Pages

Friday, 15 November 2013

Bising!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bising?!! arghh siapa yang suka dengan suasana bising..!!
Korang mesti rasa tertekan dengan suasana riuh rendah ketika cikgu sedang mengajar kan?
yela, korang mestilah nak tumpukan perhatian ketika cikgu mengajar, betul tak?

Korang mesti rasa geram kalau ada budak kecil yang tak henti-henti menjerit..
tidak kiralah di rumah atau di kedai makan..

Korang mesti rasa nak menjerit kalau ada orang tengah buat bising apabila korang nak melelapkan mata, kan?
yela, dah sehari suntuk korang menggunakan tenaga, lepas tu ada orang yang ganggu tidur..

Korang mesti rasa sakit hati apabila ada orang panggil korang dengan jeritan yang kuat dan berulang-ulang kali..
padahal orang yang panggil tu ada di sebelah korang je..

mesti banyak lagi situasi bising yang buat korang rasa geram, nak marah, kalau boleh nak pukul-pukul orang yang buat bising tu walaupun dia adalah orang yang korang sayang (okay, ini dah melampau)..

Tapi..
korang seharusnya bersyukur sebab:
a) korang masih boleh mendengar. 
b) orang yang korang sayang tu masih boleh bersuara.
c) membuktikan bahawa orang yang korang sayang tu masih bernyawa.. 
d) korang akan rindukan suasana macam ini (contohnya suasana riuh dalam kelas)
e) korang akan belajar untuk bersabar..
jangan tanya siapa dalam gambar ni.. hahahaha..





No comments:

Post a Comment