Pages

Saturday, 12 December 2015

Jangan suka sombong okay..

Daripada kau jadi seorang yang selalu tunggu arahan, apakata kau cuba jadi seorang penggerak.. Penatlah ketua kau asyik nak bagi arahan je.. 

Aku tengah geram dengan kerja berkumpulan.. Aku paling tak suka 1 kumpulan dengan orang yang tak suka ambil kisah tentang kerja berkumpulan ni.. Yang dia tahu asal siap, aku pun dapat markah.. 1/2 ahli group aku tu boleh dikira sebagai sleeping partner.. Kau rasa..? Mestila geramkan.. 
Ada sorang member group aku ni suka anggap orang yang tak expert nak guna smartphone sebagai orang yang mundur.. Lepastu bila ada orang yang yang tak paham perkataan2 IT ni dia kata "noob la kau ni.." Padahal dia sendiri tak tahu maksud noob tu apa. Dia main sebut je.. (Dia sendiri pernah cakap dengan aku yang dia tak tahu noob tu apa)

Suatu hari tu, aku agih-agihkan tugas untuk ahli kumpulan aku (aku bukan ketua pun sebenarnya tapi kalau semua orang dok tunggu arahan memang takkan siapla assignment ni).. Senang je.. Aku bagi data, diorang kena buat sama ada graph atau pie chart pakai komputer.. Aku bagi diorang tajuk yang simple je dan diorang perlu buat dalam 3 atau 4 graph je.. Aku yang rasa bersalah nak bagi banyak3 kat diorang, aku pun relakan diri buat 6 graph.. Aku cakaplah "esok pastikan dah siap, sebab madam nak tengok dan kumpulan kita dah jauh ketinggalan" "okay" diorang jawab..

Esoknya aku tanya diorang "dah siap belum graph tu sebab harini nak buat analysis..?"

3 daripada 4 orang cakap dah.. Sorang lagi yang suka anggap orang 'noob' kata "mestilah belum" panas tau telinga aku dengar.. Sebab dia cakap dengan nada bangga dan anggap orang lain pun belum buat. Sekali aku cakap "eh kau kena buat 3 graph je tau, orang lain 4, aku buat 6" lepastu tahu dia kata apa "dah tak nak ajar.." Perghhhhhh lagi panas beb telinga ni.. Heiii benda tu senang je la.. Pakai microsoft office word je bukannya suruh download mana2 software sebelum kena buat graph2 tu.. Tu la selalu kata orang 'noob', dia yang benda basic tu pun tak reti nak buat.. 

Wednesday, 9 December 2015

That special day..

Cerita aku dan roommates.. 4 orang remaja perempuan dari latar belakang yang sangat berbeza telah ditemukan oleh Allah sebagai teman sebilik.. Alhamdulillah setakat ni aku takde  masalah dengan roommate aku dan aku sangat bersyukur sebab diorang ni roommate aku.. 😊 

Kitorang 4 orang selalunya menghadapi hari-hari di KMS seperti biasa.. Bangun, solat, mandi, berebut cermin bilik (hahaha), says Goodbye before pergi kelas, lepas kelas balik bilik buat kerja masing2 sambil cerita apa jadi harini, malam buat kerja tutorial sambil borak2, tidur.. Benda ni berulang hampir setiap hari kecuali bila tiba satu hari yang kitorang buat taktahu yang esok ada kuiz, kerja tutorial berlambak giler, lab report belum siap.. Dan pada hari itu kitorang akan borak lama giler dan cerita habit kitorang (which is Aisyah yang selalu mulakan dulu) dan kerja tak jalan langsung.. Contohnya, Aisyah cakap "kite tengokkan Sab habit dia bila makan, kalau dia rasa benda tu sedap dia akan angkat kening lepastu dia baca ingredient makanan tu.." Banyak lagila Aisyah cakap.. Aku rasa Aisyah ni jenis yang perhati orang.. Tengok muka dia macam orang tak de perasaan kalau kita buat apa2 benda yang lawak ke.. Tapi bila tiba hari yang special ni, dia akan buat kitorang ingat balik semua benda tu dan dia pun gelak.. Kadang-kadang roommate aku ni suka jugak buat kerja giler.. Contohnya jerit kat tingkap bilik nak sebab nak kacau orang dari blok sebelah.. Hahahha pernah suatu hari tu Aisya jerit "PSPM lagi ____ hari je!!!!" Lepastu ada orang dari mana entah jawab "meh la belajar dengan aku...!!" Hahahahh gelak guling-guling weyhh.. Pernah jugak Sab dengan Aisyah jerit apa entah kat tingkap, sekali ada orang balas "diamlah.." Hahahha... Aku..? Aku tak jerit.. Aku tukang rakam aktiviti diorang ni..

Tahu tak kenapa aku anggap hari yang kitorang borak lama giler tu hari yang special..

Pertama sekali sebab benda tu dah jadi macam meeting yang membincangkan masalah2 tapi takde siapa pun yang ambik hati.. Sebab perbincangan secara santai, dianggap bahan jenaka dan gelak guling-guling..

Kedua, sebab dapat berkumpul satu bilik seolah2 dapat berkumpul 1 family yang besar.. Kitorang semua jarang makan semeja sebab ada yang makan awal, ada yang makan lewat.

Ketiga, hari yang spesial ni selalu berlaku secara semula jadi.. Tak perlu dirancang.. Contohnya "esok tak payah la buat homework, esok kita seronok-seronok.." TAK PERNAH. 

Keempat, semua orang puas hati.. 

Seronok ada kawan sebilik yang sebaya ni.. 
1) bila sebaya, ada minat yang sama..
2) rasa macam ada kembar
3) dapat buat banyak aktiviti sama-sama
4) bila semua orang dari latar belakang yang berbeza, kitorang dapat kongsi banyak benda.. Contohnya Sab, dia minat makan benda pelik-pelik.. Sebenarnya benda tu tak pelik cuma jarang dengar makanan yang dia selalu kata sedaaap.. Mauna pulak jenis yang jaga kesihatan dan penampilan.. Dia ada banyak tips untuk jadi kurus dan jaga kulit muka.. Aisyah pulak jenis yang pandai bergaya.. Aku..? -_-

Friday, 11 September 2015

Cita-cita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sebut tentang cita-cita.. Aku tak ada cita-cita.. Ada..! Tapi tak tetap.. Sekejap aku rasa nak jadi pensyarah, kejap lagi aku rasa nak jadi jurutera kimia.. Pernah juga terfikir nak jadi doktor ataupun farmasi.. Tapi benda ni normal sebenarnya kan.. Sebab kawan aku pun ramai yang tak ada cita-cita yang tetap.. 

