Pages

Thursday, 16 January 2014

January 2014

assalamualaikum dan salam sejahtera,

2014 has just begun..
THE BEGINNING IS ALWAYS THE HARDEST
I agree with that quote..
 
Pada awal tahun ni banyak keluarkan duit tabung yang disimpan sejak tahun lepas.
Duit ni asyik nak keluar je.. beli buku amali fizik dan kimia.. buku amali bio pun macam kena beli je.. fotostat itu fotostat ini.. beli itu beli ini.. sejak akhir-akhir ni aku asyik pergi kedai buku dan alat tulis kat depan rumah ni.. banyak benda kena settle.. (cakap mengalahkan bos bos syarikat besar pulak).. astaghfirullahal'azim..  akak kat kedai tu pun dah cam muka ni.. lama-lama maju kedai tu sebab aku sering berkunjung... bukannya mama dengan abah tak nak bagi duit tapi aku fikir duit mama dengan abah lagi banyak keluar.. tambang van, yuran-yuran tuisyen, bayar tol, minyak kereta la ape la.. apa salahnya guna duit simpanan tu.. aku pun tak tahu nak guna duit tu untuk apa.. aku ni bukannya jenis yang keluar dengan kawan-kawan pergi main boling, tengok wayang, ronda-ronda keyell..
 
Pada awal tahun ni juga aku masih pening untuk susun jadual harian.. kadang-kadang aku keliru "hari ni ada tuisyen ke tak de?" "aku tuisyen subjek ape ek?"
 
Tahun ni sekali lagi aku jadi penolong ketua kelas.. kalau mengikut pengiraan, tahun ini adalah kali ke-4 aku jadi penolong ketua kelas.. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah memilih aku.. sayang korang... tapi aku tetap rasa "korang tak bosan ke asyik orang yang sama je jadi penolong?" "tak de sesapa yang nak jadi penolong ke?" bukan apa aku tak nak lah nanti setelah berpisah lama kemudian bertemu semula ada yang dendam dengan aku sebab tak berpeluang jadi penolong sepanjang kite jadi rakan sekelas.. lagi satu aku nak juga rasa jadi ketua kelas.. T_T 
 
aku akui jadi penolong ketua kelas tahun ni lebih mencabar berbanding tahun lepas.. sebabnya kelas aku terletak di blok Meranti, bangunan paling tinggi dekat sekolah.. 3 tingkat.. bawah sekali dikira goundfloor la.. kalau kelas tu dekat tingkat 1, tak pe lagi.. kelas aku dekat tingkat atas sekali.. memang kalau dah naik tu tak nak turun dah.. hahaha.. over.. tapi aku perlu menjalankan tugas sebagai pen. ketua kelas.. of course la nanti kena pergi sana sini cari cikgu, turun naik sebab kena panggil dengan cikgu.. tandas sekolah jauh dari kelas.. so, aku dengan kawan-kawan pergi waktu rehat je.. kalau emergency kena juga pergi..
 
suatu hari, cikgu tanya "setuju tak kalau kelas kamu ni tukar dengan kelas dekat tingkat 1?"
lepas tu majoriti tak setuju termasuk aku.. hahha... over ==' setiap hari mengadu penat apabila naik tangga..
kadang aku fikir "sabarlah wahai hati, suatu hari nanti boleh kurus" hahhaa... memang inilah yang aku fikir sejak hari pertama sekolah.. lose weight..
kawan aku, Wana namanya.. dia kata "tengoklah suatu hari nanti kita boleh berlari naik tangga ni" cakap macam berdendam dengan tangga pulak... hahah...
 
rasa macam ada benda lagi nak cerita tapi tak ingat dah.. apa ye... hmmm
 


No comments:

Post a Comment