Pages

Thursday, 24 October 2013

Gluestick..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Korang tahukan gluestick tu apa?? Ala~ yang maam lipstik tu..
Syafiqah tak suka guna gam tu sebab gam dah kering sebelum tampal kat buku atau kertas..
Syafiqah prefer gam cair.. Walaupun comot tapi gam tu kuat..

Hmm.. Sebenarnya bukan nak citer Syafiqah suka gam ni ke tak...
Mesti korang kata "apalah benda ni pun nak bagitahu orang ramai ke?"
Sebenarnya kalau cakap pasal gluestick Syafiqah teringat satu cerita..

Tempat: Tadika
Suasana: bising (ada orang lari sana sini)
Suatu hari, adalah seorang kawan Syafiqah ni dia bawa gluestick..

B: tengok ni, ni lipstik~!. (Dia kata kat Syafiqah dengan kawan-kawan lain)
Kawan-kawan lain dah mula terpegun dengan gam tu.
Me: bukanlah tu gam..
B: tak lah ni lipstik.. Korang nak tak? Esok aku bawa, ada banyak kat rumah..
(Kawan-kawan lain pun kata "nak-nak"..)
B: siapa nak pakai?
Kawan-kawan lain tu semua nak..
Me: janganlah tu gam bukan lipstik..!
Diorang semua tak endahkan apa yang Syafiqah cakap. Diorang pun pakailah 'lipstik' tu.
Bukan tu je, diorang pulaukan Syafiqah sebab tak sependapat dengan diorang.. Haih~
Keesokkan harinya..
A: Syafiqah betullah apa kau cakap, mulut aku dah bengkak..
(Tulah tak percaya lagi apa orang cakap)

Pengajaran: jangan mudah sangat terpedaya dengan kata-kata orang..


No comments:

Post a Comment