Pages

Friday, 24 June 2016

Dulu-dulu vs sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tadi aku stalk insta sorang pelukis komik ni.. Aku baca semua komik dia then ada satu post 👇🏻👇🏻

Aku setuju sangat dengan komik ni.. (Ceh bukan dia tanya setuju ke tak.. )

Bukan apa aku teringat lagi masa mula2 masuk matrik dulu, aku mengalami culture shock sebab situasi macam dalam gambar tu la.. 

Aku ingat lagi masa first week tutorial fizik, masa tu takde buku tutorial lagi lepastu madam kata "okay ketua buat satu group wasep sekarang"
Lepas dah masukkan semua orang dalam group, madam kata "saya ada hantar kerja kat group tu, buat sekarang"

Masa tu aku agak terkejut. Dalam fikiran 'memang life selepas sekolah macam ni eh?' 

Bukan setakat tutorial fizik, semua subjek ada group sendiri dan lecturer bagi task or assignment through wasep je. Kadang2 lecturer ni suka bagi surprise, bila weekend bagi assignment then kena hantar hari isnin..

Dah la mula2 tu aku memang tak pakai data, so aku berharap kat kawan.. Tak lama lepas tu aku pun start pakai data..

Mula2 memang aku agak terkejut, tapi lama2 dah biasa. 

Sampaikan kalau lecturer tak bawa bahan untuk mengajar, lecturer akan hantar gambar je kat group masa kelas tutorial tu jugak.. Then lecturer akan explain sambil kitorang refer kat phone. 
Kau rasa semua refer benda yang lecturer bagi ke..? 😏 jawapannya tak weyh.. 
Ada je yang ambil kesempatan buka game..

Walaupun agak kekok nak riuh rendah dalam group yang ada lecturer tu, lama2 dah okay.. Daripada diam je, lepastu group tu aktif bila ada yang tanya2 solution soalan ke apa ke, lama2 bergurau dan akhirnya rapat.. Happy ending 😄

Tapi citernya bila dah keluar matrik, tak siapa pun berani nak left group.. Lecturer2 pun tak left lagi dari group2 tu..  Agak2nya dah berapa group yang lecturer ada sejak mereka jadi pensyarah ni.. 

Sekian,
Salam ramadhan

No comments:

Post a Comment