Pages

Tuesday, 12 November 2013

Happy birthday to me!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hmm.. Korang perasan tak semalam aku tak buat entry pun kat blog ni..
Hmm.. Tau dah korang memang takkan perasan.. Siapalah aku ni kan..
Semalam ingatkan nak buat entry sebab nak ucap Happy Birthday untuk diri sendiri.. Eheh..
Aku dah set dalam kepala 'nanti waktu birthday aku, aku nak post gambar cake kat google plus dan blog' hahah.. Macam tak ada kerja lain je nak buat.. Sebenarnya memang tak de kerja pun.. Tapi semalam aku sibuk dok taip 'thank you, terima kasih, syukran' buat sesiapa yang wish birthday aku..
Post kali ni macam tak ada hala tuju.. Tak ada tema langsung, tak ada pengajaran pun.. Aku saja-saja nak buat entry untuk mengisi masa lapangku di dalam bilik yang sunyi seorang diri.. Ya, memang bilik ni sunyi.. Aku dengar bunyi kipas je.. Ada juga dengar bunyi kicauan burung di luar jendela.. Sekali-sekala terdengat bunyi sudu berlaga pinggan.. Mungkin ada seseorang tengah makan di dapur.. Ish!! Apa aku merepek ni..


Tadaa!! Special tak kek aku? Ada mata dengan gigi pulak.. Sebenarnya tahun ni tak ada kek untuk birthday aku.. Tak sedih pun.. Kebiasaannya kek yang dibeli tak habis pun.. Contohnya tahun ni kek birthday Laila waktu bulan Julai tak habis lagi sampai sekarang.. Hahaha.. Aku ni bukan penggemar kek.. Hohoho..

No comments:

Post a Comment