Pages

Wednesday, 27 November 2013

Fikirkan masa depan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aku sering terfikirkan masa depan aku..
Apa yang akan aku lakukan selepas SPM nanti?
Adakah aku akan
-duduk di rumah goyang kaki?
-pergi kem PLKN? Kalau dapatlah..
-belajar memasak? Aku memang belum expert bab masak-masak ni..
-bekerja sementara?
-belajar memandu? Sebenarnya aku rasa macam tak nak belajar memandu sebab orang sekarang suka komplen!
  Bawa laju sangatlah.. Bawa kereta perlahan sangatlah.. Tak reti bawa keretalah..
Tapi apabila fikir balik, aku memang kena belajar memandu.. Kalau tak sampai bila aku nak menumpang kereta orang? Betul tak?

Aku juga ada terfikir apa yang akan jadi lepas dapat result spm nanti?
Adakah aku akan
-sambung belajar di mana2 universiti atau kolej?
-belajar di tingkatan 6?
-atau terus berkerja? Ohh.. Yang ni aku tak nak.. Sebab aku nak belajar dulu..

Aku juga terfikir kalau masuk universiti/kolej nanti..
Aku akan masuk universiti/kolej apa? Di mana? Dalam negara atau luar negara?
Patutkah aku buat kerja sambilan waktu belajar nanti..? Yela, kalau dekat menara gading nanti mesti guna banyak duit.. Takkan asyik nak mintak duit daripada mama dengan abah kan?

Ada seorang pakcik ni ramai orang panggil atok, pernah cerita kat aku anak dia kena guna banyak duit waktu kat universiti dulu, buat assignment la ape la... Alhamdulillah anak atok tu dah berjaya sekarang.. Macam kakak aku dulu buat bisnes kecil.. Dia ambil upah jahit manik kat baju orang..  Kira senanglah dia sebab ada kepakaran.. Tapi aku pakar dalam bidang apa?

Aku juga terfikir course apa yang akan aku ambil semasa di universiti/kolej nanti?
Agaknya result spm layakkan aku untuk ambil course apa?

P/S: korang mesti fikir aku ni over the top.. Hish.. Aku dah kena rancang semua ni sebab tahun depan tahun terakhir aku bersekolah.. Huhuhu~ :'(

No comments:

Post a Comment