Pages

Friday, 10 June 2016

Memory in KMS

I miss so much suasana di kms 😭😭..
Rindu nak pergi kelas awal sebab berebut tempat.. 😂

Paling takut hari isnin sebab pukul 8 kuliah maths, kalau lambat kena berdiri kat depan. 🙆🏻

Paling best hari isnin jugak sebab rehat 2 jam direct. (Untuk kelas aku la)

Paling tak best jumaat sebab straight tutorial class only.. Khamis malam tu memang bersengkang mata siapkan tutorial fizik, maths and kimia.. And ready kena attack dengan madam dalam kuliah sains komputer. 

I like selasa sebab subjek fizik direct 3 jam.. Kuliah 1 jam, then lab 2 jam.. Kadang2 kalau ada lecturer subjek lain busy, nanti ganti dengan fizik so jadi 4 jam.. Ahhaha I memang suka subjek fizik..serius tak tipu.. Tapi tak suka bila sir buat quiz mengejut.. 

Masa awal sem 2 suka sangat hari khamis sebab ada amali sains komputer.. Masa awal2 tu sir suruh buat animation la, video la, edit sound la.. Memang best.. First lab activity kena buat animation kucing senyum.. Tapi lepas je chapter multimedia, nak masuk lab tu macam tak best sangat dah sebab masuk tajuk programming.. Perghh.. Programming tu best tapi kadang2 tak berjaya jugak run program. Bila kita dah confident dengan program tu, tapi tak boleh nak run rasa nak campak je keyboard tu.. 

Rabu pulak hari yang mendebarkan kalau time tu dah sampai turn untuk buat presentation masa kelas kemahiran dinamika.. Madam kitorang nak presentation yang power punya.. Kalau boleh nak ada nyanyi, berlakon, berpantun dan bersajak semua la.. Kalau minggu tu turn aku and the geng kena present, rabu pagi tu dah tak boleh fokus dalam kelas, tambah pulak kelas kemahiran dinamika petang pukul 2 sampai 3.

Alhamdulillah semua happy dengan result PSPM 1..

Kitorang memang suka berselfie dimana saja dan bila2 masa.. Ni berselfie dalam dewan kuliah kecil 3 sebelum masuk dewan kuliah kecil 1.. Saja tanak tunggu luar dewan sebab kat luar panas. Gedik 🙄

End of semester 1. Selfie kat dewan andromeda (examination hall)

Bersama pasangan masing-masing..! 
Inilah perangai bila dapat outing. 

Finally dapat tengok tv.. Maklumlah masa ni baru betul2 habis pspm 1. Madam Hakimah bagi permission tengok tv kat rumah madam.. Hikhikhik

Kalau boleh semua alat sukan dalam stor sukan tu nak dicuba.. Ahhahaha.. Bila lagi kan nak pakai kalau bukan kat matrik.. 

Haaa angkatla Sofwan tu, mentang2 dia kecik..

Aku stress..! Exam nak dekat..!
Hahahah.. Gambar ni diorang (classmate) ambil masa nak dekat PSPM 1.. Hahaha memang kena sangat dengan situasi..

Study sama-sama di hujung minggu..
Masa aku sekolah dulu, mana ada macam ni.. Memang study sorang2. Kalau tak faham tu, nasiblah.. Kalau kat matrik ni, kalau tak faham apa2 subjek, kawan selalu ada tolong.. 

Madam Rose paksa makan pineapple upside down yang madam buat tu sebab madam risau kalau tak habis.. 😂
First time pakai henna..!! 😍 walaupun pakai yang template punya je.. Bila lagi nak try kalau bukan kat matrik..

Ajk2 jamuan kelas 🙄. Terpaksaku relakan diri ini untuk jadi ajk jamuan 😭
Apa2 pun semua puas hati dengan jamuan tu.. Yeay..! 

Syira selalu ada untuk buat kita happy.. Kite mesti lupa masalah kite bila dengan Syira sebab dia selalu buat kite gelak macam2 cara.. Gelak sampai keluar air mata, gelak guling2 atas lantai, gelak tak bersuara.. Dan dia sorang je yang mampu buat kite menangis masa last day kat Matrik Selangor.. 😭

Saya rindu kolej matrikulasi selangor 😭











No comments:

Post a Comment