Pages

Tuesday, 24 May 2016

Move to plan B

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kite tak ingat sama ada kite pernah bagitahu kalian atau tidak yang antara sebab kite masuk matrik dulu adalah sebab kite nak masuk program persediaan pensyarah matrik ke luar negara. Program tu akan hantar pelajar matrikulasi yang layak belajar di peringkat ijazah di luar negara, bila balik Malaysia nanti, mereka akan jadi pensyarah di matrikulasi. Ya ini antara sebab kenapa aku pilih matrikulasi dulu.

Alhamdulillah dengan keputusan PSPM 1, aku layak untuk memohon ke program itu, tapi satu je masalahnya, aku dapat band 3 untuk MUET. Antara syarat kelayakan ke program itu, kena dapat band 4 dalam MUET. Sebelum masuk matrik aku tak tahu pun yang result MUET pun diambil kira, aku cuma tahu yang result PSPM mesti 3.5 and above. Kalau aku tahu dari awal tentu aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat band 4 and above.

Baru2 ni result sama ada aku layak atau tidak untuk di interview untuk program itu dah keluar. Dan aku TAK DAPAT. T_T sangat la sedih.

Impian aku dari kecik :
a) nak jadi lecturer
b) nak belajar di luar negara.

Bayangkan kalau aku dapat ke program tu,  kedua-dua impian aku tu dapat aku capai.
Tapi itulah rezeki aku bukan dekat situ. Aku pernah tanya madam subjek fizik aku sebab madam tu pun join program tu dulu. Aku tanya "MUET madam dapat band berapa..?"
Madam kata "saya dapat band 3"

See aku dengan madam sama. Tapi itulah, dulu lain, sekarang lain.
Classmate aku Fatimah yang lepas semua syarat kelayakan tu pun tak dapat.
Hmmm.. Nampaknya plan A aku tak berjaya, tapi tula orang kata banyak lagi huruf selain A.

So aku terus ke plan B. Nanti aku fikirkan apa plan B aku.. Rasa macam ada tapi kena plan elok2 supaya plan B ni tak kecundang. Fighting..!! 💪🏻💪🏻

Wednesday, 18 May 2016

Diploma atau matrikulasi..?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejak belakangan ni, aku dapati pelajar2 lepasan spm dalam dilema apabila dapat banyak sangat tawaran. Lagi2 apabila ditawarkan diploma dan matrik. Diorang keliru nak pegi diploma atau matrik. 

Okaylah first sekali kau tengok balik cita2 kau, sama ada diploma atau matrik yang boleh membuatkan kau mencapai cita2. 
Katakanlah kau nak jadi engineer. 
Kau dapat tawaran matrik aliran sains dan diploma kejururawatan (contoh), maka pergilah matrik. 

Kalau dapat kursus yang sama untuk diploma dan matrik.. Contohnya macam aku dulu dapat tawaran matrik aliran sains dan diploma sains. Kedua2nya benda yang sama kan. Aku pernah ceritakan pasal ni dalam post "andai aku bukan pelajar matrik" masa tu aku dapatkan pendapat dari family aku. 
Lagi satu, kalau aku masuk matrik aku masih boleh pilih nak ambil modul berapa.
Modul 1 - maths, bio, fizik, kimia
Modul 2 - tiada bio, ada sains komputer 
Modul 3 - tiada fizik, ada sains komputer 

Since aku tahu aku tak boleh bawa subjek biology sejak sekolah, maka aku pilih modul 2.

Kalau aku memilih diploma sains, aku tetap kena belajar subjek biology. Masa sem 4 baru boleh pilih sama ada nak fizik atau biology.

Maka saya memilih belajar di matrikulasi dan alhamdulillah belajar di matrikulasi tak sesusah yang selalu orang cerita. Orang kata matrik susah, laju la apa semua. Tapi ramai je yang berjaya dapat keputusan yang baik.. Belajar apa yang senang..? Yang penting keredhaan ibu bapa, minat dan keinginan nak berjaya.
Pada pandangan aku, kalau aku minat sesuatu tu tapi mama abah macam tak setuju kalau aku buat, aku tak teruskan sebab aku tahu susah nak capai kejayaan kalau tak ada keredhaan ibu bapa. Kalau ibu bapa tak redha, Allag pun tak redha. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kan..? 

Monday, 16 May 2016

Dear syafiqah. #1

Dear Syafiqah, 🙋🏻

Bila kau baca semula post ini ingatlah

1) jangan sesekali mudah percaya dengan kata2 orang lain terutamanya orang yang baru kau kenali.. Jangan percaya apa yang dikatakan serta berita yang disebarkan sehingga kau lihat dengan mata sendiri ....!!!

2) yang kau pernah berkata dengan diri sendiri yang kau tak percaya pada term 'best friend' ataupun 'best friend forever' ni sebab 'best friend ni selalu tikam belakang kau, orang yang paling kau percaya pernah hancurkan kepercayaan kau terhadap dia. 

3) kau cuma percaya pada term 'friend'. Friend ni orang yang selalu dengan kau.. Yang lain hanyalah kenalan.

