Pages

Wednesday, 18 May 2016

Diploma atau matrikulasi..?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejak belakangan ni, aku dapati pelajar2 lepasan spm dalam dilema apabila dapat banyak sangat tawaran. Lagi2 apabila ditawarkan diploma dan matrik. Diorang keliru nak pegi diploma atau matrik. 

Okaylah first sekali kau tengok balik cita2 kau, sama ada diploma atau matrik yang boleh membuatkan kau mencapai cita2. 
Katakanlah kau nak jadi engineer. 
Kau dapat tawaran matrik aliran sains dan diploma kejururawatan (contoh), maka pergilah matrik. 

Kalau dapat kursus yang sama untuk diploma dan matrik.. Contohnya macam aku dulu dapat tawaran matrik aliran sains dan diploma sains. Kedua2nya benda yang sama kan. Aku pernah ceritakan pasal ni dalam post "andai aku bukan pelajar matrik" masa tu aku dapatkan pendapat dari family aku. 
Lagi satu, kalau aku masuk matrik aku masih boleh pilih nak ambil modul berapa.
Modul 1 - maths, bio, fizik, kimia
Modul 2 - tiada bio, ada sains komputer 
Modul 3 - tiada fizik, ada sains komputer 

Since aku tahu aku tak boleh bawa subjek biology sejak sekolah, maka aku pilih modul 2.

Kalau aku memilih diploma sains, aku tetap kena belajar subjek biology. Masa sem 4 baru boleh pilih sama ada nak fizik atau biology.

Maka saya memilih belajar di matrikulasi dan alhamdulillah belajar di matrikulasi tak sesusah yang selalu orang cerita. Orang kata matrik susah, laju la apa semua. Tapi ramai je yang berjaya dapat keputusan yang baik.. Belajar apa yang senang..? Yang penting keredhaan ibu bapa, minat dan keinginan nak berjaya.
Pada pandangan aku, kalau aku minat sesuatu tu tapi mama abah macam tak setuju kalau aku buat, aku tak teruskan sebab aku tahu susah nak capai kejayaan kalau tak ada keredhaan ibu bapa. Kalau ibu bapa tak redha, Allag pun tak redha. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kan..? 

No comments:

Post a Comment