Sejak kecil aku nak jadi cikgu.. Biasalah kalau kau tanya mana-mana budak sekolah rendah, majoriti nak jadi cikgu sebab sejak kecil kita kenal cikgu sebelum kita kenal pekerjaan lain seperti jurutera, peguam dan sebagainya..

Minggu lepas, bila balik rumah mama tanya "kakak nak jadi apa..?" "Kakak dah kena ada aim dari sekarang.." Masa tu aku fikir yang aku enjoy dengan matric life aku sampaikan aku tak pernah terfikirkan cita-cita aku.. "Sara (adik aku) nak jadi peguam syariah, lepas SPM nanti dia nak masuk UIA.." Abah kata..
'Baguslah dah ada aim.. Aku ni hmmmm...' 

Baru-baru ni mama whatsapp aku mama cakap macam ni..

"Mama tau kakak tak minat jadi doktor tapi mama dok nampak kakak ada tokoh jadi doktor.." 

Lepastu aku terfikir macam manalah mama boleh nampak anak mama yang still terkial-kial nak uruskan diri ni macam doktor.. Selalunya apa yang mak atau ayah cakap tu betul kan.. 

Contohnya mak aku sendiri la.. Sejak mama kecik kalau orang tanya mama aku nak jadi apa.. Arwah atuk aku akan jawab "dia nak jadi cikgu".. Sekarang mama aku bukan seorang cikgu, tapi kalau mama pergi mana orang akan tanya "cikgu eh..?" Even mama aku cuma pergi market nak beli ikan, ada orang akan tanya "kerja cikgu ke..?"

Berbalik kepada perenggan sebelum atas ni.. Tapi aku tak belajar biologi dah sekarang.. Aku pelajar matrik modul 2. Modul 2 ni belajar subjek kimia, fizik, sc computer & maths.. Tak ada biologi.

Tadi baru lepas call abah, banyak benda borak tapi abah banyak jugak sebut "kalau kakak jadi doktor......." 
Aku hanya mampu tersenyum je sekarang.. 

Masa aku kecik dulu, mama pernah tanya "kakak nak jadi apa besar nanti.."
"Akak nak jadi orang yang berguna..!" Aku jawab.

Aku pernah terfikir yang aku betul-betul nak jadi orang yang berguna kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.. Cehhh hahahah.. Bukan apa sebab kawan aku pernah kata yang mak dia kata macam ni "kalau nak pilih pekerjaan, pilih yang dapat bagi manfaat dekat orang lain jugak bukan untuk diri sendiri je.." 

Maksudnya bukan kerja untuk kumpul duit je.. Pekerjaan yang aku nampak sekarang hanyalah pensyarah sahaja..
Sebab bila jadi pensyarah, aku dapat berkongsi ilmu di samping dapat gaji.. Bukankah berkongsi ilmu itu perkara yang dapat membantu orang lain.. 

Aku cerita kat kawan aku, Syahirah yang mama nampak aku macam ni macam ni..
Lepastu dia whatsapp mak dia

Syahirah: Mak nampak orang macam apa..?

Mak : mak nampak kau macam pen.
*aku dah tergelak.. Yela asal pen pulak..

Syahirah : hah..? Kenapa pen..?

Mak : Pensyarah.. 
Hahahahah sebenarnya mak dia memang nak taip pensyarah tapi tersend lepas taip 'pen' hahahah..




Wednesday, 22 July 2015

Andai aku bukan pelajar matrik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dah agak lama jugakla aku menyepi dari blog ni.. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak post, nak kongsi.. Dah karang dah pun tapi banyak tersimpan dalam ruangan draft.. Hmmm, sekarang ni aku dah jadi pelajar.. :-) dulu punya la tak sabar nak belajar sampaikan aku jealous tengok adik-adik aku buat homework hari-hari.. Sekarang aku adalah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Selangor.. Sebelum aku pilih untuk masuk matrik; aku buntu, keliru.. Ke mana harus aku pergi..? Mana yang harus aku pilih..? 

Andai aku bukan pelajar di Kolej Matrikulasi Selangor,

Mungkin aku pelajar di sebuah kolej mara dekat Kedah yang mengambil kursus asasi kejuruteraan.. 
Belajar dekat situ antara syarat untuk masuk ke sebuah ipts yang aku nak.. Tapi suatu hari tu mama tanya "betul ke kakak nak pergi..?" Bila mama dah tanya macam tu aku terus padamkan niat nak pergi sana.. 

Aku ada lagi 2 pilihan..

Andai aku bukan pelajar KMS...

Aku mungkin seorang mahasiswa di sebuah ipta di Perlis yang mengambil kursus diploma sains. Aku buntu sama ada nak pilih ipta atau Matrik sebab 2-2 tawarkan jurusan yang sama.. Maka aku tanya orang terdekat; mama, abah, kaklong dan abang Faidie (abang ipar).

Mama dengan abah kata "pilih la mana2 pun, mama dengan abah okay je.." *tiada kata putus..

Lepastu aku tanya kaklong dengan abang Faidie.. Kaklong kata pergila matrik (finally ada kata putus) kalau ambil diploma tu, tak boleh patah balik.. Kalau masa tengah belajar tiba-tiba rasa tak minat apa yang kita belajar, susahlah.. Dahlah kena belajar selama 2 tahun setengah sedangkan matrik setahun je.. Tak best belajar benda yang tak minat.. Semangat nak belajar dah berkurang.. 
Abang Faidie pulak dia cerita matrik life macam mana sebab dia pun student matrik dulu cuma tak habiskan matrik sebab masuk universiti..

