Pages

Saturday, 7 December 2013

gelaran apa ye?

hmmm... sampai sekarang aku tak tahu nak guna gelaran apa..
yela, kalau tulis blog ni aku tak tahu nak gelarkan diri ini apa.

nak guna 'aku' rasa macam kasar sangat.. dari kecil mama dengan abah didik supaya tak guna perkataan 'aku kau'.. tapi kalau kat sekolah aku guna juga untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas yang berjantina lelaki.. takkan nak guna 'awak saya' pula..
kadang-kadang tersasul juga guna 'aku kau' dengan kawan perempuan.. lepas tu rasa janggal pula..

kalau guna nama sendiri 'Syafiqah', panjang sangat nak mengejanya..
kalau guna 'saya' okay juga.. tapi tak tahulah kenapa aku tak guna je gelaran 'saya' tu..
ada blog yang aku baca, lagi best sebab dia guna 'guwa lu'.. tapi biasanya lelaki la..
kalau blog perempuan biasanya guna nama panggilan. Contohnya, contoh ye..  korang jangan terasa pula.. contohnya 'cik pink' .. tapi apa nama panggilan aku?
sebenarnya, aku lebih selesa guna gelaran 'kite' bukan layang-layang tapi diambil daripada perkataan 'kita'..

kalau korang baca blog aku ni mesti korang perasan yang aku asyik tukar gelaran.. kejap 'aku', kejap 'syafiqah', kejap 'kite'.. Ape pun korang baca jelah.. XD





No comments:

Post a Comment