Pages

Thursday, 31 October 2013

Hilang..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni topik kat radio Hot Fm ialah hilang.. Barang korang yang dah lama hilang lepastu jumpa balik.. Biasalah kalau radio ni, orang akan call/mesej/comment kat fb untuk share pengalaman diorang.. Berikut adalah antara situasi yang aku ingat..

Situasi 1
Ada seorang lelaki ni hilang cincin dia selama 25 tahun. Lepas tu dia jumpa balik apabila dia dapat tahu cincin dia tu dilelong dalam internet.. 

Situasi 2
Ada la seorang perempuan ni kena marah dengan makcik dia.. Dia pun geramlah. Lalu dia ambil cincin tunang makcik dia, buang kat semak.. Sekarang makcik dia tu dah ada 4 orang anak.. Suatu hari, dia jumpa balik cincin tu, lepas tu bagi balik kat makcik dia..

Situasi 3
Ada seorang perempuan ni, dia hilang kalkulator.. Dia tak tahulah salah letak ke, orang ambil ke.. Suatu hari dia mimpi yang dia jumpa kalkulator dia tu dalam stor.. Rasanyalah.. Bila dia bangun tidur, dia carilah kalkulator dia kat stor tu.. Memang ada !!

Situasi aku!! Hahaha, ada juga.
Suatu hari, aku hilang buku tulis BI.. Sebenarnya dah lama hilang.. Tapi buat dek je sebab cikgu subjek tu asyik tak datang sekolah.. Tapi sehari sebelum cikgu tu datang sekolah, aku dah panik.. Manalah buku ni pergi?! Cari.. Cari.. Cari.. Tak jumpa.. Lepas tu tidur je lah.. Memikirkan 1001 alasan yang harus ku beri.. Dalam mimpi aku terjumpa buku tu dekat almari buku-buku lama.. Pagi tu sebelum sarapan aku pergi cari buku tu kat almari tu.. Bukan senang.. Banyak buku-buku lama bersepah-sepah.. Alhamdulillah aku jumpa buku tu..

Err.. Apasal aku rasa ayat dalam entry ni skema sangat.. Ohh.. Maklumlah baru lepas peperiksaan akhir tahun semalam... 
Hari ni mesti ramai classmates aku yang tak sekolah.. Sebab aku pun tak sekolah. Hahah.. :) okay that's all... Bye. Assalamualaikum..  ^_^

Trip..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laila, adik perempuan bongsu Syafiqah baru balik daripada lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah dan Perlis.. Okay sememangnya Syafiqah jealous.. Hah?! Baru darjah 6 dah pergi lawatan sekolah kat tempat yang jauh-jauh..! Rezeki dia..
Hmm.. Waktu Syafiqah sekolah rendah dulu ada tak pergi lawatan, ek?
Jap.. Recall.. Recall.. Okay, tak ingatlah.. Waktu sekolah rendah dulu, Syafiqah ada pergi kem dekat Taman Rimba Komanwel.. Dekat je dari rumah.. Tidur dalam chalet.. Tapi kem tu memang menyeronokkan.. Kem tu untuk persediaan UPSR...  Syafiqah ingat pergi lawatan waktu tadika dulu..
Waktu form 3, cikgu science cakap "lepas PMR nanti kita buat lawatan pergi Singapore nak?" "Buat passport group" in the end, tak jadi pun lawatan tu sebab tak dapat sambutan kot..
Okay, Syafiqah jealous waktu Laila cerita apa dia buat kat sana.. Yang bestnya, dia beli coklat (ubat gemuk) banyak-banyak... Hahahah.. Ok that's all.. Bye.. Assalamualaikum.. ^_^