Pilihan seterusnya confirm la matrik kan, maka aku pun pilih matrik.. Ramai orang kata matrik susah sebab belajar laju, masa terhad giler la bla bla bla.. Itu la dugaan sebenarnya.. Sebenarnya benda tu tak ada apa pun kalau pandai uruskan masa.. Serius, masa itu emas.. Setiap saat sangat berharga.. Aku pun bukan pandai sangat nak urus masa, tambah pula tak pernah tinggal kat asrama.. Memang aku pernah T_T ... Tapi aku tak keseorangan sebab ramai kawan aku pernah T_T jugak.. Itulah yang menjadikan kitorang kuat.. Semoga kitorang akan sentiasa ada hati yang kental dan mental & fizikal yang kuat..! Lagi satu kau kena tahu, matrik ni tak ada sijil tau macam spm dengan diploma. Kalau habis diploma, boleh pi cari kerja. Tapi kalau habis matrik, tak boleh kerja.. Kalau pi mintak kerja yang tak pakai sijil boleh la macam cashier ke tapi masa aku minta kerja sebagai cashier pun dia mintak result spm tau.. So, dekat matrik ni kena belajar bersungguh-sungguh untuk bersaing masa nak mohon upu nanti.. 

So, korang yang tak tahu nak pilih mana ni buatlah pilihan yang bijak okay.. Think wisely. Buat solat istikharah.. 

Tak dak modal dah nak cakap apa.. 

Sekian.
Assalamualaikum. ^_^

Thursday, 7 May 2015

#kerja 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini 10 Mei 2015 maknanya dah 10 hari aku menganggur.. Ya, aku dah berhenti kerja sebab nak sambung belajar. Kalau matrik, 25 mei ni masuk. Kalau ipta pulak, masuk 2 jun. Nak dekat dah kan.. So aku perlukan masa untuk prepare..
Mula-mula berhenti kerja tu aku rindu nak kerja semula..!! Sampai termimpi-mimpi aku pergi reunion dengan kawan-kawan sekerja..!! Okay ini over tapi benar..
Sekarang, rasa nak kerja semula tu dah berkurang.. Sebab.. Sebab.. Sebab.. Ramai kawan-kawan aku berhenti lepas aku berhenti.. So dah tak meriah la kalau aku masih bekerja pun.. -_-

Walaubagaimanapun, aku tetap rindu kawan-kawan sekerja.. Semua gila-gila. Semua sekepela.. Semua orang boleh ngam walaupun baru je masuk sebab semua orang peramah dan suka tolong antara 1 sama lain.. 
Aku ingat lagi kita akan jealous dengan orang pertama yang dapat closing counter awal.. Tapi kita semua akan tolong orang terkahir yang closing counter.. 
Sorang buat housekeeping kaunter, housekeeping plastik, 2/3 orang hantar alien (barang yang customer tak nak), sorang lagi jadi packer. 
Kawan-kawan semua baik dan sangat supportive. 

Dekat sini aku ada seorang kawan yang orang selalu ingat kitorang kembar. Namanya Syazwani, kitorang panggil Wani. Persamaan kitorang: pakai cermin mata, uniform yang sama, muka bulat, badan comel, ketinggian pun sama, tinggal 1 taman, shift pun sama. Dan kitorang ni macam belangkas jugaklah.. Selalu dapat rehat sama-sama. Kehulu kehilir sama-sama.. Tapi... Tapi... Tapi... Aku tak pernah tangkap gambar bersama dia..!! Rugi betul.. Tak ada gambar buat kenangan. Wani ni kadang-kadang garang, tapi dalam hati dia ada taman. Percayalah. :-)

Khairunfazreen. Kitorang panggil Fazreen a.k.a Kecik. Dia masuk 2 minggu selepas aku kerja kalau tak silap. Masa dia mula-mula masuk dulu, pendiam betul budak ni. Tunduk je.. Tapi kuat menyakat.. Sekarang makin hyper.. Manager sendiri kata "pening aku dengan budak kecik ni tapi kalau tak de dia rasa sunyi je.." Kitorang panggil Kecik sebab dia rendah, kurus dan comel. Kahkahkah.. Kalau dia tahu aku kata dia comel, mesti dia nak sekeh kepala aku. Kecil-kecil cili padi.. Itulah lah peribahasa yang sesuai dengan dia.. Bagilah kerja apapun, dia akan buat lagi-lagi kalau dia kena memanjat. Lagilah dia suka. Dia ni asyik dapat kerja yang lelaki selalu buat sedangkan dia perempuan. "Fazreen ambik plastik dekat backroom" "Fazreen support stock take" "Fazreen tukar mentol" 

Pernah suatu hari tu, Aunty Kamala kata "Fazreen pegi ambik troli yang bersepah-sepah dekat kedai-kedai mamak tu, boss tunggu dekat sana."
"Saya sorang je ke aunty..?" Dia tanya
Terus aku jawab "saya pun nak jugak aunty..!!" Tunjuk muka excited sambil scan barang customer. "Hah, bolehlah bolehlah. You pergi la 2 orang" Yeay..!
Fazreen sebenarnya aku malu nak pergi tolak troli-troli tu semua dari kedai2 kat luar tu sampai ke pasaraya kita. Aku malu sebab orang dok perhati kerja kita tambah pula ada jiran aku tengah makan dekat kedai mamak tu. Aku ingat lagi ada kereta hon kita sebab lintas jalan sambil tolak troli-troli tu.. Tapi nak buat macam mana kan sebab tak ada laluan lain. Aku letak tepi rasa malu aku sebab ada kau. Sekurang-kurangnya aku tak malu sorang-sorang.. Kahkahkah.. Inilah antara kenangan yang best, tolak troli -_-

Kalau aku dengan wani macam belangkas. Fazreen pun ada belangkas dia jugak.. Eh betul ke ayat ni.. Fazreen ni selalu dengan Nadiana a.k.a Nad. Diorang ni sama tinggi, sama-sama kecik. Selalu dapat rehat sama-sama. Aku dan Nad jarang bersama sebab kitorang tak sama shift. Aku pagi, dia petang. Aku dah nak balik kerja, dia baru masuk kerja. Tapi yang aku tahu pasal Nad ni, dia pembersih orangnya. Dia tak suka kaunter kotor atau bersepah-sepah. Sebelum dia buka kaunter dia akan pastikan kaunter dia kemas. Aku pun contohi la sikap dia yang pembersih ni. 