4) walau apa pun yang terjadi, family comes first. 👪👭👭 

5) disaat kau update post ni, kau belum pasti dengan halatuju kau sebenarnya. Tapi apa pun yang kau lakukan ingatlah yang kau niat semuanya kerana Allah. Kau nak berjaya sebab nak bantu orang, agar umat Islam jadi kuat, berilmu dan berguna. Kau juga nak bantu orang bukan Islam sebab sejak kecil kau diterapkan dengan nilai2 patriotik, menghormati agama lain dan sentiasa bersikap terbuka. ❤️

Kalkulator untuk matrikulasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Okay kite percaya ramai bakal student matrikulasi akan buat banyak research pasal matrik masing2 kan.. Macam2 nak tahu.. Agaknya korang pernah terfikir tak nanti kat matrik pakai kalkulator apa.. Kite pernah.. Tehee.. Okay.. Kalau korang nak pakai kalkulator yang masa form 4 dan form 5 tu pun boleh.. Tapi masa kite belajar dulu, lecturer kite lebih prefer kalkulator yang ini 
-sumber internet- 
Kalkulator fx-570ES PLUS

Bagi pelajar matrikulasi selangor, tak payah beli awal2 pun tak apa.. Sebab nanti bila lecturer dah promote kat korang untuk beli kalkulator tu, lecturer2 akan buka tawaran siapa nak beli bayar duit kat lecturer, nanti lecturer belikan. Baik kan.. Kalau tak silap masa lecturer offer untuk belikan tu, murah je around RM45. Eikkk don't hentam i sebab i kata rm45 tu murah.. Tahu tak i beli sendiri kat luar sebelum masuk matrik dengan harga RM60. Masatu itu je la satu2nya kedai yang i jumpa kalkulator ni.. Nasib baik berguna.. Kawan2 i yang beli dengan lecturer dapat harga lagi kurang dari i beli.

Tapi kalau nak pakai kalkulator hitam tu je boleh. Tak ada masalah. Nak beli time nak final exam pun boleh kalau lecturer korang baik hati nak belikan untuk korang.. 

Time final exam haritu, kite tengok ada sorang classmate lelaki kite, bawa kedua2 jenis kalkulator.. Bersedia barangkali.. Manalah tahu kalau satu rosak, at least dia ada spare yang lain.

Kite juga nampak ada sorang budak kuliah kite ni, bila pengawas kata "peperiksaan bermula sekarang" baru dia sedar yang dia terlupa bawak kalkulator. Aduyai... Kalau jadi kat kite la masa tu, mesti menyesal seumur hidup beli kalkulator rm60 tapi lupa nak bawa masuk dewan peperiksaan. Masalah dia settle bila dia minta kalkulator dari pengawas. Rezeki dia ada kalkulator extra kat dewan peperiksaan tu.. Lecturer pernah kata setiap dewan peperiksaan ada disediakan 1 kalkulator, jadi jangalah kamu semua aim nak guna kalkulator tu, kalau tak de rezeki untuk guna kalkulator tu, menangis nanti..

Monday, 2 May 2016

Introducing 222 family batch 2015/2016

Assalamualaikum and hi everyone..! *greeting from Snow Sisters' ❄️ members*

From your left: 
Mai, Nurul, Dila, Suria, Syira, Bat (behind Syira), Fatimah (next to Bat), Ira (in front of Fatimah) and me..! 

This photo was taken on our last day in Selangor Matriculation College.
Yes this is our last group photo.. 😭

How I Met Snow Sisters'..? 
Hmmm actually they all are my classmates.. 

We have 18 people in our class, SM2K2T2 or 222 (for short).. 9 boys and 9 girls. Fair right..? Since it just a small number, so we able to unite and form a group which we named it "Snow Sisters' ❄️" the snowflake emoji included..

Okay this is the boys in our class.. Since I don't have their perfect picture, I screenshot from Syami's instagram so, sorry because the picture is not clear enough. (Syahmi: our class monitor wearing baju melayu in blue colour)
Their group name is "Blood Brothers" 

Snow sisters' ❄️ + Blood brothers = 222


Matric life 1

Assalamualaikum and hi all..!!!

Okay my life as matrficulation student dah habis almost a week.. 

So, no more:

1) tidur pukul 3-4 pagi
2) pikir bila nak basuh baju kotor
3) pikir dekat mana nak basuh baju since semua mesin dekat setiap aras rosak, cuma mesin basuh aras 1 je elok tapi line sampai keluar bilil basuh. 
4) risau kalau orang potong line nak basuh baju
5) pikir nak makan cafe mana sebab ada 3 cafe yang makanan semua sedap2
6) beratur panjang2 tunggu turn gosok baju and tudung.

And

Tiada lagi mesej atau ajakan:

7) "nak riadah tak petang ni ?" T_T
8) "nak makan sama2 tak..? Jom" 😔
9) "jom buat homework sama2 malam ni"
10) "jom main werewolf dekat dataran kosmik (antara tempat lepak student kms)"
11) "pergi surau tak malam ni..?"
12) "jom pegi dobi sama2"
13) "jom pakai baju kaler sama..!"
14) jom semua..!!

Wuuuuu rindu suasana nombor 7 sampai 14 tu