Pages

Wednesday, 27 November 2013

Fikirkan masa depan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aku sering terfikirkan masa depan aku..
Apa yang akan aku lakukan selepas SPM nanti?
Adakah aku akan
-duduk di rumah goyang kaki?
-pergi kem PLKN? Kalau dapatlah..
-belajar memasak? Aku memang belum expert bab masak-masak ni..
-bekerja sementara?
-belajar memandu? Sebenarnya aku rasa macam tak nak belajar memandu sebab orang sekarang suka komplen!
  Bawa laju sangatlah.. Bawa kereta perlahan sangatlah.. Tak reti bawa keretalah..
Tapi apabila fikir balik, aku memang kena belajar memandu.. Kalau tak sampai bila aku nak menumpang kereta orang? Betul tak?

Aku juga ada terfikir apa yang akan jadi lepas dapat result spm nanti?
Adakah aku akan
-sambung belajar di mana2 universiti atau kolej?
-belajar di tingkatan 6?
-atau terus berkerja? Ohh.. Yang ni aku tak nak.. Sebab aku nak belajar dulu..

Aku juga terfikir kalau masuk universiti/kolej nanti..
Aku akan masuk universiti/kolej apa? Di mana? Dalam negara atau luar negara?
Patutkah aku buat kerja sambilan waktu belajar nanti..? Yela, kalau dekat menara gading nanti mesti guna banyak duit.. Takkan asyik nak mintak duit daripada mama dengan abah kan?

Ada seorang pakcik ni ramai orang panggil atok, pernah cerita kat aku anak dia kena guna banyak duit waktu kat universiti dulu, buat assignment la ape la... Alhamdulillah anak atok tu dah berjaya sekarang.. Macam kakak aku dulu buat bisnes kecil.. Dia ambil upah jahit manik kat baju orang..  Kira senanglah dia sebab ada kepakaran.. Tapi aku pakar dalam bidang apa?

Aku juga terfikir course apa yang akan aku ambil semasa di universiti/kolej nanti?
Agaknya result spm layakkan aku untuk ambil course apa?

P/S: korang mesti fikir aku ni over the top.. Hish.. Aku dah kena rancang semua ni sebab tahun depan tahun terakhir aku bersekolah.. Huhuhu~ :'(

Saturday, 23 November 2013

My MP3


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Alhamdulillah.. I got this!! Look at the picture above.. Haha.. 
Mama gave me as the present for my 16th birthday.. 

Suatu hari mama tanya nak hadiah apa?
Mula2 tak nak bagitahu sebab rasa mama dengan abah dah banyak sangat bagi macam2.. Rasa macam tak nak bagitahu je.. Akhirnya cakap juga yang kite nak mp3.. Lepastu mama tanya "nak iPod?" Kite cakaplah tak nak sebab kite memang dah lama sangat simpan hasrat nak ada mp3.. Hahah..
Kesian pulak kat mama sebab nak kena cari mp3 ni..
Yela, sekarang ni ramai orang guna iPod,
So, agak sukar untuk mama cari benda ni.. Tapi alhamdulillah mama jumpa juga.. 
Hahah..
Thank you mama..  :*
Thank you abah.. :*

Kita tak perlu benda yang canggih untuk gembira,
Lebih gembira kalau kita ada benda yang memang kita nak sangat2!!

Kita minta mp3 ni bukan untuk suka-suka.. Kite memang perlukannya.. Kita ni kalau belajar mesti nak dengar lagu kalau tak nanti cepat bosan.. Lepas ni, makin bersemangatlah nak belajar!! Chaiyok!! Chaiyok!! Tahun depan SPM woii.. Haha..


Thursday, 21 November 2013

Power Failure

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Erghh! power failure pulak.. tengah asyik aku membaca blog orang, tetiba kipas berhenti berputar.
Aku terus keluar bilik, gelapnya.. 
power failure--> no internet--> no entertainment..

Sekarang ni aku dengan adik-adik duduk dalam bilik aku buat hal masing-masing... hahahah
aku baca novel Konserto Terakhir, novel tingkatan 5 sambil mengipas-ngipas guna buku sekolah yang lama..
laila macam nak tidur je, boleh pulak dia mengantuk waktu panas-panas ni.. =='
sara pula buat crossword sambil dengar lagu..
adam okaylah sebab dia masih boleh main iPad.. iPad ada 3G
bibik pula tak dapat dikenalpasti tengah buat apa..

ini pun aku buat entry guna iPad.. 
okaylah, aku nak bagi balik kat adam ni, 
tadi dia main teka-teki bahasa arab,
aku dah lupa pulak durian dalam bahasa arab apa? 
hahah.. 