Qusaizad. Sedap nama dia. Kitorang panggil Izad. Dia ni kemas jugak orangnya. Dia sentiasa berpakaian kemas, jalan tegak, muka serius, rajin buat kerja tapi bila dia buka mulut, tak kering gusi aku gelak.. Dia nak jadi cikgu bahasa melayu. Datang kerja dia bawa 3 pen yang berbeza warna : merah, biru, hitam. Bila customer yang bayar pakai online card nak sign, dia suruh customer pilih nak pen warna apa. Dia ni jenis enjoy je dengan kerja dia. Tak pernah mengeluh. 

Next, Liyana. We call her Yana. Dia ni lawa, baik, pandai masak. Semua ada. Aku suka sembang dengan dia sebab kitorang ada pandangan yang sama untuk sesuatu perkara. Contohnya aku rasa ada something wrong dengan seseorang ni, dia pun ada asa macam tu jugak.. So senang nak bercerita dengan dia.. Dia ni juga seorang yang prihatin. Aku ni biasanya pergi kerja jalan kaki kalau shift petang. Suatu hari tu aku aim pukul 3 keluar rumah sebab aku masuk kerja pukul 4. Baru nak keluar, hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Kalau keluar pakai payung pun confirm aku basah lencun jugak bila dah sampai tempat kerja nanti. Dalam pada dok pikir2 solution nya. 
Yana mesej "syafiqah pegi kerja macam mana..?"
 Aku balas "tak tahulah. Tunggu hujan reda sikit la jawabnya"
Yana balas pulak "meh la tumpang aku, rumah dekat mana..?"
Allah bersyukur sangat masa tu. Aku, Wani dengan Yana biasa dapat rehat sama2. Bila rehat sama-sama, kitorang pergi makan dekat kedai mamak la jawabnya. Tak larat nak makan dekat food court hari-hari. Sekarang dia sambung Form 6. 

Hanafi..! Mula-mula masuk kerja dulu aku ingat dia ni sebaya, rupanya umur dia 20 tahun. Maknanya dia ni awet muda la kan.. Dia ni sama jugak macam aku, pergi kerja jalan kaki. Kitorang tinggal 1 taman. Dia ni periang orangnya.. Banyak cakap, kuat menyakat dan suka bagi nasihat jugak.. Dia ni jenis tak boleh duduk diam.. Tapi kalau dia diam je, maknanya ada something wrong la tu.. Dia ni jalan laju.. Suatu hari masa tengah jalan pergi kerja, aku ternampak seorang lelaki baju hitam pakai cap dekat depan..Dari cara dia jalan aku agak tu mesti 'Hanafi..' Aku pun tambah kelajuan aku nak kejar dia tapi aku tak berlari la.. Tapi tak dapat jugak nak sampai dekat dia.. Jalan laju giler.. Bila dah sampai dekat tempat parking pasaraya tu baru la dia mematikan langkahnya sebab nampak aku yang terkedek-kedek lintas jalan.. Hampeh betul.. 'Dah sampai baru kau perasan aku..' Aku bersuara dalam hati..  Aku bagitahulah dia yang aku follow dia dari Taman Bunga Raya (bukan nama sebenar) lepastu dia kata "kenapa tak panggil aku..?" "Ish kau ni seganlah aku nak jerit-jerit panggil kau".

Entry ni dah jadi entry yang describe kawan sekerja aku pulak heh.. Kalau diikutkan ada banyak lagi nama nak disebut tapi nanti panjang sangat pulak.. Tapi.. Kekeke ada tapi pulak.. Aku nak cerita pasal sorang je lagi kawan aku. 

Orangnya ialah Farah. Farah ni kawan sekelas aku masa sekolah menengah. Lepastu dia jadi rakan sekerja aku pulak. Masa first training day aku, Farah la yang train aku macam mana nak tekan-tekan keyboard, barcode apa yang kena scan, mana yang tak boleh scan, apa kena buat kalau customer nak bayar pakai card. Farah ni rajin kerja, servis dia sangat memuaskan hati pelanggan dan kaunter dia selalu kemas.. Servis dia yang bagus melayakkan dia naik pangkat. Sekarang dia kerja dekat counter customer service.. Thank you Farah for train me well.. Heheheh.. 

Antara pencapaian aku sepanjang aku kerja ni ialah aku dapat anugerah 2nd highest scan rate. 

Okaylah bye.. Enjoy your reading.. 
Assalamualaikum.. :-)

Tuesday, 28 April 2015

#kerja 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tinggal lagi 2 hari maka tamatlah kisah aku sebagai cashier. Wuuu... Rasa sedih nak tinggalkan semua ni.. Tinggalkan kawan2, manager2 yang baik sangat dan teamleader (TL) yang selalu jadi tempat kongsi cerita bila berhadapan dengan kerenah customer yang berbagai-bagai.. 
Kadang2 perangai customer ni buat kitorang rasa nak gelak je, ada jugak yang buat sakit hati je.. Walaupun sakit hati, tetap kena bagi servis yang baik.. 
Antara masalah yang selalu kitorang borak pasal customer ialah pack barang.
Ada customer yang jenis:-

a) "takpe dik/amoi tolak je barang2 tu, biar saya/pakcik/akak yang bungkus." Dengan segan silunya aku ucap 'terima kasih' sebab tolong.

b) "dik, saya kena pack barang sendiri ke..?" majoriti yang tanya ni dia guna nada sombong sikit. Kitorang kurang senang bila customer tanya macam tu. Rasa serba salah tau nak jawab.

c) "alamak susah pulak nak buka plastik ni ha.. Ingatkan nak tolong bungkus tapi tangan kering.." Kalau aku tolong buka plastik lepastu biar dia pack barang macam biadap je kan.. Last2 aku cakap "takpe2 nanti saya buat"

d) customer jenis tengok je kitorang buat kerja. Kadang2 barang dah penuh atas counter sampai tak de tempat nak letak barang dah, diorang still tak nak tolong bungkus T_T kalau barang2 besar macam beras, makanan kucing dalam pack besar, minyak dan sebagainya tu, seeloknya masukkan la dalam troli bila cashier dah scan.. 

Kalau kena situasi d) ni aku akan pack barang bila dah tak ada ruang nak letak barang even banyak lagi barang belum scan.

Antara perkara yang kadang2 buat geram jugak pasal duit. Bila dah habis scan barang aku bagitahu jumlah yang kena bayar. Sementara tunggu customer keluarkan duit aku packing barang. Kadang2 dah habis packing barang pun, tak jumpa2 lagi duit. Orang belakang dah buat muka dah. 

