bas ni pulak bergerak setiap 30 minit. (kalau peak hour 15 minit kot). 1 lagi masalah timbul bila pagi tu takde bas pulak.. Students yang tunggu kat situ punya la ramai. Kalau nak sumbat dalam 1 bas pun tak cukup. Pelik jugalah kenapa tak ada bas sedangkan ramai student yang kelas start awal pagi.

No choice selain tunggu bas seterusnya datang. Aku dah risau sampai kelas lambat sebab jalan kat KL ni confirm sesak pagi-pagi sebab orang pergi kerja. Kalau jalan tak sesak, perjalan ke kampus hanya dalam 10 - 15 minit je naik bas. tapi waktu2 puncak (orang pergi dan balik kerja), perjalanan yang 15 minit tu boleh jadi 40 minit. dan aku pun rasa bersalah kat Qila, Zara, Tehah kalau sampai lambat. Disebabkan aku diorang pun lambat. Masa tengah tunggu bas tu aku tengok makin ramai pulak classmates aku yang baru turun dari bilik. heheheh ada geng masuk lambat ni. kalau kena denda dengan lecturer boleh bagi alasan 'bas takde'. Bukannya menipu tapi inilah realitinya.

8.40am ada 1 bas sampai, aku dengan kawan-kawan bertekad untuk naik jugak bas ni biarpun kena berdiri. Kalau tak, kena tunggu bas seterusnya yang tak tahu pukul berapa. sampai je kampus dah pukul 9.05am. tu belum kira kena jalan kaki dari tempat bas ke fakulti. Jauh tu. Dah sampai kat fakulti, nak kena tunggu turn naik lif pulak. Kelas kitorang kat tingkat 6, pagi tu. Jadi tak sangguplah nak naik tangga. Dah sampai depan lif, ramai pulak manusia yang menunggu turn jugak. Tunggu punya tunggu, makin ramai pulak yang memilih untuk naik tangga. Masa ni aku nampak lagi rezeki kitorang yang tak payah tunggu lif lama-lama. tehee!!

Sampai je kelas, berdebar-debar aku nak buka pintu sebab takut kena sergah dengan lecturer. Rupa-rupanya lecturer belum sampai. Kau tahu tak lega dia macam mana.. wow! hehehehe...

Jadi inilah cerita tentang rezeki aku masa lambat pergi kelas.. Kira rezeki la kan sebab ramai geng datang lambat, dapat naik bas walaupun berdiri, dapat naik lif tanpa berhimpit-himpit dan masuk ke kelas sebelum lecturer masuk.

Walaubagaimanapun, korang jangan nak cuba-cuba pergi kelas lambat pulak tau. kalau korang yang kena denda jangan salahkan aku.. Muahahahaha.... Bye.

No comments:

Post a Comment