Pages

Saturday, 23 April 2016

Suka atau sayang..?

Tadi lepas pulang dari surau, aku dengan 2 orang kawan singgah makan di kafe lyra.. Salah sorang kawan aku tanya "Syafiqah, suka dengan sayang mana lebih tinggi..?"

Dengan confidentnya aku jawab "sayang..!" Hahahah.. 
Lepastu kawan aku cakap bagi dia 'suka' lebih tinggi.. 

"Kenapa..?, kite rasa sayang lebih tinggi sebab sayang tu untuk orang2 yang special je.. Suka pulak siapa2 kite boleh suka.."

Lepastu dia kata "kalau seorang lelaki cakap kat kawan dia 'aku sayang kau' maksudnya dia sayang sebagai kawan. Sayang ni ada banyak jenis, sayang sebagai keluarga, kawan, cikgu.."

Lepastu dia sambung"tapi kalau orang tu cakap 'aku suka kau', lainkan maksudnya dia.." 

Aku cuba pertahankan lagi jawapan aku "tapi kalau suka tu sementara je, sayang tu lagi lama.."

Dia pun cuba pertahankan jawapan dia "tapi dari suka boleh bertukar sayang"
Perbualan kami tamat disini sebab kafe nak tutup.

Pada pandangan aku pulak, suka itu pun banyak maksud.. Contohnya aku suka perangai seorang kenalan lelaki aku ni sebab dia selalu datang awal ke kelas.. Nampak tak..? Aku suka perangai dia bukan suka dia.. Suka pun ada banyak maksud la.. 

Kalau sayang pulak kite selalu tujukan dekat orang yang rapat dan kenal.. Tetapi kalau suka, dekat orang yang kita tak kenal pun boleh kita cakap suka.. Aku perasan kawan2 aku yang ada crush mesti akan cakap "kite suka dia.." sambil senyum2  belum pernah lagi diorang cakap "kite sayang dia.." Sebab apa..? Sebab crush diorang tu bukan orang yang diorang betul2 kenal.. Diorang cuma menilai dari luaran.

Sama jugak dengan sahabat dan kenalan.. Classmate korang tu kenalan atau sahabat..? Bagi aku, classmate perempuan aku yang rapat dengan aku adalah sahabat.. Tapi classmate yang lelaki hanyalah kenalan.. Diorang cuma orang yang aku kenal je.. Yang pernah aku jumpa dan tahu nama.. Sebab aku tak rapat dengan classmate lelaki..

Apa pendapat korang..? Suka atau sayang yang lebih tinggi..?
^_^

No comments:

Post a Comment