Pages

Sunday, 23 February 2014

Ayam masak kicap blackpepper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni kalau diikutkan kena beli lauk untuk makan tengah hari tapi kedai tutup la pulak hari ahad..
Dekat rumah bukannya ada apa.. (Sebenarnya ada ayam, ikan, daging tapi dah tak reti masak, jadi beku je la dalam peti sejuk tu..) Lepas tu tetiba rasa nak buat ayam masak kicap.. Kite rasa senang je sebab bahan utamanya ayam dan kicap..

Kite google resipi kat internet.. >_< tapi tak de la ikut sebiji-sebiji apa yang dia bagi..
Untuk cubaan pertama kite guna 2 ketul ayam je.. Heheh.. Kalau tengok dalam internet banyak yang guna 1/2 kilo ayam.. Mama cakap 'kalau nak lagi sedap, campur blackpepper'

Bahan:-
2 ketul ayam
1/2 bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 tangkai cabai hidup (tumbuk)
1/2 bawang besar (hiris bulat)
1/2 tangkai cabai hidup
Kicap manis 
1/2 cawan air
1 sudu lada
Garam
Lada hitam (tumbuk)

*dalam masakan bukannya ada sukatan yang tepat pun.. Letaklah sampai korang rasa cukup.. Contohnya macam garam..

Cara-cara:-
1. Goreng ayam dulu..
2. Ambil minyak sikit yang digunakan untuk goreng ayam tadi..
3. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi (bawang besar, bawang putih, cabai hidup)
4. Tuangkan kicap manis secukupnya
5. Masukkan air
6. Kemudian, masukkan juga bawang besar yang dihiris dengan cabai hidup.. 
Tak de lah nampak hitam je hidangan tu.. 
7. Jangan lupa garam
8. Lepas tu masukkan lada hitam..

Ayam masak kicap berlada telah sedia untuk dihidangkan..
Selamat mencuba..

4 comments:

  1. woah, kawan kite masak lahh... Hahaha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do I know you? *skrip Mughela.. Hahaha..
      Ni Bashirah kan?

      Delete
  2. LOL. How can you be sure that was Bashirah ?

    ReplyDelete
  3. Bashirah bahasakan dirinya 'kite'
    Apabila baca komen tu dapat dengar suara dia.. Hahaha...

    ReplyDelete