Pages

Saturday, 23 April 2016

Suka atau sayang..?

Tadi lepas pulang dari surau, aku dengan 2 orang kawan singgah makan di kafe lyra.. Salah sorang kawan aku tanya "Syafiqah, suka dengan sayang mana lebih tinggi..?"

Dengan confidentnya aku jawab "sayang..!" Hahahah.. 
Lepastu kawan aku cakap bagi dia 'suka' lebih tinggi.. 

"Kenapa..?, kite rasa sayang lebih tinggi sebab sayang tu untuk orang2 yang special je.. Suka pulak siapa2 kite boleh suka.."

Lepastu dia kata "kalau seorang lelaki cakap kat kawan dia 'aku sayang kau' maksudnya dia sayang sebagai kawan. Sayang ni ada banyak jenis, sayang sebagai keluarga, kawan, cikgu.."

Lepastu dia sambung"tapi kalau orang tu cakap 'aku suka kau', lainkan maksudnya dia.." 

Aku cuba pertahankan lagi jawapan aku "tapi kalau suka tu sementara je, sayang tu lagi lama.."

Dia pun cuba pertahankan jawapan dia "tapi dari suka boleh bertukar sayang"
Perbualan kami tamat disini sebab kafe nak tutup.

Pada pandangan aku pulak, suka itu pun banyak maksud.. Contohnya aku suka perangai seorang kenalan lelaki aku ni sebab dia selalu datang awal ke kelas.. Nampak tak..? Aku suka perangai dia bukan suka dia.. Suka pun ada banyak maksud la.. 

Kalau sayang pulak kite selalu tujukan dekat orang yang rapat dan kenal.. Tetapi kalau suka, dekat orang yang kita tak kenal pun boleh kita cakap suka.. Aku perasan kawan2 aku yang ada crush mesti akan cakap "kite suka dia.." sambil senyum2  belum pernah lagi diorang cakap "kite sayang dia.." Sebab apa..? Sebab crush diorang tu bukan orang yang diorang betul2 kenal.. Diorang cuma menilai dari luaran.

Sama jugak dengan sahabat dan kenalan.. Classmate korang tu kenalan atau sahabat..? Bagi aku, classmate perempuan aku yang rapat dengan aku adalah sahabat.. Tapi classmate yang lelaki hanyalah kenalan.. Diorang cuma orang yang aku kenal je.. Yang pernah aku jumpa dan tahu nama.. Sebab aku tak rapat dengan classmate lelaki..

Apa pendapat korang..? Suka atau sayang yang lebih tinggi..?
^_^

Wednesday, 13 April 2016

Family Day 222

Hi readers,
Peoples in the photo above are my classmate in Selangor Matriculation College..

Semalam kitorang telah mencipta satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan..

Semalam kitorang buat jamuan kelas.. Bukan jamuan biasa2.. Kitorang ajak lecturer2 yang mengajar kitorang masa sem 1 dan sem 2.. Agak susah sebenarnya buat jamuan ni sebab bila melibatkan lecturer kenalah buat betul2 kan..? Masa bincang pulak susah nak capai kata sepakat sebab banyak pendapat.. Selain makan2 kitorang buat persembahan.. Bukan dahsyat pun, cuma nyanyi sambil tengok phone sebab tak hafal lirik.. Qalby main gitar.. Budak lelaki pulak tak nak menyanyi, malu katanya sebab kitorang buat jamuan kat kafe lyra (kafe perempuan).. Tapi lama2 nyanyi jugak diorang.. Sambil menyanyi tu, kitorang bagi2 hadiah dekat lecturer.. Kitorang bagi cardboard ada gambar lecturer dengan note dari kitorang, note holder dengan bunga kain.. Aku bagi dekat sir rizal, sebab aku antara student yang rapat dengan sir.. Sir panggil aku ratu gelak.. Sir kata "saya gelak, kamu gelak, saya cakap, kamu gelak, saya diam pun kamu gelak.." Hahahahha.. Lepas tangkap gambar dengan madam2 semua... Tapaula makanan lebih apa lagi.. Malam makan sama2..

Lepastu ketua kelas tanya korang tanak ke riadah sama2..? Kitorang yang perempuan terus setuju sebab beriadah satu kelas termasuk dalam wish list kitorang... Masa tu pukul 5.. Lepas tu syahmi si ketua kelas kata "okay2, 5.30 janji melayu dekat padang andromeda"
Semua pun "okay..!!"

Kitorang main dodgeball.. Serius best..
Snow sisters vs blood brothers.. 

