Pages

Thursday, 31 October 2013

Hilang..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni topik kat radio Hot Fm ialah hilang.. Barang korang yang dah lama hilang lepastu jumpa balik.. Biasalah kalau radio ni, orang akan call/mesej/comment kat fb untuk share pengalaman diorang.. Berikut adalah antara situasi yang aku ingat..

Situasi 1
Ada seorang lelaki ni hilang cincin dia selama 25 tahun. Lepas tu dia jumpa balik apabila dia dapat tahu cincin dia tu dilelong dalam internet.. 

Situasi 2
Ada la seorang perempuan ni kena marah dengan makcik dia.. Dia pun geramlah. Lalu dia ambil cincin tunang makcik dia, buang kat semak.. Sekarang makcik dia tu dah ada 4 orang anak.. Suatu hari, dia jumpa balik cincin tu, lepas tu bagi balik kat makcik dia..

Situasi 3
Ada seorang perempuan ni, dia hilang kalkulator.. Dia tak tahulah salah letak ke, orang ambil ke.. Suatu hari dia mimpi yang dia jumpa kalkulator dia tu dalam stor.. Rasanyalah.. Bila dia bangun tidur, dia carilah kalkulator dia kat stor tu.. Memang ada !!

Situasi aku!! Hahaha, ada juga.
Suatu hari, aku hilang buku tulis BI.. Sebenarnya dah lama hilang.. Tapi buat dek je sebab cikgu subjek tu asyik tak datang sekolah.. Tapi sehari sebelum cikgu tu datang sekolah, aku dah panik.. Manalah buku ni pergi?! Cari.. Cari.. Cari.. Tak jumpa.. Lepas tu tidur je lah.. Memikirkan 1001 alasan yang harus ku beri.. Dalam mimpi aku terjumpa buku tu dekat almari buku-buku lama.. Pagi tu sebelum sarapan aku pergi cari buku tu kat almari tu.. Bukan senang.. Banyak buku-buku lama bersepah-sepah.. Alhamdulillah aku jumpa buku tu..

Err.. Apasal aku rasa ayat dalam entry ni skema sangat.. Ohh.. Maklumlah baru lepas peperiksaan akhir tahun semalam... 
Hari ni mesti ramai classmates aku yang tak sekolah.. Sebab aku pun tak sekolah. Hahah.. :) okay that's all... Bye. Assalamualaikum..  ^_^

No comments:

Post a Comment