Pages

Thursday, 21 November 2013

Power Failure

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Erghh! power failure pulak.. tengah asyik aku membaca blog orang, tetiba kipas berhenti berputar.
Aku terus keluar bilik, gelapnya.. 
power failure--> no internet--> no entertainment..

Sekarang ni aku dengan adik-adik duduk dalam bilik aku buat hal masing-masing... hahahah
aku baca novel Konserto Terakhir, novel tingkatan 5 sambil mengipas-ngipas guna buku sekolah yang lama..
laila macam nak tidur je, boleh pulak dia mengantuk waktu panas-panas ni.. =='
sara pula buat crossword sambil dengar lagu..
adam okaylah sebab dia masih boleh main iPad.. iPad ada 3G
bibik pula tak dapat dikenalpasti tengah buat apa..

ini pun aku buat entry guna iPad.. 
okaylah, aku nak bagi balik kat adam ni, 
tadi dia main teka-teki bahasa arab,
aku dah lupa pulak durian dalam bahasa arab apa? 
hahah.. 


No comments:

Post a Comment