Friday, 25 October 2013

Kesian Anis..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tempat: sekolah..
Pagi tadi, sampai je sekolah terus pergi kantin sebab semua kawan ada situ.. Menunggu waktu untuk berkumpul di tapak perhimpunan..
Wah! Semua tengah berborak sakan.. Tak de siapa pun baca buku.. Kejap lagi ada peperiksaan.. Syafiqah seorang je pegang buku.. Mentang-mentanglah hari ni ada Sejarah kertas 3 dengan pjk je..
Sejarah kertas 3 kan boleh rujuk buku atau apa bahan bercetak..
Lepastu, diorang citer apa diorang buat lepas balik sekolah semalam..
Tengok running man lah, tidur lah.. Dekat wechat ada orang update "tengook tibii" haha.. Relax je semua orang..
Syafiqah : semalam aku cari bahan sikit untuk Sejarah ni.
Syafiqah cari pun sebab dah bosan sangat tak mende ape nak buat..
Anis :aku pun ada cari bahan sikit.
Aqilah: nak tengok (sambil hulur tangan)
Anis pun carilah dalam beg dia..
Anis : alamak!! Tak ade pun.. Macam mana ni..
Dia mencari lagi..
Anis : Syafiqah jom, kite nak call ayah kite jap..
Apabila dah call, ayah dia tak jawab pulak..
Anis : Syafiqah, kite nak balik jap..
Balik? Alahai.. Kesiannya Anis.. Rumah Anis dekat dengan sekolah. Tapi mestilah penat juga..
Waktu dia call ayah dia, Syafiqah tolong cari dalam beg dia.. Memang tak de pun..
Syafiqah pun masuklah kelas.. Lepas tu, Anis datang sambil termengah-mengah..
Dia cakap "ada dalam beg!!" Aduh penatnya je dia lari balik rumah..
Susah nak jumpa kertas tu sebab dia campur dengan kertas-keras peperiksaan yang lain..

Pengajaran: jangan campur kertas yang kita nak guna dengan kertas-kertas yang tak guna..
Syafiqah dah serik buat macam tu.. Sebelum ni, Syafiqah selalu campur kertas kajang dengan kertas omr dengan kertas2 peperiksaan.. Apabila peperiksaan dah nak mula, kelam-kabut cari kertas kajang dengan omr..

Thursday, 24 October 2013

Gluestick..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Korang tahukan gluestick tu apa?? Ala~ yang maam lipstik tu..
Syafiqah tak suka guna gam tu sebab gam dah kering sebelum tampal kat buku atau kertas..
Syafiqah prefer gam cair.. Walaupun comot tapi gam tu kuat..

Hmm.. Sebenarnya bukan nak citer Syafiqah suka gam ni ke tak...
Mesti korang kata "apalah benda ni pun nak bagitahu orang ramai ke?"
Sebenarnya kalau cakap pasal gluestick Syafiqah teringat satu cerita..

Tempat: Tadika
Suasana: bising (ada orang lari sana sini)
Suatu hari, adalah seorang kawan Syafiqah ni dia bawa gluestick..

B: tengok ni, ni lipstik~!. (Dia kata kat Syafiqah dengan kawan-kawan lain)
Kawan-kawan lain dah mula terpegun dengan gam tu.
Me: bukanlah tu gam..
B: tak lah ni lipstik.. Korang nak tak? Esok aku bawa, ada banyak kat rumah..
(Kawan-kawan lain pun kata "nak-nak"..)
B: siapa nak pakai?
Kawan-kawan lain tu semua nak..
Me: janganlah tu gam bukan lipstik..!
Diorang semua tak endahkan apa yang Syafiqah cakap. Diorang pun pakailah 'lipstik' tu.
Bukan tu je, diorang pulaukan Syafiqah sebab tak sependapat dengan diorang.. Haih~
Keesokkan harinya..
A: Syafiqah betullah apa kau cakap, mulut aku dah bengkak..
(Tulah tak percaya lagi apa orang cakap)

Pengajaran: jangan mudah sangat terpedaya dengan kata-kata orang..


Post title

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hah, korang baca tak tajuk kat atas tu.. Syafiqah tak tahu nak buat tajuk apa untuk post kali ni..
So, taip je perkataan tu balik.. Korang rasa tajuk apa yang sesuai untuk cerita bawah ni..

