Pages

Monday, 13 January 2014

Semut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semut semut semut jalan beriring,
Di atas titi melintas sungai,
Membawa hasilan beramai-ramai,
Tak kenal erti penat dan jemu.. 

Ingat lagi tak lagu tu yang kita belajar waktu kat sekolah rendah dulu tu..? 

Semut,
Kenapa sekarang ni banyak sangat semut kat dalam rumah? 
Kat rumah korang ada tak? 
Setiap hari ada je semut buat perbarisan pergi dapur, bilik, ruang tamu.. Hmm? 
Kalau buat air teh pula.. Mesti ada je semut dok berenang-renang dalam air tu.. Actually tak berenang pun sebab dah mati kena air panas.. Dekat teko aku tak nampak pun ada semut tu.. Gula pun tak letak lagi.. Tapi macam mana semut tu boleh ada dalam air teh tu? Lepas tu kena buang air teh tu, buat yang baru.. Biasanya breakfast ada air teh, kalau tak habis, aku minum apabila dah balik sekolah nanti.. 
Tapi situasi sekarang ni mesti tak boleh minum dah air tu sebab dah bersemut.. 

Waktu kecil-kecil dulu, mama ada cerita tentang semut.. Begini ceritanya.. 

Pada suatu hari, ada seorang budak ni lepas makan dia tak basuh tangan.. 
Hmm.. Tak pastilah samada tak basuh tangan atau basuh tapi tak bersih.. 
Waktu dia tidur, askar-askar semut pun datang.. Kemudian.. Jeng jeng jeng.. Semut-semut tu masuk ke dalam telinga dia.. Apabila pergi jumpa doktor, budak tu pun di'scan'.. Semut tu ada kat otak dia.. Hmmm.. Poor him/her.

Ada lagi satu cerita.. Tapi ni bukan mama punya cerita.. Ada la seorang makcik ni, suatu hari lepas makan dia tak cuci tangan. Waktu tengah tidur, ada tikus datang gigit jari-jari dia.. Sakit katanya..

Pengajaran: cucilah tangan anda dengan bersih lepas makan..  

*sampai sekarang aku tak tahu apa motif makcik tu tak cuci tangan lepas makan..


No comments:

Post a Comment