Pages

Tuesday, 21 January 2014

Tak nak..!

Hari ini berlansungnya mesyuarat agong sukan/permainan.. Aku dengan kawan-kawan masuk persatuan permainan dalaman.. Mula-mula ingatkan tak ramai pelajar sebab kawan aku, Bashirah kata tak ramai.. Tadi apabila masuk je tempat mesyurat tu.. MasyaAllah.. Ramainya.. Lepas tu, tibalah pencalonan pengerusi.. Pastinya mendebarkan pelajar tingkatan 5.. Yela ramai nak rebut jawatan pengerusi kecuali aku.. Aku tanak.. Tiba-tiba Anis Athirah cadangkan nama aku.. Aku terus "Tanak.. Tanak.." Aku tak nak dah jadi pengerusi.. Lagi lagi untuk persatuan permainan dalaman ni.. Nak susun buah catur pun tak reti.. Alhamdulillah nama aku tak tercalon.. Lepas tu, masa nak lantik naib pengerusi nama aku naik pulak. Aduhh.. Aku dah macam kucing nak beranak pulak.. Hahahaha... Aku tak kisah kalau jadi bendahari atau setiausaha tapi tanak yang berkaitan dengan pengerusi.. Lepastu Wana cakap "Syafiqah betul ke kau tak nak, kalau tak nak kitorang tak undi tau" "ha'ah aku tanak.. Jangan angkat tangan" berulang kali aku macam sampai masa nak pergi depan pun aku ingatkan diorang jangan undi.. Lepas tu kan... Alhamdulillah.. Tak dapat.. Keputusannya, aku jadi ajk tingkatan 5.. 
Okaylah tu.. Tapi rasa bersalah pulak dengan kawan2 aku yang nak jadi ajk tu..

Hmm.. Esok ada mesyuarat agong unit beruniform pulak.. 

No comments:

Post a Comment