Pages

Friday, 24 June 2016

Dulu-dulu vs sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tadi aku stalk insta sorang pelukis komik ni.. Aku baca semua komik dia then ada satu post 👇🏻👇🏻

Aku setuju sangat dengan komik ni.. (Ceh bukan dia tanya setuju ke tak.. )

Bukan apa aku teringat lagi masa mula2 masuk matrik dulu, aku mengalami culture shock sebab situasi macam dalam gambar tu la.. 

Aku ingat lagi masa first week tutorial fizik, masa tu takde buku tutorial lagi lepastu madam kata "okay ketua buat satu group wasep sekarang"
Lepas dah masukkan semua orang dalam group, madam kata "saya ada hantar kerja kat group tu, buat sekarang"

Masa tu aku agak terkejut. Dalam fikiran 'memang life selepas sekolah macam ni eh?' 

Bukan setakat tutorial fizik, semua subjek ada group sendiri dan lecturer bagi task or assignment through wasep je. Kadang2 lecturer ni suka bagi surprise, bila weekend bagi assignment then kena hantar hari isnin..

Dah la mula2 tu aku memang tak pakai data, so aku berharap kat kawan.. Tak lama lepas tu aku pun start pakai data..

Mula2 memang aku agak terkejut, tapi lama2 dah biasa. 

Sampaikan kalau lecturer tak bawa bahan untuk mengajar, lecturer akan hantar gambar je kat group masa kelas tutorial tu jugak.. Then lecturer akan explain sambil kitorang refer kat phone. 
Kau rasa semua refer benda yang lecturer bagi ke..? 😏 jawapannya tak weyh.. 
Ada je yang ambil kesempatan buka game..

Walaupun agak kekok nak riuh rendah dalam group yang ada lecturer tu, lama2 dah okay.. Daripada diam je, lepastu group tu aktif bila ada yang tanya2 solution soalan ke apa ke, lama2 bergurau dan akhirnya rapat.. Happy ending 😄

Tapi citernya bila dah keluar matrik, tak siapa pun berani nak left group.. Lecturer2 pun tak left lagi dari group2 tu..  Agak2nya dah berapa group yang lecturer ada sejak mereka jadi pensyarah ni.. 

Sekian,
Salam ramadhan

Saturday, 11 June 2016

Diari dapur 3

Masa aku tengah sediakan bahan nak masak ayam masak merah..

Aku : bibik, cili kisar ada tak..?

Bibik dengan dahi berkerut bersuara "cili kisar..? Apa tu kakak..?"

Aku : cili blend

Bibik: ohhhh cili blend.. Ada..!!

Aku: hahahahah bibik ni cakap bahasa inggeris baru faham..

Bibik: iyalah~ hahahah..

Bibik pun gelak je..

----------------
Suatu hari tu buat air gula.. Masa tengah kacau2 gula tu aku bersuara

Aku: sara meh la rasa air gula ni manis ke tak..? 

Sara buat muka marah2 manja

*bengong betul aku. Dah air gula memang la manis.. Masa tu saja nak mengusik sara..

Bibik gelak je lepastu cakap "ada ada sajalah kamu ni kakak.. Hahahha.."


Diary dapur 2

Suatu petang aku dan sara ke dapur nak buat kuih buah melaka untuk berbuka.. Abah suka sangat kuih ni.

Tiba-tiba

Adam: saya nak tolong kakak..!

Adam offer to help in the kitchen.. 😱

Me: okay marilah..

Adam: saya nak belajar masak sebab kalau saya tak jadi saintis, saya nak jadi chef..

Good adam, dah ada perancangan masa depan.. 
Akak ni hmm 😞


Friday, 10 June 2016

Memory in KMS

I miss so much suasana di kms 😭😭..
Rindu nak pergi kelas awal sebab berebut tempat.. 😂

Paling takut hari isnin sebab pukul 8 kuliah maths, kalau lambat kena berdiri kat depan. 🙆🏻

Paling best hari isnin jugak sebab rehat 2 jam direct. (Untuk kelas aku la)

Paling tak best jumaat sebab straight tutorial class only.. Khamis malam tu memang bersengkang mata siapkan tutorial fizik, maths and kimia.. And ready kena attack dengan madam dalam kuliah sains komputer. 

I like selasa sebab subjek fizik direct 3 jam.. Kuliah 1 jam, then lab 2 jam.. Kadang2 kalau ada lecturer subjek lain busy, nanti ganti dengan fizik so jadi 4 jam.. Ahhaha I memang suka subjek fizik..serius tak tipu.. Tapi tak suka bila sir buat quiz mengejut.. 