Hari rabu minggu depan (30.10.2013) peperiksaan akhir tahun melabuhkan tirainya..
Tak sabarnaya nak tunggu peperiksaan habis..
Ada banyak benda yang Syafiqah nak kongsi dengan korang..
Contohnya percutian kat Cameron Highland.. :)
Tunggu ye..  ^_^

*tak payah buat entry pun tak apa kan? Orang selalu buat post kat facebook je benda ni..

Examination fever

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila berlari, akan berlaku oxygen dept..
Bile peperiksaan, akan berlaku sleep debt!!
Ahh.. Waktu peperiksaan ni, aku tak cukup tidur..
Tidur lambat sebab nak baca buku,
Bangun awal sebab nak sambung baca buku..
Waktu tengah peperiksaan mulalah menguaplah, apalah..
Tambah pula duduk bawah kipas kan.. Rasa sejuk je...
Kalau hujan waktu pagi lagi la sejuk menggil waktu jawab peperiksaan tu..
Dah 3 minggu ada peperiksaan, mujurlah minggu depan dah habis..
Petang ni boleh relax sikit sebab esok ada Sejarah kertas 3 je..
Huhuhu.. Cepatlah habis.. Tak sabar nak cuti sekolah ni.. (*__*)

Saturday, 19 October 2013

Glass like brass

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi,  I just want to share a story that I had read..  I think this was a true story..

A long time ago, there was a man who made glass cup that cannot be broken. The glass is as hard as brass, which, as you know it was a very hard metal and very beautiful.
He went with his present (the cup) to Caesar. Everybody who was there said the cup was beautiful..
They also said he was a wonderful glassmaker..
He wanted to show the unique of the cup...
He threw the glass cup with all his strength on the hard floor.. Then he beat the cup with a hammer,
However the glass did not broken and did not left any mark on it..
Caesar was amazed. "Who else can make the wonderful glass like this?" Asked Caesar.
"No one does" the glassmaker answered.
Then Caesar asked his soldiers to head off the glassmaker..
"If people learn to make the glass, gold and silver have no more value than dirt!" Said Caesar.

What is the moral of the story? Share with me of you know it.. ^_^

Situasi benar bagi pelajar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sekolah:
"balik rumah ni, nak belajar lah.. Nak baca buku biology, buat latihan chemistry.."

Di rumah:
"nak tengok cerita ni dulu lah.. Pukul 3 jap gi baru belajar.."

Pukul 3:
"eh! Macam best je citer ni.. Layanlah dulu.."

Pukul 4:
"mengantuklah, tak de mood pulak nak belajar.."

Lepas tu pergi tengok tv, main game, texting dan lain-lain..

Malam sebelum tidur:
"asal la pergi layan sangat cerita-cerita tu..  Sekarang dah mengantuk pulak..
 Esok balik sekolah mesti belajar.."

Tapi benda ni berulang setiap hari..
Bila nak dekat exam..
"Asal lah aku malas sangat sebelum ni"
"Nanti kalau periksa dah habis pun, aku nak belajar lagi untuk periksa akan datang pulak"

Moral of the story: don't study at the eleventh hour.

Tuesday, 15 October 2013

Cameron Highland.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
My family and I had visited to Cameron Highland.. We spend 2 days and one night, there..
 It is located in Pahang..
Cameron Highland is our most visited places.. Here are some pictures that I want to share..
Okay.. Makanan inilah yang jadi sahabat perut kami sekeluarga semasa dalam perjalanan.. Kalau korang teliti, korang akan nampak satu plastik besar berisi keropok ni dalam gambar tu.. Heheh..
Tea time!! Sampai je kat sana, terus singgah kedai minum teh.. :D

This picture was taken in the lift.. Haha.. 
The picture of my eldest sister and me..
Time ni nak naik pi rumah sewa kat sana.
Laila and Adam.. Laluan dekat depan rumah sewa.. 
We had steamboat at night.. Mama bawa periuk steamboat tu dari rumah.. 
         Cactus!! Be caution.. Auchh..

