Pages

Sunday, 10 November 2013

Ais krim Malaysia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Korang pernah dengar tak nama 'Ais krim Malaysia'.. Ala~ ais-krim yang panjang-panjang tu dengan pelbagai perisa.. Biasanya orang jual dengan harga 20 sen atau 30 sen tu.. Haish.. Tak tahulah nak cakap apa lagi kalau korang still tak tahu apa tu ais-krim Malaysia..
Dua minggu lepas, mama buat bubur kacang hijau.. Bahan utama dalam bubur ni mestilah kacang hijau kan? Lepas tu kenalah letak santan.. Okay.. Syafiqah ni bukannya nak ajar korang masak.. Hehehe.. Atok pula buat bubur caca.. So, banyaklah bubur kat rumah.. Tapi Syafiqah bukan jenis yang kalau ada mesti makan.. Syafiqah makan kalau rasa nak je.. Adik-adik pun macam tu juga kot..
Mama risau kalau tak habis pulak bubur tu.. Sayang.. Daripada dibuang lebih baik buat ais-krim.. Kalau ais-krim kacang ni memang jadi favourite semua orang dalam rumah ni..
Dalam tengah hari macam tu, Syafiqah dengan Laila pun isilah bubur tu dalam plastik panjang-panjang.. Letak dalam peti sejuk.. Malam tu 2 batang Syafiqah makan.. Pergh.. Nikmatnya.. Syafiqah tak suka sangat ais krim perasa bubur caca tu.. Sebab senang cair.. Bila dah cair rasa macam makan bubur dalam plastik..

Keesokkan harinya mama buat bubur pulut hitam pula untuk bekalan pergi berkelah dekat Bagan Lalang.. Namun demikian, bubur tu pun tak habis.. Buat pulak ais-krim pulut hitam.. Macam pelik je nama tu.. Tapi seriously ais krim ni pun sedaaaapppp.. Oleh itu, makanlah puas-puas.. Sejak kecil mama dah pesan lepas makan ais-krim minum air masak.. Tapi Syafiqah degil.. Sekarang ni, dah selsema, batuk tak henti.. Kan dah kena.. Apabila selsema ni, semua makan jadi tak sedap.. :(
Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi..

Pengajaran: dengarlah nasihat ibu dan ayah..


Inilah aiskrim kacang hijau dengan perisa bubur caca..
Ini pula aiskrim pulut hitam.. 


No comments:

Post a Comment