Sepanjang aku kerja sebagai juruwang ni, banyak jenis kaunter pernah aku buka. Kaunter ekspres, kaunter depan, kaunter belakang, kaunter menghadap belakang/depan, kaunter dekat clearance stock dengan kaunter 'cash only'.

Aku tak suka duduk kaunter ekspres sebab penat nak cakap dekat customer "kaunter untuk 10 barang ke bawah"
Sambil2 layan customer, kena berjaga2 agar customer yang barangnya lebih 10 tak datang dekat kaunter aku. Ada customer yang fikir cashier dekat kaunter ekspres ni tak nak kerja banyak sebab tu ambil customer yang barang sikit je. Bukan itu reason yang sebenarnya. Kalau terlepas sorang customer yang barang penuh troli dekat kaunter ekspres, mengamuklah customer lain. Nanti diorang buat report mana hak diorang. Aduhh... 

Kaunter yang aku agak suka ialah kaunter 'cash only'
Sebenarnya mana ada kaunter cash only tapi disebabkan benda untuk swipe card tu rosak, maka customer boleh bayar pakai cash je. Kaunter ni agak laju sebab proses dia senang je. Scan, packing, customer hulur duit. Tak payah nak tunggu2 benda tu keluarkan resit, customer tak payah sign apa2 sebab semua customer kena bayar cash.
Tapi ada jugak masalahnya.. Iaitu apabila customer tak perasan kertas yang tertulis CASH ONLY dan mereka tiada cash. Maka terpaksalah panggil TL untuk swipe card tu dekat kaunter lain. Proses ini melambatkan urusan. Tapi nak buat macam mana kan. 

Pernah aku dapat seorang customer ni nak bayar pakai credit card, tapi masa tu sistem down dan customer kena bayar cash. Aku explain slow2 dekat aunty tu lepastu dia kata saya tak ada cash. Lepastu dia dok sibuk2 dengan beras yang dia nak beli tu sebab tak jumpa expired date. Banyak kali aku explain, last2 aku kena minta customer yang lain pergi kaunter lain. Then tunggu sampai sistem okay. Nasib baik bukan hari busy, kalau tak panjang Queue (betul ke eja..?)

Sampai di sini sajalah coretan untuk malam ini. Sambung dalam entry seterusnya. Selamat malam. 

Wednesday, 11 March 2015

#kerja 4 - sambung atau tidak..?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

lepas baca tajuk tu...
mesti korang ada fikir "sambung apa..?" "apa yang nak disambungkan..?"
atau mungkin korang tak fikir apa-apa pun cuma aku saja yang fikir bahawa korang akan fikir macam tu..

sebenarnya kontrak kerja aku dah hampir tamat.. dekat tempat kerja aku tu ramai yang sambung kerja. lepas habis kontrak , diorang sambung buat permenant pula sementara tunggu tawaran untuk masuk ke ipta.

aku pula tak tahu la nak sambung kerja atau tidak lepas habis kontrak ni..
kalau sambung, aku ada banyak benda nak kena buat sebenarnya..
contohnya belajar memandu, nak repeat jpj test.. REPEAT!! (hehehe..), nak spend time dengan family maksudnya nak keluar jalan-jalan dengan family, nak fikir pasal masa depan (nak apply course apa, dekat mana.. etc.)

kalau tak sambung, nanti aku yang rasa bosan sebab tak ada benda nak buat.
belajar memandu bukan selalu. nak repeat jpj test tu tak tahu bila lagi.. kalau nak keluar jalan-jalan dengan family, hujung minggu je la boleh.. lagipun kerja aku sekarang ni best, cuma kurang sesuai la kalau nak buat kerja ni sepanjang hidup.

Abah bagi green light untuk sambung.. abah kata "kalau duduk dekat rumah pun nanti kakak bosan. at least bila kerja dapat la juga duit. kalau tak kerja, tak dapat apa-apa. tapi kalau nak berhenti pun boleh.. bulan 6 dah start puasa"

lepas abah cakap macam tu, aku rasa lega seolah-olah aku memang nak sambung kerja. aku nak sambung sampai dapat tawaran.
hmmm... tapi aku kerja bukan sebab nak duit. aku pernah bagitahu benda ni dalam entry sebelum-sebelum ni..

kadang-kadang masa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku fikir 'nak sambung, tak nak sambung, nak sambung, tak nak sambung'

kadang-kadang aku rasa liat nak pergi kerja. Masa awal-awal keja dulu, selalu bersemangat siap awal-awal. Sampai 15 minit awal. keluar rumah seawal yang boleh.
sekarang, semangat tu dah kurang sikit, Sampai on time (tak pernah lagi la masuk lambat). kalau keluar dari rumah pulak, lagi lambat lagi bagus rasanya.

Kalau tak nak sambung, kena buat surat berhenti kerja sebab tamat kontrak dan hantar 2 minggu sebelum berhenti dekat manager. sepatutnya aku dah kena hantar surat tu minggu lepas, tapi suratnya masih belum buat sebab tak tahu nak berhenti atau tak..

masih dalam dilema @_@

Sunday, 22 February 2015

#kerja 3 - sebulan sudaaaa..

20/2/15
Genap sebulan aku kerja.. Yeah..! Semua pahit dan manis telah berjaya aku telan selama sebulan ni.. Alhamdulillah.. 

Masa mula-mula kerja dulu (ceh.. Gaya macam dah lama sangat kerja padahal baru sebulan..) sakit kaki tu mestilah ada.. Perit weyh.. Berdiri 8 jam.. 2 kaunter ada 1 kerusi maknanya 2 orang kena kongsi 1 kerusi. Siapa cepat dia dapat. Tapi tu masa mula-mula dulu la.. Sekarang berdiri 8 jam tu dah biasa.. Kaki dah kuat.. Siap boleh berlari-lari pergi ambil plastik dengan kertas resit yang dah habis..

Sebagai cashier, kenalah bagi layanan mesra pelanggan.. Perkara paling mudah ialah senyum. Masa mula-mula kerja dulu aku asyik senyum je dekat semua customer walaupun aku hanya jadi packer sampai sakit pipi.. Sampai dah tak boleh kalau tak senyum.. Sampaikan Kak Ina kata "kau ni kan dik sengihhhh je.." Nak buat cemana kak, mulut saya dah di set auto-smile. 
Abang Fakhrul pernah pesan "kalau customer dah start macam nak naik angin, korang senyum je.. Automatik diorang rasa kurang nak marah.."
Wahhh nampak tak The Magic of Smile.. 
Kekekeke..

