Pages

Sunday, 15 December 2013

Block Pasangan Itu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Korang mesti baca entry ni sebab ada perkataan pasangan kan? Okay aku bukan nak buat entry pasal pasangan yg tengah bercinta tu.. Ni pasangan warna.. 
Sekarangkan ramai orang suka pakai pakaian warna block.. Contohnya jingga-kuning. Kalau warna yang sweet nampak cantik sangat.. Contohnya turqoise-pink..comel sangat..
Tapi ada satu pasangan warna yang buat aku terfikirkan ini (lihat gambar di bawah) apabila tengok orang pakai.. Biru-merah.. 

Perghh.. Kadang2 aku nampak  orang tu dah macam spiderman kau tahu.. Nak pilih colour pun agak2 lah.. Heheh.. Kalau warna biru muda-merah jambu okay lagi.. Tapi kalau biru tua-merah darah memang aku akan terbayang spiderman.. 

Lagi satu warna ialah hitam-putih..
Kalau baju hitam lepastu aksesori putih atau baju putih aksesori hitam okaylah..
Cthnya baju hitam polka dot putih ke.. 

Pernah suatu hari aku sertai explorace dekat sekolah.. Dekat poster tu tulis yang peserta kena pakai baju gelap sebab semua permainan guna air.. Aku pakailah baju hitam dengan tudung sekolah putih.. 
"Abah, boleh ke pakai baju hitam dengan tudung putih ni? Macam pelik je.." Aku tanya..
Kau tahu ayah aku balas apa
"Boleh. Nampak macam tahi cicak"
Adoyai.. ==' tahu cicak pulak.. 
Nak tak nak aku pakai je lah.. Tak naklah pakai tudung bawal sebab kalau basah nampak leher.. 
Lepastu ayah aku kata lagi
"Pakailah apa pun asalkan tutup aurat"

Hmm.. Maaf lah kalau entry ni buat korang rasa panas je hati.. 
Ingat ye kawan-kawan: fesyen, fesyen jugak, aurat tetap kena jaga..

No comments:

Post a Comment