Monday, 18 November 2013

Bunyi apa tu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bunyi apa itu?
Hampir setiap malam aku dengar,
Dari bilik sebelah,
Bilik sebelah di dalam rumah jiranku,
Nyatalah betapa kuatnya bunyi itu,
Atau dinding pemisah rumah yang nipis,
Bunyi itu kedengaran jelas di dalam bilik ku,
Namun bunyi itu dari bilik sebelah dalam rumah sebelah.

Kadang2 bunyi biji-biji guli yang jatuh,
Kadang2 bunyi orang bertukang,
Ketuk-ketuk paku menggunakan penukul,
Tapi siapa yang bertukang pada malam hari?
Ada juga bunyi seperti perabot dialihkan,
Bagai bunyi kerusi kayu yang ditarik,
Tapi..
Malam tadi lain bunyinya,
Belum pernah didengar,
Aku sendiri tidak dapat meneka bunyi apa itu,
Adikku turut menyedari akan bunyi itu,
Kuat bunyinya,
Malah makin lama makin kuat.

Aku bergegas ke kamar ibu ayah ku,
Ibuku juga dengar,
Namun bunyinya tidak sekuat yang aku dengar dalam bilikku,
Ayahku mungkin tak dengar,
Kerana ayahku asyik mendengar ceramah di internet.

Sebaik ibu ayahku berada di kamar kami,
Bunyi itu hilang,
Ke mana perginya bunyi itu?

Runsing.. @_@


Friday, 15 November 2013

Bising!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bising?!! arghh siapa yang suka dengan suasana bising..!!
Korang mesti rasa tertekan dengan suasana riuh rendah ketika cikgu sedang mengajar kan?
yela, korang mestilah nak tumpukan perhatian ketika cikgu mengajar, betul tak?

Korang mesti rasa geram kalau ada budak kecil yang tak henti-henti menjerit..
tidak kiralah di rumah atau di kedai makan..

Korang mesti rasa nak menjerit kalau ada orang tengah buat bising apabila korang nak melelapkan mata, kan?
yela, dah sehari suntuk korang menggunakan tenaga, lepas tu ada orang yang ganggu tidur..

Korang mesti rasa sakit hati apabila ada orang panggil korang dengan jeritan yang kuat dan berulang-ulang kali..
padahal orang yang panggil tu ada di sebelah korang je..

mesti banyak lagi situasi bising yang buat korang rasa geram, nak marah, kalau boleh nak pukul-pukul orang yang buat bising tu walaupun dia adalah orang yang korang sayang (okay, ini dah melampau)..

Tapi..
korang seharusnya bersyukur sebab:
a) korang masih boleh mendengar. 
b) orang yang korang sayang tu masih boleh bersuara.
c) membuktikan bahawa orang yang korang sayang tu masih bernyawa.. 
d) korang akan rindukan suasana macam ini (contohnya suasana riuh dalam kelas)
e) korang akan belajar untuk bersabar..
jangan tanya siapa dalam gambar ni.. hahahaha..





Thursday, 14 November 2013

Keputusan upsr

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Okay hari ini merupakan hari yang mendebarkan budak-budak darjah 6 dan ibu bapa mereka.. Harini keputusan UPSR keluar weii.. Aku ada seorang adik, Laila namanya, yang tengah berdebar-debar di sekolah untuk mengetahui keputusan UPSR dia.. Dari malam tadi dia tak senang duduk.. Okay, ini perkara normal lah.. Aku dulu pun berdebar nak tahu keputusan UPSR.. Sekarang ni, kalau nak tahu keputusan peperiksaan akhir tahun pun rasa berdebar juga sebab siapa yang dapat keputusan kurang elok kena turun kelas.. :'( 

Cerita aku masa nak ambil keputusan UPSR.. 
Mama dengan adik-adik semua ikut pergi sekolah.. Abah tak ikut sebab abah kerja.. Aku tak tahu kenapa abah tak pernah datang sekolah untuk ambil keputusan peperiksaan besar.. Masa PMR dulu pun abah tak datang.. Mungkin abah lah orang paling risau.. :-/
Waktu nak pergi tu, dalam kereta aku duduk dekat tempat penumpang sebelah pemandu tu.. Sebelum masuk kereta aku cakap dekat adik aku "balik karang Sara duduk depan tau". Aku cakap macam tu sebab takut nak tengok mama sedih kalau tak dapat 5A.. Apabila sampai depan sekolah, mama dapat parking betul-betul sebelah pagar nasuk sekolah.. Waktu mama tengah masuk parking tu.. 
Kring... Kring.. 
Handphone mama berdering.. 
......
Tengah parking ni.. (Mama cakap)
......
Oh ye ke?! Alhamdulillah..
Apabila dengar mama cakap macam tu, macam-macam aku fikir.. Mungkin mama cakap alhamdulillah sebab anak makcik tu dapat 5A.. Anak makcik tu 1 sekolah dengan aku, anak makcik tu memang pandai.. Tapi.. Mama cakap alhamdulillah sebab aku dapat 5A.. Alhamdulillah.. 
Masuk je sekolah terus pergi dewan.. Masa tu tengah ada penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang UPSR.. Masuk je dewan, pengerusi majlis terus sebut nama aku.. Dengan muka blur blur aku naik pentas.. Lawak je.. Lepas tu kena naik atas pergi bilik muzik untuk ambil slip keputusan.. Waktu tu semua orang tengah turun, aku je naik.. Lawan arus.. Semua yang turun cakap tahniah.. Apabila balik rumah mama singgah pasar beli barang dapur nak masak makanan kegemaran aku.. Heheheh.. Alhamdulillah.. Tapi itu semua cerita masa aku 12 tahun.. Sekarang 16 tahun 3 hari.. Tahun depan aku dah 17 tahun.. SPM pulak.. Huhu..

Rasa gementar tunggu keputusan peperiksaan memang normal.. Hahhaa..

Tuesday, 12 November 2013

Happy birthday to me!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hmm.. Korang perasan tak semalam aku tak buat entry pun kat blog ni..
Hmm.. Tau dah korang memang takkan perasan.. Siapalah aku ni kan..
Semalam ingatkan nak buat entry sebab nak ucap Happy Birthday untuk diri sendiri.. Eheh..
Aku dah set dalam kepala 'nanti waktu birthday aku, aku nak post gambar cake kat google plus dan blog' hahah.. Macam tak ada kerja lain je nak buat.. Sebenarnya memang tak de kerja pun.. Tapi semalam aku sibuk dok taip 'thank you, terima kasih, syukran' buat sesiapa yang wish birthday aku..
Post kali ni macam tak ada hala tuju.. Tak ada tema langsung, tak ada pengajaran pun.. Aku saja-saja nak buat entry untuk mengisi masa lapangku di dalam bilik yang sunyi seorang diri.. Ya, memang bilik ni sunyi.. Aku dengar bunyi kipas je.. Ada juga dengar bunyi kicauan burung di luar jendela.. Sekali-sekala terdengat bunyi sudu berlaga pinggan.. Mungkin ada seseorang tengah makan di dapur.. Ish!! Apa aku merepek ni..


Tadaa!! Special tak kek aku? Ada mata dengan gigi pulak.. Sebenarnya tahun ni tak ada kek untuk birthday aku.. Tak sedih pun.. Kebiasaannya kek yang dibeli tak habis pun.. Contohnya tahun ni kek birthday Laila waktu bulan Julai tak habis lagi sampai sekarang.. Hahaha.. Aku ni bukan penggemar kek.. Hohoho..

Sunday, 10 November 2013

Ais krim Malaysia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Korang pernah dengar tak nama 'Ais krim Malaysia'.. Ala~ ais-krim yang panjang-panjang tu dengan pelbagai perisa.. Biasanya orang jual dengan harga 20 sen atau 30 sen tu.. Haish.. Tak tahulah nak cakap apa lagi kalau korang still tak tahu apa tu ais-krim Malaysia..
Dua minggu lepas, mama buat bubur kacang hijau.. Bahan utama dalam bubur ni mestilah kacang hijau kan? Lepas tu kenalah letak santan.. Okay.. Syafiqah ni bukannya nak ajar korang masak.. Hehehe.. Atok pula buat bubur caca.. So, banyaklah bubur kat rumah.. Tapi Syafiqah bukan jenis yang kalau ada mesti makan.. Syafiqah makan kalau rasa nak je.. Adik-adik pun macam tu juga kot..
Mama risau kalau tak habis pulak bubur tu.. Sayang.. Daripada dibuang lebih baik buat ais-krim.. Kalau ais-krim kacang ni memang jadi favourite semua orang dalam rumah ni..
Dalam tengah hari macam tu, Syafiqah dengan Laila pun isilah bubur tu dalam plastik panjang-panjang.. Letak dalam peti sejuk.. Malam tu 2 batang Syafiqah makan.. Pergh.. Nikmatnya.. Syafiqah tak suka sangat ais krim perasa bubur caca tu.. Sebab senang cair.. Bila dah cair rasa macam makan bubur dalam plastik..

Keesokkan harinya mama buat bubur pulut hitam pula untuk bekalan pergi berkelah dekat Bagan Lalang.. Namun demikian, bubur tu pun tak habis.. Buat pulak ais-krim pulut hitam.. Macam pelik je nama tu.. Tapi seriously ais krim ni pun sedaaaapppp.. Oleh itu, makanlah puas-puas.. Sejak kecil mama dah pesan lepas makan ais-krim minum air masak.. Tapi Syafiqah degil.. Sekarang ni, dah selsema, batuk tak henti.. Kan dah kena.. Apabila selsema ni, semua makan jadi tak sedap.. :(
Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi..

Pengajaran: dengarlah nasihat ibu dan ayah..


Inilah aiskrim kacang hijau dengan perisa bubur caca..
Ini pula aiskrim pulut hitam.. 


Saturday, 9 November 2013

Good Boy, Adam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam abah pergi ambil kad laporan Adam di sekolah.. Lepas solat Jumaat, abah pun pergi.
Lewat petang. Syafiqah dengan Sara tengah sediakan roti bakar untuk minum petang.. Lepas tu abah masuk dapur kata "kakak, Adam dapat nombor last dalam kelas" 
Me: hah?! Yeke?
Abah: Tapi minggu depan kena pergi sekolah Adam sebab Adam dapat hadiah..
Me: (hadiah untuk apa?)
Abah: Sebenarnya Adam dapat nombor 3 dalam kelas!
Me: eh eh.. (Masih tak percaya)
I'm still wondering how come he gets the 3rd best in the class.. He rarely studies at home..! He never does his homework at home?!

Lepas balik dari sekolah Adam, abah call mama nak bagitahu pasal result Adam.. Waktu tu abah dengan Adam dalam kereta on their way home.. 
Abah: Mama cuba teka Adam dapat nombor berapa?
Mama: tak tahu..
Abah: kalau dalam kelas dia ada 40 orang, mama kena kira dari belakang..
(Mama dah mula risau)
Mama: nombor berapa? (Nada sedih)
Abah: nombor 3!
Tetiba talian macam nak putus-putus..
Abah: mama hello.. Mama dengar tak?
Adam: kenapa abah, mama pengsan ke? 
Hahahah.. Soalan Adam tak boleh blah..

Waktu tengah makan malam tadi..
Kitorang tak habis-habis lagi cakap pasal result Adam..
Abah cerita waktu kat sekolah.. Abah nampak Adam dok main waktu abah sampai tu..
Depan cikgu, 
Orang lain suka panggil dia Muaz..
Cikgu: Muaz, awak dah bagitahu ayah ke awak dapat nombor berapa?
Adam: tak tahu (dia pun tak tahu yang dia dapat nombor berapa) 
Lawaklah Adam ni..
First words yang keluar daripada mulut cikgu "dia suka main"
Hahaha.. Memang pun.. XD
Abah: macam mana boleh dapat nomvor 3 ni? Dia hantar homework tak? Kat rumah dia tak pernah buat homework..
(Macam2 soalan abah tanya kat cikgu) 
Cikgu kata.. Dia selalu hantar homework on the spot.. 
Lagi 5 atau 10 minit nak habis waktu Adam siapkan homework cepat2 lepas tu terus hantar.. Patutlah waktu kat rumah "Adam ada homework tak?" "Adam ni takkan cikgu tak pernah bagi homework" 
Jawapan Adam "takde"
Abah tengoklah kerja-kerja Adam..
Abah: ni Adam buat sendiri ke cikgu tolong?
Cikgu: dia buat sendiri.. 

Dulu Adam ni, kalau balik sekolah terus cari iPad..  Nak main game la, layan youtube la, kadang2 dia control iPad dengan tv.. Suatu hari, abah buat syarat "Adam tak boleh main iPad waktu hari sekolah, hari sabtu dan ahad je boleh main iPad" 
Mula2 tu agak susah juga, jap gi dia marah.. Tapi lama2 dia okay... Sebab dia budak baik.. 
Okay that's all.. 
Congratulation Adam.. Keep it up!! 



Photos of Adam at Redang Island.. :)

Friday, 8 November 2013

Jamuan kelas 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perghh bosannya tak de kerja nak buat.. Patutnya hari ni sekolah tapi Syafiqah buat cuti sekolah sendiri.. Bukan apa.. Lagipun peperiksaan akhir tahun dah lepas.. Sekarang ni abang2 dan kakak2 tengah SPM. Cikgu-cikgu nak fokuskan dekat senior-senior sekolah Syafiqah.. So, cikgu-cikgu memang tak masuk kelas dah.. Pergi sekolah tak ada kerja nak buat.. Duduk kat rumah pun tak ade kerja nak buat tapi sekurang-kurangnya kalau dekat rumah ni Syafiqah ada phone, radio dan televisyen.. Hahah...

Okay semalam kitorang (Syafiqah dan kawan-kawan sekelas) adakan jamuan kelas..
Inilah jamuan kelas yang paling seronok..
Menu utama adalah nasi tomato.. Ibu Wana buat nasi tu.. Sedaaapp.. Ibu Wana bukan buat katering tapi kalau ada order ibu dia buatlah..
Pada awalnya duit kelas kitorang tak cukup.. Nak bayar untuk nasi tomato tu pun tak cukup.. So, kalau makanan sampingan macam kuih, gula-gula dan air tu semua kena sponsor sendiri..
Yang bestnya ramai yang volunteer nak bawa makanan sampingan tu.. Anis Athirah bawa cream puff (dia buat sendiri), Sarah dengan Suraya bawa jajan.. Banyak giler.. Aiman Syafiq pulak bawa karipap. Okay tak perlulah Syafiqah senaraikan siapa bawa apa kan? Hehe.. Yang paling banyak air.. Liang Han beli 10 botol air gas, tambah pula ada lagi 2 orang masing-masing bawa 2 botol air.. Cuba korang kira ada berapa botol air kesemuanya.. Heheh.. Jawab jangan tak jawab.. Syafiqah bawa apa pulak? Eheh.. Syafiqah bawa biasa-biasa je tapi Alhamdulillah semua orang suka.. I brought fruit cocktail.. Dalam tu ada buah-buah campur dengan susu IDEAL.. Dan campur sedikit sumi or jelly or cumi.. Biasanya jamuan ada makan-makan je.. Tapi jamuan ni tak, kitorang ada buat game.. First, music chair!! Tapi Syafiqah tak main sebab pergi hantar makanan dekat cikgu-cikgu yang tak datang jamuan tu.. Kalau boleh Syafiqah pun nak join.. Second game is challenging too.. Siapa yang kalah masa main music chair tu kena lumba minum air.. Kalau air mineral ke air sirap tak pe lagi.. Tapi ji air gas.. Ada seorang kawan tu nak termuntah lepas minum air tu.. Bukan apa air botol tu banyak sangat, nanti tak habis pulak tu yang diorang buat lumba minum air gas tu.. Lepas tu diorang nak buat game 3 iaitu lawan makan sumi/jelly/cumi. Game ni untuk perempuan je.. Eleh tak challenging langsung game ni.. Apa? Tak challenging?.. Memang game ni dengar macam tak challenging tapi ianya sangat challenging bagi orang yang tak reti nak buka penutup tu.. Memang best lah jamuan ni.
Sesuatu event tak lengkap kalau tak ada kamera untuk rakam setiap pergerakan dalam event tu kan?
Semalam kitorang tangkap banyak gambar.. Tapi kawan-kawan yang ada gambar tu tak upload pagi gambar-gambar tu.. Syafiqah ada 2 je gambar setakat ni yang diupload oleh kawan dekat wechat.. Tengoklah.. Nanti Syafiqah masukkan gambar lain okay? Hehe..



Saturday, 2 November 2013

Bowling

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syafiqah baru je balik dari Pin Bowling..
Hah?! Buat apa? 
Mestilah main boling.. Yang bestnya main ramai-ramai.. Ada mama, abah, makcik...
Okay, tak perlulah Syafiqah senaraikan siapa yang ada.. Hah.. Kat bawah ni ada gambar.. 

         Sara and Laila
        Mama and Abah
       Laila and Adam..
First round Sara menang.. Point Abah dengan Sara beza sikit je..
Aku? Heheh.. Jangan cakaplah.. Mestilah kalah.. 
Kitorang ambil family package..
RM 50 per hour.. Kitorang sempat habiskan 1 game je.. Tapi tak pe.. Lain kali main lagi.. Dekat-dekat dengan rumah ada tempat main boling.. Hheheh..




Friday, 1 November 2013

Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kata mak, kawan tu ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang...

Kata abah, kawan itu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit..

Kata atuk, kawan itu seperti air,
Terus mengalir...

Kata nenek, kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...

Kata sedara, kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan!!

Kata abang, kawan tu seperti lembu (terukanya la hai~)
Mengikut saje ape dikata...

Kata kakak, kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk tapi sedap dimakan..
(Syafiqah suka bau durian..)

Kata adik, kawan tu macam biskut,
Sekejap ada sekejap takde...

Kata aku, kawan tu tak kisahlah camne, walaupun dia 
Ibarat Lebah, Umpama Bunga Ros, Seperti Air, Bak Bulan, Seperti Lembu, Tak Ubah Macam Durian dan Macam Biskut, 
Dia tetap kawan.. Sebab..
Sekali aku dah kawan dengan dia..
Selamanha dia tetap kawan aku.. 

                 Miss them.. :'(

      Berkawan walaupun tak seusia..

          Kawan satu unit uniform..




Message poster

Hi readers,
Last week my teacher gave an A3 size paper to make a poster.. I've never made any poster because I couldn't draw well.. Luckily, I have to send the poster next week.. So, I have two weeks.. I'm not creative so I sketch a very simple poster before I draw the real one.. Please share your ideas.. :D
Is it okay?

Photos of the latest camping..

Hi readers! We meet again in this blog..
Okay sebelum-sebelum ini Syafiqah pernah cerita sikit pasal penyertaan Syafiqah dalam perkhemahan Kadet Bomba Penyelamat Malaysia peringkat negeri kan.. Dalam entry tu tak ada gambar, apabila baca macam karangan pulak kan? Baiklah entry kali ini Syafiqah nak share gambar yang ada.. Sikit je.. Sebelum ni Syafiqah tak ada gambar ini sebab penggunaan peralatan elektronik diharamkan semasa perkhemahan..












Okay gambar pertama tu adalah gambar sewaktu kitorang baru lepas berkawad. Penat dan panas.. Ketua kontijen kitorang rebah lepas keluar dari padang kawad.. Lepas tu, kitorang jadi bersemangat apabila ada seorang jurugambar cakap "okay duduk kat sana, nak tangkap gambar ni" semua happy je time tu.

Gambar 2. Hari terakhir perkhemahan.. Waktu ini majlis penutup sedang berlangsung.. Inilah kami dari platun Gombak.. Semua bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.

Gambar 3 di balai bomba dan penyelamat Rawang.. Waktu ni semua perasaan ada. Penat + sedih (kena berpisah) + happy (nak balik rumah). Dalam gambar ni tak ramai sebab kadet-kadet yang lain dah balik.. Tinggal kitorang je yang belum balik.

Gambar 4. Hari terakhir latihan pusat. Sepatutnya gambar ni letak dekat atas sekali.. Gambar ini diambil di balai bomba penyelamat Rawang, sebelum bertolak ke kawasan perkemahan di Kuala Kubu Bharu.

Korang semua!! Syafiqah rindu korang, platun Gombak Awesome!! Dan cikgu-cikgu.. :D
Cikgu, tahun depan saya nak sertai lagi perkhemahan boleh? Hehehe..