Tapi dalam senyum-senyum tu, hati aku selalu sedih.. T_T Sebab aku rindu keluarga aku.. Walaupun jumpa setiap hari, masa untuk diluangkan bersama tu agak terhad.. Dalam seminggu aku cuti sehari je.. Masa aku cuti tu, parents kerja, adik-adik sekolah.. Walaupun sebumbung, dah lama aku tak makan semeja dengan family aku.. Tapi hari ni lepas aku habis kerja abah bawa pergi makan steak.. Terubat sikit rindu.. Kalau kerja shift sampai malam, bila balik adik-adik aku dah tidur.. Aku rindu nak share cerita dengan diorang.. Rindu nak berborak sampai tertidur.. 
Awal bulan 2 haritu kitorang pergi bercuti ke Krabi.. Aku ambil cuti tanpa gaji 3 hari.. Biarlah tanpa gaji pun lagipun aku kerja bukan sebab nak gaji.. Asalkan aku dapat happy2 dengan family aku dekat sana.. Tapi yang kurang bestnya, family kitorang tak lengkap sebab kaklong tak ikut.. Taklama lagi insyaAllah aku dapat anak buah sulung sebab tu kaklong tak dapat ikut..

Dalam masa sebulan ni, alhamdulillah prestasi kerja pun meningkat.. Prestasi kerja kitorang dikira berdasarkan scan rate.. Scan rate tu mengira kelajuan cashier meng'scan' barang customer.. 

Hmmm ni je la kot buat masa sekarang. Lebih banyak cerita akan menyusul selepas beberapa hari.. Nantikannnn... 

Thursday, 19 February 2015

#kerja 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini pergi kerja bersemangat lebih dari biasa sebab pakai baju raya sempena Chinese New Year.. Semua staff bahagian cashier dengan customer service kena pakai baju tradisional merah.. Aduhhh dalam banyak-banyak baju kurung yang tergantung satu pun tak ada yang warna merah.. Last2 pakai baju warna maroon.. Orang lain semua pakai sedondon baju merah hati.. 

Hari ini aku cashier ke2 masuk kerja.. Masa sampai pagi tu ada aunty Kamala dengan Wani je.. Aunty kata "eh you macam cikgu la.." Hahaha.. 

Bila dah ramai yang datang, aku dengar kak Jatinder cakap dekat Wani "dia ni mesti ada ciri2 jadi cikgu.." Hehhehe..

Cita-cita aku nak jadi pensyarah.. Dekat-dekatla tu dengan cikgu.. Doakanlah semoga aku dapat menjadi seorang pensyarah yang cemerlang suatu hari nanti.. InsyaAllah..

Hari ini aku break pukul 12. Seperti biasa lepas thumbprint aku ambil beg dan terus menuju ke food court. Kantin untuk staff ada tapi tak buka.. Kini kantin tu jadi tempat untuk staff berehat atau makan bagi yang bawa bekal sendiri.. Hari ni aku dah tak tahu nak makan apa sebab setiap hari makan dekat sini.. Pekerja dekat food court tu pun dah kenal aku.. 

Aku tengok semua menu dekat setiap kedai..
Last2 aku order makanan yang biasa aku makan..

Aku : bang, kuey teow kerang tanak pedas 1 (kalau tak cakap tanak pedas, nanti kau jumpa dalam 6 biji cili padi.. Lepastu pedih perut sebab pedas giler.. Ehh kenapa kau yang jumpa.. Kekeke..)

Chef : makan / bungkus..?

Aku : makan.

Chef : tak kerja ke hari ni..? (Dia tanya mungkin sebab aku pakai baju lain)

Aku : kerja..

Chef : kerja kat atas kan..? 
(Food court dekat ground floor)

Aku : a'ah..

Kan aku dah kata, pekerja food court pun dah kenal aku.. 



Friday, 13 February 2015

#kerja 1 - rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..!

Okay mulai hari ni ada entry ber'title' #kerja.. Aku akan cerita apa yang berkaitan dengan kerja aku.. Okay..?

Harini aku habis kerja pukul 1. Selalunya pasaraya ni akan tutup pukul 1 hanya pada hari jumaat, sabtu dan cuti umum..
Tapi sekarang pasaraya ni akan beroperasi sampai pukul 1 selama 2 minggu sempena raya cina..

Aku suka kerja sampai pukul 1 entah sebab apa..

Tadi dalam pukul 11 lebih rasanya, kak naza (manager) datang berdiri depan kaunter aku (masa tu tak ada customer)

Aku : kak naza harini tanak belanja apa2 ke.?? (Sejak akhir2 ni sape yang kerja shift petang dapat makanan/minuman free.. Waktu petang ramai customer lagi2 nak chinese new year dah dekat)

Kak naza : hari ni tak de.. Esok ada.. Hari jumaat, sabtu, ahad je..

Aku : ohhh okay.. Akak nanti nak aiskrim butterfly tau.. (Hehehe..)

Kak naza : amboi dah request..

Aku : ais krim tu boleh patah dua.. Nanti semua orang boleh share.. So jimatlah.. 
(Hahahah..) 
Lepas tu kak naza senyum je.. Agak2 esok dapat ape eh.. Eheheh..
------

Lepas tu kak Ina yang kerja bahagian customer service datang dengan suami dia cakap "siapa nak aiskrim..?!!"
Masa tu ada 5 orang (termasuk aku) dekat situ.. Wani dengan kak miera dah serbu peti aiskrim.. 
Aku : akak saya nak jugak boleh..? 
Kak ina : boleh boleh.. 
Aku : (hehehe.. Rezeki jangan ditolak).. 