On the next day, we went to tea farm..


     Laila and me!! Peace..
Mama and Abah.. Jauhnya.. 

Adam.. My youngest brother.. Gambar blurr pula..
     Yellow flower.. 
     Assalamualaikum.. (^_^)

We went to Cameron Highland a week before final examination started.. I was so worried.. So, I brought my chemistry note book because I want to make revision during my free time there.. BUT.. I didn't read the book.. Hahaha.. 
Okay that's all.. Come visit to Cameron Highland, Malaysia.. Hehehe.. Promote pulak..


















Saturday, 12 October 2013

:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam kan Syafiqah dapat anugerah tu..
Balik sekolah, call mama sebab tak sabar nak bagitahu..
Mama tak putus-putus cakap 'Congratulation'
Ingatkan nak bagitahu abah tapi nanti ganggu pulak sebab mungkin abah pergi solat jumaat..
Mama balik kerja je, Syafiqah tunjuk plak dengan sijil tu kat mama..
Lepas tu, cerita semua yang berlaku daripada Syafiqah bangun tidur sampai turun pentas..
Siapa tak seronok..
Lepas tu, cerita balik daripada A sampai Z kat abah..
Abah dengan mama gelak sebab Syafiqah dapat tawaran je, tak pergi pun..
Waktu tu abah cakaplah sebab apa Syafiqah tak boleh pergi..
"Sebab waktu tu waktu peperiksaan pertengahan tahun.."
Riuh kat dapur tu.. Seronok buat mama dengan abah gembira.. (^_^)

Friday, 11 October 2013

Majlis Anugerah Kokurikulum.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas Syafiqah cerita pasal Anugerah Cemerlang Hal Ehwal Murid, kan?
Hari ini ada Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum..
Untuk beri penghargaan kepada pelajar yang telah membawa nama sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Semalam (Khamis) ada seorang member Syafiqah cakap dia dapat surat untuk jemput ibu bapa hadir sekolah.. Dia dapat anugerah..
Lepas tu, Syafiqah rasa macam hilang semangat sebab kenapa dia dapat tapi Syafiqah tak?
Sedangkan kitorang sama-sama pergi perkhemahan kadet bomba sampai ke peringkat negeri..
Syafiqah memang rasa down sangat..

Lepas tu, bangun daripada tidur pagi tadi.. Syafiqah still rasa macam tak semangat..
Mana surat untuk Syafiqah? Syafiqah tak dapat ke? Okay.. Tak pe.. Tapi Syafiqah still harap sesuatu yang miracle akan terjadi.. Syafiqah nak juga naik pentas.. Ish giler ke apa..

Tadi.. Sewaktu majlis tu berlangsung, mestilah ada ucapan pengetua kan? Pengetua pun berucap..
Lepas tu kan "sekolah mendapat tempat ketiga (kot) peringkat daerah untuk tarian, 3 KRS telah menyertai kem peringkat negeri dan seorang kadet bomba menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan"
Me: Huh? Siapa lagi dapat tawaran ke kebangsaan? Bukan ke Syafiqah yang dapat tawaran tu? Tapi tak pergi pun..

*nota: korang maaf ye kalau Syafiqah buat korang fikir yang Syafiqah ni berlagak.. Tak de niat pun.. Maaf ye.

Lepastu ada seorang member Syafiqah datang kata "Syafiqah, cikgu suruh masuk dewan. Anugerah untuk bomba kebangsaan"
Me: huh?! Alhamdulillah, satu keajaiban telah berlaku.

Syafiqah seorang je ambil anugerah untuk kebangsaan. Alhamdulillah..
Sebelum naik pentas, Syafiqah berdiri kat sebelah pentas..
Ada seorang cikgu tanya "awak ganti siapa ni?" (Kalau penerima anugerah tak de, cikgu cari pengganti)
Me: saya naik untuk diri saya..

