Pages

Tuesday, 24 May 2016

Move to plan B

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kite tak ingat sama ada kite pernah bagitahu kalian atau tidak yang antara sebab kite masuk matrik dulu adalah sebab kite nak masuk program persediaan pensyarah matrik ke luar negara. Program tu akan hantar pelajar matrikulasi yang layak belajar di peringkat ijazah di luar negara, bila balik Malaysia nanti, mereka akan jadi pensyarah di matrikulasi. Ya ini antara sebab kenapa aku pilih matrikulasi dulu.

Alhamdulillah dengan keputusan PSPM 1, aku layak untuk memohon ke program itu, tapi satu je masalahnya, aku dapat band 3 untuk MUET. Antara syarat kelayakan ke program itu, kena dapat band 4 dalam MUET. Sebelum masuk matrik aku tak tahu pun yang result MUET pun diambil kira, aku cuma tahu yang result PSPM mesti 3.5 and above. Kalau aku tahu dari awal tentu aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat band 4 and above.

Baru2 ni result sama ada aku layak atau tidak untuk di interview untuk program itu dah keluar. Dan aku TAK DAPAT. T_T sangat la sedih.

Impian aku dari kecik :
a) nak jadi lecturer
b) nak belajar di luar negara.

Bayangkan kalau aku dapat ke program tu,  kedua-dua impian aku tu dapat aku capai.
Tapi itulah rezeki aku bukan dekat situ. Aku pernah tanya madam subjek fizik aku sebab madam tu pun join program tu dulu. Aku tanya "MUET madam dapat band berapa..?"
Madam kata "saya dapat band 3"

See aku dengan madam sama. Tapi itulah, dulu lain, sekarang lain.
Classmate aku Fatimah yang lepas semua syarat kelayakan tu pun tak dapat.
Hmmm.. Nampaknya plan A aku tak berjaya, tapi tula orang kata banyak lagi huruf selain A.

So aku terus ke plan B. Nanti aku fikirkan apa plan B aku.. Rasa macam ada tapi kena plan elok2 supaya plan B ni tak kecundang. Fighting..!! 💪🏻💪🏻

No comments:

Post a Comment