Selalunya aku geram je scan aiskrim (dalam hati cakap 'nak aiskrim') heheheh..
------

Sebelum tu, Kalam merupakan seorang jejaka Nepal yang kerja dekat department hardline belanja Wani 1 kotak limau.. Perghh.. Wani rapat dengan Kalam.. Actually Wani rapat dengan semua orang.. Tapi Kalam ni baik sangat.. Wani gurau2 je minta dia belanja limau, sekali dia belanja betul-betul.. 1 kotak pulak tu..
Lepastu wani share dengan semua orang..
------

Lepastu Simon pula belanja.. Aku tak kenal siapa dia.. Tapi Simon ni memang semua staff kenal la.. Mungkin dia manager department lain.. Simon belanja semua orang nescafe.. Mula-mula aku ingat dia nak belanja staff dekat departmen dia je rupanya aku pun dapat.. Alhamdulillah dapat minum nescafe.. Masa break aku ada niat nak minum nescafe sebab balik pukul 1, nanti mesti mengantuk la.. Tapi bile memikirkan gaji masuk lambat lagi, so safe la duit untuk makan je.. Hehehe.. Kak naza pulak dapat aiskrim cornetto.. Aunty kamala yang baru makan aiskrim tadi pun dibelanja aiskrim lagi.. Hahaha.. 

Mungkin inilah sebabnya aku suka kerja sampai pukul 1.. 
Alhamdulillah.. :-)

Tuesday, 27 January 2015

Terlebih cashier pulak..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... 

Dah 8 hari aku kerja.. Esok cuti.. Yeah.!! Alhamdulillah.. Aku suka suasana tempat kerja ni sebab semua staff baik2 dan kelakar.. So bila tak de customer, riuh pasaraya tu dengan suara cashier-cashier. Cashier counter 8 terpekik terlolong sembang dengan cashier dari counter 12.. Counter yang penuh dengan cashier perempuan pulak mestilah riuh dengan suara diorang gelak-gelak.. Tapi bila ada customer, semua bekerja dengan tekun.. Team leaders (TL) kitorang semua baik-baik.. 
Manager pula tegas orangnya tapi baik.. Kalau sabtu dengan ahad, kalau ramai sangat customer nanti manager bagi makanan atau minuman untuk alas perut.. Aku suka orang yang tegas sebenarnya.

Suatu hari tu lepas aku habis break (rehat), aku pun pergi dekat meja TL.
"Abang, saya nak pergi kaunter mana ni..?" Aku tanya
Abang Fakhrul "pergi mana tadi?"
"Break" "emmm.. (Abang tu tgh fikir sebab dah banyak kaunter buka, takkan nak buka lagi kan) pergi la rehat lagi.."
"Baik kau tak payah ambik budak.. Adoii.." Kak Alpha (TL jugak) menyampuk.. 

Hari ni pulak aku masuk kerja pukul 8. Aku cashier kedua yang bertugas waktu pagi.. Antara pukul 8 sampai pukul 1 tu, tak ramai pun cashier ada dalam 10 orang je. Disebabkan cashier yang tak ramai aku kena rehat lambat 2jam. T_T
Bila aku nak pergi break tu baru la ramai yang datang.. Lepas break tu, aku perasan semua counter buka. 
Ramai customer yang datang cakap lebih kurang macam ni "ramainya cashier.." 
Memang ramai.. So, abang fakhrul suruh beberapa orang jadi packer.. Biasanya tak de packer.. Tapi kali ni semua counter ada packer masing-masing..
Last-last manager suruh TL lepaskan orang pergi break sebab manager rimas tengok ramai-ramai tu.. 
Ramai yang tak nak pergi break lagi sebab diorang baru datang kerja..
Aku dengar ramai yang masih minta jadi cashier tapi aku tak rasa syarikat ni nak ambil cashier lagi.. 

Sunday, 18 January 2015

my first interview for a job

Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk planet bumi..!!!

harini hati I berbunga-bunga uollsss... ekekeke mode gedik pulak.. 

selepas balik dari kursus kpp 02 aku kena tunggu 2 minggu sebelum boleh belajar memandu..
bagi korang 2 minggu tu mungkin sekejap je, tapi aku rasa bosan giler sebab tak de benda menarik untuk dibuat. so aku dengan Syazana nekad nak pergi minta kerja sama-sama dekat sebuah pasaraya yang terkenal la jugak.. 

1/1/2015 kitorang pun pergi isi borang. lepastu akak yang bagi borang tu kata "nantikan kitorang call eh" "ok"

sejak daripada haritu aku tunggu call setiap hari sampailah aku dah mula belajar bawa kereta.. best belajar bawa kereta tapi yang tak bestnye 1 kelas 2 jam je.. tak puas belajar dah kena balik..nanti kalau rajin, aku cerita pengalaman belajar memandu, okay?

aku dan syazana masih menanti panggilan daripada pasaraya tu.. 
suatu hari tu aku pergi rumah anis aqilah sebab nak tengok arnab-arnab yang dia baru beli.. comel gila.. main-main dengan rabbit tu.. aku cerita dekat dia yang aku minta dekat situ.. lepastu dia cakap. "haritu sab nak minta dekat situ tapi kawan dia yang kerja dekat situ kata tak payahlah sebab dah ramai sangat.."

lepastu aku fikir 'peluang untuk dapat kerja dekat situ mesti tipis sangat'
jadi aku tak letak harapan yang tinggi untuk dapat panggilan tu.. 
sempena sekolah dah buka, mama cadangkan aku jual ais krim malaysia dekat depan sekolah.. hmmm.. good idea.  tapi aku tak start2 pun bisnes ni..  dalam masa yang sama aku pun mula cari kerja lain.. aku berniat nak minta kerja data entry. senang je kerja tu. menaip je. aku dah siapkan resume untuk minta kerja tu cuma belum hantar je..