Main macam running man cuma tak ada queen and king je.. Serius best.. Diorang keje nak attack aku je.. 💁🏻 biasalah orang hebat kan.. (Hehehhe gurau2) 5 game main.. 1 game je perempuan menang.. Hahahha.. Kalah pun kalah la.. Kami telah membuktikan walaupun main bercampur lelaki perempuan, tiada persentuhan langsung yang berlaku.. Betul.. Tak tipu.. 
Ni gambar lepas main.. Main sampai pukul 7 malam..

Malam pulak, kitorang berkumpul ramai2 dekat dataran kosmik main game werewolf.. Lama jugak la main ni sebab ada 15 orang.. Dapat main 1 game je.. Last2 team werewolf menang.. 
Lepas main werewolf, kitorang buat sesi minta maaf satu kelas.. 2 orang tak datang, Firdaus dengan Mior. Semua ucap minta maaf, halalkan hutang2 la, insyaAllah jumpa lagi kat luar, insyaAllah berkumpul lagi macam harini.. 

Antara yang aku ingat , Amir cakap "nak tengok muka semua orang.. Muka2 ni aku akan ingat.. Kalau jumpa kat luar, aku akan ingat.. Aku tak tegur, tapi aku ingatla..." Hahaha sampai hati tak nak tegur..

Syahmi pulak "minta maaf.. Aku tahu aku selalu marah korang.. Aku ni panas baran... Kalau aku panas, suhu kat banting pulak memang selalu panas, tu yang aku senang marah .." Syahmi ni walaupun dia senang marah, tapi dia jenis yang sayang kawan2 dia.. Aku nampak sifat dia yang menghargai kawan2 dia.. 

Mai pulak sampai menangis.. Lepastu bila Sofwan nak hulur tisu (sebab sofwan ni supplier tissue dekat kelas) lepastu sofwan kata "eh dah gunalah.." Hahhahaha
Aku ingat lagi masa kemahiran dinamika, sofwan kena buat ucapan awam cara mengiklankan produk.. Dia cuma promote pensil mekanikal je tapi cara dia pujuk untuk beli pensel tu .. Memang korang akan beli.. 

Lepastu ira pulak cakap terima kasih dekat aku sebab selalu jadi kawan dia dan dengar dia cerita masalah dia.. "Terima kasih jugak ira sebab percayakan aku.." 😭

Yang sedihnya bila kite bercakap, semua orang bercakap.. Tak ada siapa yang dengar.. Kecuali sofwan dengan amir.. Buat aku terasa sangat.. Sebenarnya banyak benda nak cakap, tapi tak ada siapa dengar, last2 aku past kat orang sebelah, Bat. 

Antara benda yang aku nak cakap, biarlah diorang takkan baca blog ni pun sebab diorang tak tahu pun pasal blog aku ni.. Antaranya ialah minta maaf sangat2 atas salah silap kite selama ni.. Kite manusia yang memang akan melakukan kesilapan.. Minta maaf kalau ada kata2 yang mengguriskan hati, kalau pernah cakap belakang.. Untuk Ira, walaupun kadang2 aku tak suka kau, tapi aku sayang kau sebenarnya.. Aku ingat kita pernah gaduh.. Tapi bagi aku bila 2 orang sahabat tu dah gaduh, dia akan jadi lagi rapat.. Percayalah.. Apa ingat suami isteri gaduh je boleh buat hubungan diorang jadi lagi rapat.. Heheheh Dila, terima kasih sebab ajak kite buat kerja sama2 dekat bilik dila.. Dan minta maaf sebab pagi tadi hubungan kita ada masalah.. Nurul terima kasih sebab Nurul selalu jadi macam kakak kitorang.. Bat, walaupun kite selalu terlepas marah Bat, tapi kite suka Bat sebab bat ada keberanian yang luar biasa.. Fatimah, kawan pertama dari kelas ni yang kite kenal.. Fatimah yang tegur kite dulu.. Suria.. Comel selalu.. Syira, selalu buat kite gelak.. Buat kite lupa masalah sekejap.. Syahmi, walaupun kita banyak tak sependapat, terima kasih sebab selalu tolong aku bila aku kena present maths dekat whiteboard.. Sofwan, aku suka jawapan luar biasa kau.. Amir, senyumla selalu. Qalby, aku akan ingat kau nyanyi lagu ada sang ulat bulu punya kaki seribu~
Erul, sorry kadang2 aku tak reply wasep kau bila kau tanya pasal homework.. Sbb kalau aku reply, confirm kerja aku tak jalan.. Sbb kau suka tanya banyak2.. Amin n najid tak ade apa.. Apa2pun terima kasih sebab dah banyak tolong aku macam2 terutama dari segi pelajaran.. Selamat maju jaya dalam pspm2.. 😊

Panjang kan.. Tapi tul takde siapa nak dengar.. Luahan hatiku masih tak dapat nak disampaikan kepada mereka..