Pages

Tuesday, 2 February 2016

Mereka sahabat luar biasa

Kepada Syafiqah di masa hadapan.

Bila kau lihat gambar di atas, ingatlah mereka itu bukan sahabat kau.. Mereka bukan sekadar teman sebilik kau di kolej matrikulasi selangor. Mereka kakak-kakak kau.. (Since kau yang paling muda :P)
Yang pakai tudung maroon tu Sabrina.. Semua orang panggil dia Sab. Ingat lagi masa hari pertama di kms, kau masuk bilik nak kemas barang kau, ada Sab dengan mak dia tengah kemas-kemas barang.. Kau beranikan diri untuk tegur sebab kau fikir 'lambat laun dia akan jadi sahabat kau jugak'. Masa mula2 Sab jenis yang tak senyum.. Muka dia serius. Tapi dia manja. Kau ingat lagi tak masa hari yang sama, kita semua kena berkumpul untuk mppb kena pakai tudung kolej yang disediakan. Tudung tu agak pendek bagi Sab sebab sab jenis yang pakai tudung bidang besar (bidang 60) masa kau duduk dekat katil kau tengah buat apa tah tiba-tiba Sab datang "Ika.. Macam mana nak pakai tudung ni~" dia cakap dengan nada manja.. Comel.. Lepastu kau tersenyum, comel rupanya Sab ni tadi macam sombong.. 😊 iya..! Sab la orang pertama yang panggil kau, Ika. Lepastu jiran-jiran, kawab Sab dengan kawan2 Aisyah pun panggil kau Ika. Kau suka sebab kau dah biasa apabila orang panggil kau Pika..

Syafiqah, andai suatu hari nanti kau terjumpa dengan Sab, ingatla kenangan-kenangan kau dengan dia dan jangan sesekali cetuskan rasa awkward.. Sab ni gila2 orangnya.. Andai bila kau terjumpa dia yang tengah serius atau pendiam nanti, percayalah yang dia bukan macam tu..  Ingatlah, lab report pertama yang kau kena buat tu, kau buat sama-sama dengan Sab dekat bilik study asrama kediaman kau. Sab ni suka makan benda yang jarang orang jumpa.. Biasanya dia kata macam "Ika, Ika pernah makan tak........" "Sedappp" "kau patut cuba.." "Aku tak kira, balik ni kau ajak family kau pegi.... untuk makan ...." Hahahah kau sendiri dah boleh hafal susunan ayat dia..
Lepasti kau dengan Sab pernah fikir kenapa nama makanan ni ini..? Contohnya Nasi hujan panas.. Kenapa nasi hujan panas..? Setelah berfikir korang buat andaian, lepas hujan panas kan keluar pelangi.. Nasi tu pun kaler2 macam pelangi.. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak ingat. Sab ni datang dari keluarga yang senang tapi dia tidak pernah sombong. Dia anak bongsu. Dia sayang sangat dengan anak buah dia, Maira. Pernah suatu pagi tu, dia datang duduk dekat katil kau, lepastu cakap "Ika tadi aku mimpi anak buah aku kena culik.. Masa tu ada orang masuk rumah, kitorang panik lepastu lari terlupa pasal anak buah aku" bila dia habis cerita, dia menangis.. Allah, sayang betul Sab pada anak buah dia.. Kau pulak yang tak reti nak pujuk orang ni cuma gosok2 belakang dia dan cakap "call la anak buah kau, cakap dengan dia.." Lepastu kau cakap apatah dengan Sab sampai dia cerita pasal keletah anak buah dia sampai dia tersenyum.. 

Sab pencinta kucing.. Pantang nampak kucing, dia akan panggil lepastu belai2, gomol2 kucing tu.. Kat KMS pulak memang banyak kucing.. Sab pernah cerita masa dia sekolah rendah dulu kot kalau tak silap, masa balik sekolah dia terjumpa ada seekor anak kucing dalam longkang (macam dalam iklan tv pulak... Hahahah) lepastu dia sedih tengok anak kucing tu sebab kucing tu macam sakit, badan kucing tu kotor, mata kucing tu macam nak terkeluar. Lepastu Sab bawa balik bersihkan kucing tu.. Sab kena marah dengan ayah dia sebab dia bawa balik kucing dari entah mana dia jumpa. Dia nak bawa kucing tu jumpa doktor haiwan, tapi ayah dia tak nak tolong.. Akhirnya kakak Sab tolong, bawa pergi klinik dan kucing tu kena operate sebab infection kat mata dia.. Bila bawa balik kucing tu Sab simpan dia dalam sangkar sebab takut jadi apa2 kat anak kucing besar tapak tangan tu. Suatu hari Sab kesian kat kucing tu, Sab pun lepaslah kucing tu dalam rumah je, dan kucing tu hilang sampai sekarang.. Sab menangis sebab kucing tu hilang.

Perghh cerita pasal Sab je dah panjang.. Belum cerita pasal Aisyah dengan Mauna.. Dan belum jugak cerita pasal kegilaan Sab, Aisyah dengan Mauna

No comments:

Post a Comment