16/1/2015
pagi2 aku bangun terus fikir pasal lauk untuk makan tengah hari. nak masak apa untuk tengah hari nanti ye.. inilah antara rutin harian aku. selepas berhempas pulas memasak dekat dapur aku pun berehat kejap.. nak tidur 1/2jam je..
lepastu adik aku kejut "kakak bangun, bangun phone bunyi.." dalam mamai tu aku tengok ada nombor yang tak dikenali tertera di skrin phone. aku pun terus jawab. 
"hello, ni Syafiqah Rusli ke?" 
'eh mana dia tahu nama aku, aku tak kenal dia pun' 
"haritu ada isi borang kerja dekat____ ke..?" 
"ada" sepatah aku jawab. 
"esok datang interview boleh?"
"boleh"
"pukul berapa?"
"11" "okay"

17/1/2015
aku pun pergi pada waktu yang telah ditetapkan. 
masuk bilik HR tu cakap "saya datang untuk interview"
"okay nama apa?" aku pun sebut dan orang tu pun cari borang yang aku isi haritu tapi tak ada..! ha sudah... tapi takpe benda kecil boleh settle meh.. isi borang baru. 

interview dalam meeting room
"saya Kimi, HR ....." "sila perkenalkan diri"
aku terus kaku.. apa aku nak cakap diri aku eh..? 
last2 aku cuma cakap "nama saya Syafiqah" 
"itu je..?" "umur saya 18 tahun" macam ayat budak darjah 4 pulak.. lepas tu senyappppp je.. 
lepastu soalan simple ditanya "ada transport..?" "saya datang jalan kaki tapi bila balik parents boleh ambil" aku jawab. "jalan kaki..?!!" orang tu seolah-olah terkejut. "a'ah" aku jawab sepatah. "kalau saya suruh datang bila-bila pun boleh..?" "boleh" "parents tak kisah..?" "boleh je"
orang tu tanya macam tak puas hati je dengan jawapan aku.. rileks tuan, sekolah saya lagi jauh dari rumah kalau dibandingkan dengan pasaraya ni.. saya dah biasa jalan kaki lo... (tapi aku tak jawab la macam ni..) "tinggal kat mana eh?" "pernah bekerja tak sebelum ni?" "ada apa-apa soalan..?" "ada" (tapi saya lupa nak tanya apa..) bila dah habis interview tu barulah aku ingat semua benda yang aku nak tanya.. "okay lah hari Isnin datang office pakai bla bla bla bawa bla bla bla.."
"hari isnin ni saya tak boleh sebab ada kelas memandu" "kalau macam tu datang hari selasa lah"

Lebih kurang macam tu lah dialog aku dengan si penemuduga.. tak semua aku tulis, korang mesti bosan kalau baca panjang-panjang.. alhamdulillah aku dapat kerja.. jawatan:cashier.. aku rasa pasaraya tu perlukan ramai cashier sebab Tahun Baru Cina dah nak dekat kot..

apa2 pun doakan la saya untuk bekerja dengan penuh dedikasi agar saya dapat menjaga nama syarikat yang dikenali ramai ini dan doakan la saya dapat gaji yang halal. amin..

sekian,
salam sayang, XOXO kekeke..

Thursday, 1 January 2015

Mimpi yang bersambung

Hari ini aku keluar dengan Syazana. Kitorang keluar bukan atas urusan suka-suka.. Tapi aku tak nak bagitahu lagi la tujuan kitorang keluar sama-sama. 
Sebenarnya dah lama kitorang rancang nak keluar sama-sama dengan Suraya sekali. Tapi Suraya tak dapat ikut sebab ada hal kena settle.. Kitorang cadang nak keluar hari ni sebab parents kitorang cuti, New Year kan... So, ada la orang boleh hantar.. Asalnya nak pergi dengan parents masing-masing lepastu jumpa dekat 1 tempat ni.. Oleh sebab risau nanti ada yang datang awal, ada yang datang cepat, Syazana suggest aku pergi dengan dia.. 

Malam tadi kitorang sembang dekat wechat.. 
Kitorang sembang benda-benda simple je yang kalau tak dijadikan bahan bualan pun takpe.. 
Contohnya 'kau pakai baju apa.?' 'Apa je yang nak kena bawa..?' 'Kau pakai kasut tertutup kan..?' 'Esok pergi bile..?' 'Dalam tengah hari la..' 'Kau tak pakai make up ape-ape kan..?' Soalan last tu tak payah tanya pun takpe sebenarnya sebab kitorang dua memang tak pakai make up langsung.. Bedak pun tak.. 

Korang nak tahu tak, apa yang aku merepek dekat atas ni baru permulaan untuk mimpi yang berulang.. Kekeke.. 

Masa aku sembang-sembang dengan Syazana tu kan, aku tak tanya pun "nanti pergi pukul berapa..?" Dan Syazana tak cakap pun pukul berapa dia nak datang rumah aku.. Dia cuma cakap "kite pergi dalam tengah hari la"

Disebabkan aku tak tahu Syazana akan datang rumah pukul berapa, maka berlaku la mimpi yang bersambung-sambung.. 
Pagi-pagi, alarm phone aku bunyi tapi aku still bangun sebab adik aku yang kejutkan.. Hehehhe.. Lepas subuh aku tidur balik sebab tak tahan mengantuk.. Dalam masa yang sama aku risau kalau aku terbangun tidur waktu tengah hari.. Maka aku berazam kena bangun pukul 8. Masa tidur tu aku mimpi...

Aku bangun tidur tengok jam pukul 8.05 pagi, aku risau sangat sebab aku rasa aku dah bangun lambat sangat.. Aku cepat2 lari masuk toilet untuk mandi.. Masa tengah mandi adik aku dah bising-bising "kakak, Syazana dengan ayah dia dah sampai.." Aku dah gelabah sebab aku tak suka orang tunggu aku sedangkan aku berjanji dengan orang..

Tiba-tiba aku terus bangun terduduk.. Paksa diri buka mata sebab nak tengok jam.. Pukul 8:15 pagi.. Aku rasa ada masa lagi ni.. Dan sambung tidur..
Aku mimpi lagi.. Tapi mimpi ni samar-samar..

Lepas aku bersiap, aku pun cepat-cepat turun sarapan. Masa tengah sarapan tu la Syazana datang.. 

Aku bangun terduduk lagi, aku rasa penat macam orang yang selalu dapat mimpi buruk tu bila bangun, dia mengah-mengah.. Aku tengok jam tapi tak nampak sangt pukul berapa.. Sambung tidur.. Kali ni aku tak ingat mimpi apa dah tapi mimpi ni still ada kaitan dengan Syazana dan perkara yang kitorang nak buat.. Last-last aku paksa diri aku untuk bangun.. Jam menunjukkan pukul 8:45 pagi.. 

Tidur tak tenang, macam ni lah.. Sebelum tidur pula sibuk memikirkan masalah, tu yang mimpi berulang-ulang tu..

Aku tak tahulah readers (eceeh macam ada je..) faham tak cerita ni, tapi kalau tak faham pun tak apalah.. Biar aku je lah yang faham.. :-)