Pages

Thursday, 3 October 2013

Anugerah Hem

Dear readers,
Sorry ye sebab dalam post yang sebelum ni Syafiqah emo lebih.. Okay hari ni mood baik-baik je..
Hari ni Syafiqah nak cerita tentang benda yang jadi pada hari Isnin yang baru je berlalu..
Nak tahu tak? Kalau tak nak tahu tak pe, shut down je korang punya komputer or laptop tu..
Hari Isnin hari tu ada Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid.. Ada banyak anugerah yang disampaikan..
Anugerah : kehadiran penuh, pelajar berbudi bahasa, ketua/penolong berkaliber, pelajar merit tertinggi dan banyak lagilah.. Alhamdulillah Syafiqah merupakan antara penerima anugerah tu..
Syafiqah dapat Anugerah Penolong Ketua Kelas Berkaliber.. Apabila Syafiqah dapat tahu yang Syafiqah dapat anugerah tu, Syafiqah asyik fikir :
"Layakkah aku terima anugerah ni?"
"Macam mana cikgu menilai penerima2 anugerah?"

Waktu form2 dulukan ada anugerah pelajar 5S.. 'S' stands for senyum,sapa,salam,sahsiah,smart..
Masih segar di ingatan Syafiqah.. (Ceh..! Ayat nak gempak je..) beberapa hari sebelum majlis anugerah hem tahun 2011, ada seorang cikgu naik pentas cakap "hari ni cikgu2 akan menilai calon-calon pelajar 5S"
"Owh" Syafiqah jawab dalam hati.. Time tu Syafiqah fikir juga "untungnya siapa yang tercalon sebagai pelajar 5S tu, tapi cikgu tak bagitahu pun siapa calon2 tu". Lepas tu, masa hari Anugerah HEM tu Syafiqah dapat anugerah tu!! Alhamdulillah.. Sejak hari tu, Syafiqah fikir cikgu2 tengah jadi spy.. Tapi waktu bila cikgu jadi spy? Tak nampak langsung kelibat cikgu yang mencurigakan... ~.~

Yang bestnya majlis tahun ni kan.. Ibu bapa kepada penerima anugerah dijemput hadir.. Mama dengan abah datang.. :) duduk atas pentas..
Syafiqah seronok sangat sebab mama dengan abah sanggup datang sekolah semata-mata nak tengok Syafiqah naik pentas tak sampai 2 minit pun untuk terima hadiah.. Syafiqah dapat sijil dengan tuala dalam kotak hadiah.. Tahun ni ada anugerah seri pagi.. Anugerah ni untuk pelajar2 yang datang sangat awal ke sekolah.. Syafiqah tanyalah seorang akak yang dapat anugerah ni..
"Akak datang sekolah pukul berapa?" "6.20" pergh awal giler.. Syafiqah pasti waktu tu mesti ada yang baru bangun tidur, betulkan?
Okaylah ni sahaja untuk entry kali ni.. Sekian. :)

No comments:

Post a Comment