Pages

Friday, 8 November 2013

Jamuan kelas 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perghh bosannya tak de kerja nak buat.. Patutnya hari ni sekolah tapi Syafiqah buat cuti sekolah sendiri.. Bukan apa.. Lagipun peperiksaan akhir tahun dah lepas.. Sekarang ni abang2 dan kakak2 tengah SPM. Cikgu-cikgu nak fokuskan dekat senior-senior sekolah Syafiqah.. So, cikgu-cikgu memang tak masuk kelas dah.. Pergi sekolah tak ada kerja nak buat.. Duduk kat rumah pun tak ade kerja nak buat tapi sekurang-kurangnya kalau dekat rumah ni Syafiqah ada phone, radio dan televisyen.. Hahah...

Okay semalam kitorang (Syafiqah dan kawan-kawan sekelas) adakan jamuan kelas..
Inilah jamuan kelas yang paling seronok..
Menu utama adalah nasi tomato.. Ibu Wana buat nasi tu.. Sedaaapp.. Ibu Wana bukan buat katering tapi kalau ada order ibu dia buatlah..
Pada awalnya duit kelas kitorang tak cukup.. Nak bayar untuk nasi tomato tu pun tak cukup.. So, kalau makanan sampingan macam kuih, gula-gula dan air tu semua kena sponsor sendiri..
Yang bestnya ramai yang volunteer nak bawa makanan sampingan tu.. Anis Athirah bawa cream puff (dia buat sendiri), Sarah dengan Suraya bawa jajan.. Banyak giler.. Aiman Syafiq pulak bawa karipap. Okay tak perlulah Syafiqah senaraikan siapa bawa apa kan? Hehe.. Yang paling banyak air.. Liang Han beli 10 botol air gas, tambah pula ada lagi 2 orang masing-masing bawa 2 botol air.. Cuba korang kira ada berapa botol air kesemuanya.. Heheh.. Jawab jangan tak jawab.. Syafiqah bawa apa pulak? Eheh.. Syafiqah bawa biasa-biasa je tapi Alhamdulillah semua orang suka.. I brought fruit cocktail.. Dalam tu ada buah-buah campur dengan susu IDEAL.. Dan campur sedikit sumi or jelly or cumi.. Biasanya jamuan ada makan-makan je.. Tapi jamuan ni tak, kitorang ada buat game.. First, music chair!! Tapi Syafiqah tak main sebab pergi hantar makanan dekat cikgu-cikgu yang tak datang jamuan tu.. Kalau boleh Syafiqah pun nak join.. Second game is challenging too.. Siapa yang kalah masa main music chair tu kena lumba minum air.. Kalau air mineral ke air sirap tak pe lagi.. Tapi ji air gas.. Ada seorang kawan tu nak termuntah lepas minum air tu.. Bukan apa air botol tu banyak sangat, nanti tak habis pulak tu yang diorang buat lumba minum air gas tu.. Lepas tu diorang nak buat game 3 iaitu lawan makan sumi/jelly/cumi. Game ni untuk perempuan je.. Eleh tak challenging langsung game ni.. Apa? Tak challenging?.. Memang game ni dengar macam tak challenging tapi ianya sangat challenging bagi orang yang tak reti nak buka penutup tu.. Memang best lah jamuan ni.
Sesuatu event tak lengkap kalau tak ada kamera untuk rakam setiap pergerakan dalam event tu kan?
Semalam kitorang tangkap banyak gambar.. Tapi kawan-kawan yang ada gambar tu tak upload pagi gambar-gambar tu.. Syafiqah ada 2 je gambar setakat ni yang diupload oleh kawan dekat wechat.. Tengoklah.. Nanti Syafiqah masukkan gambar lain okay? Hehe..



2 comments: