Pages

Tuesday, 1 October 2013

Menyakitkan hati je..!!

Eeeeee!!!! Sakitnya hati!! Aku benci orang yang suka ambil tempat aku..
Walaupun bagi korang ni benda kecil je.. Tapi aku rasa nak lempang22 korang tau tak?! 
Minggu lepas dekat tempat tuisyen ada pelajar baru.. Lepas tu budak tu duduk kat tempat seorang budak ni, bila budak ni tak de tempat sesuka hati dia je duduk kat tempat aku.. Sebenarnya tempat duduk dalam kelas tu cikgu dah tetapkan.. Aku pulak suka tempat tu.. Budak tu patutnya duduk lah kat tempat lain!! Hish..panas betul hati.. Disebabkan dia, aku kena duduk dekat belakang sekali.. Bila duduk dekat situ rasa terpinggir sangat....!! 
Situasi hari ni pun sama jugak.. Okay, memandangkan minggu ni ada PMR, kitorang semua kena pindah kelas sebab kelas kitorang digunakan untuk peperiksaan.. Bila masuk dekat kelas baru ni, aku duduklah dekat satu tempat yang selesa ; bawah kipas, straight depan whiteboard dan  tempat tu bukannya belakang sekali.. !! 
Waktu dekat kelas lama, tempat duduk aku tu memang tempat yang sangat tidak selesa.. Panas sebab tak dapat angin kipas. Kawan2 yang datang kat tempat aku selalu cakap "ish, panasnya macam mana kau boleh tahan?" .walaupun duduk tepi tingkap still rasa panas sebab tingkap tu bukannya boleh buka luas2.. Oleh sebab duduk sebelah tingkap juga, suasana kat luar kelas selalu bising!! Arghh...! Tension giler.. Susah giler nak rasa tenang!! Lepas tu, tempat tu dekat belakang sekali!! Orang yang duduk depan2 aku suka halang whiteboard dengan kepala diorang!! Frust giler!!.. Lepas tu bila kat kelas baru ni, aku nampak ada orang duduk kat tempat aku tu, dia bukannya nak bangun duduk tempat lain.. Aku pulak kena pergi cari meja..  Hish!!! Menyampah giler dengan orang yang menyusahkan aku ni!! Lepas tu tempat duduk aku sekarang ni, dekat belakang sekali!! Panas!! Tak nampak whiteboard!! Kali ni ramai pulak yang akan menghalang pandangan aku dengan kepala diorang.. Arghhhh!!!  Benci!! Benci!! Benci!!!.. Hei!! Korang yang duduk kat tempat aku! Korang mungkin ingat aku tak kisah! Tapi kalau aku buat cam tu kat korang, barulah korang tahu apa yang aku rasa!!! Hati masih rasa panas!!!

No comments:

Post a Comment