Masa awal sem 2 suka sangat hari khamis sebab ada amali sains komputer.. Masa awal2 tu sir suruh buat animation la, video la, edit sound la.. Memang best.. First lab activity kena buat animation kucing senyum.. Tapi lepas je chapter multimedia, nak masuk lab tu macam tak best sangat dah sebab masuk tajuk programming.. Perghh.. Programming tu best tapi kadang2 tak berjaya jugak run program. Bila kita dah confident dengan program tu, tapi tak boleh nak run rasa nak campak je keyboard tu.. 

Rabu pulak hari yang mendebarkan kalau time tu dah sampai turn untuk buat presentation masa kelas kemahiran dinamika.. Madam kitorang nak presentation yang power punya.. Kalau boleh nak ada nyanyi, berlakon, berpantun dan bersajak semua la.. Kalau minggu tu turn aku and the geng kena present, rabu pagi tu dah tak boleh fokus dalam kelas, tambah pulak kelas kemahiran dinamika petang pukul 2 sampai 3.

Alhamdulillah semua happy dengan result PSPM 1..

Kitorang memang suka berselfie dimana saja dan bila2 masa.. Ni berselfie dalam dewan kuliah kecil 3 sebelum masuk dewan kuliah kecil 1.. Saja tanak tunggu luar dewan sebab kat luar panas. Gedik 🙄

End of semester 1. Selfie kat dewan andromeda (examination hall)

Bersama pasangan masing-masing..! 
Inilah perangai bila dapat outing. 

Finally dapat tengok tv.. Maklumlah masa ni baru betul2 habis pspm 1. Madam Hakimah bagi permission tengok tv kat rumah madam.. Hikhikhik

Kalau boleh semua alat sukan dalam stor sukan tu nak dicuba.. Ahhahaha.. Bila lagi kan nak pakai kalau bukan kat matrik.. 

Haaa angkatla Sofwan tu, mentang2 dia kecik..

Aku stress..! Exam nak dekat..!
Hahahah.. Gambar ni diorang (classmate) ambil masa nak dekat PSPM 1.. Hahaha memang kena sangat dengan situasi..

Study sama-sama di hujung minggu..
Masa aku sekolah dulu, mana ada macam ni.. Memang study sorang2. Kalau tak faham tu, nasiblah.. Kalau kat matrik ni, kalau tak faham apa2 subjek, kawan selalu ada tolong.. 

Madam Rose paksa makan pineapple upside down yang madam buat tu sebab madam risau kalau tak habis.. 😂
First time pakai henna..!! 😍 walaupun pakai yang template punya je.. Bila lagi nak try kalau bukan kat matrik..

Ajk2 jamuan kelas 🙄. Terpaksaku relakan diri ini untuk jadi ajk jamuan 😭
Apa2 pun semua puas hati dengan jamuan tu.. Yeay..! 

Syira selalu ada untuk buat kita happy.. Kite mesti lupa masalah kite bila dengan Syira sebab dia selalu buat kite gelak macam2 cara.. Gelak sampai keluar air mata, gelak guling2 atas lantai, gelak tak bersuara.. Dan dia sorang je yang mampu buat kite menangis masa last day kat Matrik Selangor.. 😭

Saya rindu kolej matrikulasi selangor 😭











Thursday, 9 June 2016

Diary dapur 1

Dalam pukul 4.30 petang mama call tanya "kakak dengan adik2 nak masak apa untuk berbuka ni..?"

Dalam hati 'oh noooo kena masak sendiri.. Ingtkan bulan ramadhan ni dapat cuti memasak'
Oleh sebab takde mood nak masak, maka Sara la yang masak aku just tolong potong bawang, carrot, kacau2 senduk.. 

Masa tengah ambil tomato dalam peti dan Sara pulak tengah masukkan puding laici dalam peti 
Papp..! Elektrik takde.. 😑

Lepastu bibik aku risau giler "ahhhh gimana ni, nasi belum siap masak.. Sekarang dah setengah 7 (read: 6.30 petang)" 

Masa bibik tengah kalut pikir nak masak nasi macam mana, aku dengan sara meneruskan aktiviti kami.. Kali ini kitorang buat air asam pulak.. Setelah potong tomato, cili, perah asam jawa dan masukkan dalam mangkuk, Sara kata "dah pergi masukkan air asam ni dalam peti ais, sejuk2 sedap"

Aku baru nak buka pintu peti ais baru teringat "eh elektrik takde, macam mana nak sejuk.. Lol"