Lepas tu, hampir semua orang kat sekeliling Syafiqah pandang semacam je..
One of the teacher looked at me from head to toe.
Lepas ada cikgu tanya "kenapa tak pakai uniform?"
Me: saya tak tahu pun pasal ni..
Cikgu pertama yang tegur kite tu kata kat orang lain, "ni peringkat kebangsaan ni"
Cikgu-cikgu lain pandang Syafiqah macam tak percaya je..
Syafiqah fikir cikgu2 tu cakap "betul ke budak ni?"
Penyampai hadiah pun macam terkejut tengok apa yang tulis kat plak tu..
Bila ambil, penyampai hadiah tu kata "ni ada peluang jadi bomba"

Hahaha.... Lawak je hari ni..
Alhamdulillah, all my hardwork paid off. ^_^

1 month to go...!
Today is 11 October
My birthday is 11 November..
I can't wait to reach 16!! Yuhuuu!!

Wednesday, 9 October 2013

Tudung.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau korang ni kawan-kawan saya or pernah nampak saya kat mana-mana.. Heheh..
Mesti korang nampak Syafiqah pakai tudung bawal je kan.. Yup.. Memang tudung bawal lah yang akan saya pakai setiap kali keluar rumah. Pernah juga pakai tudung sarung tapi bila pergi tuisyen atau main badminton je la..
Asal Syafiqah cakap pasal tudung ni?
Hmm.. Sebenarnya Syafiqah teringin sangat nak pakai shawl tapi cermin mata jadi penghalang..
Pernah juga Syafiqah cuba pakai shawl, tapi tak sesuai..
Syafiqah teringin nak pakai tudung dengan fesyen lain.. Yela, asyik pakai tudung bawal pin kat bahu je, bosan lah.. Syafiqah suka tengok orang pakai shawl dengan betul dan kemas.. Maksudnya menutup aurat dan tidak serabut.. Diorang nampak comel sangat.. Rasa macam nak belajar je daripada mereka.
Pernah juga Syafiqah cuba ubah cara pemakaian tudung bawal tapi hampeh..
Seriously Syafiqah nak ubah cara pemakaian tudung..
Ala~ semua perempuan pasti nak kelihatan cantik kan?
Syafiqah nak kelihatan comel.. 😊

Tuesday, 8 October 2013

Bosan pulak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bosan.. Bosan.. Bosan..
Okay minggu ni student form 3 still ada peperikasaan PMR. Kelas Syafiqah pula cuti dari hari Isnin hingga Rabu.. Semalam tak lah rasa bosan sebab Syafiqah pergi sekolah, cikgu buat kelas tambahan..
Final examination dah hampir, kalau tak belajar memang tak boleh jawab apa-apa soalan.
Hari ni cikgu tak buat kelas tanbahan, so tak sekolah.

Situasi di rumah:
Lepas mama abah pergi kerja, adik-adik pergi sekolah..
Syafiqah tak de kawan pulak kat rumah.. Mula2 baca buku nota kimia, lepas tu rasa bosan sebab rumah sunyi.. Lepas tu cuba buat latihan add math.. Apabila jumpa soalan yang tak boleh jawab rasa bosan pulak.. Lepas tu baca buku biologi pulak.. Main tukar-tukar pulak kan? Baca sampai mengantuk.. Ingat nak tidur kejap.. Lama pulak jadinya.. Bukan apa bosanlah belajar sesorang, kalau ajak kawan nanti bersembang pulak yang lebih daripada belajar..  Alhamdulillah petang ni ada tuisyen.. Ada jugalah benda bermanfaat yang dapat Syafiqah buat.. ^_^

Esok kelas dicutikan lagi, apa yang patut Syafiqah buat agar tak bosan dan cepat mengantuk waktu belajar.. Dengar lagu? Syafiqah dengan lagu kalau buat latihan math je.. Kalau subjek lain nanti tak boleh fokus pulak.. :/

Thursday, 3 October 2013

Anugerah Hem

Dear readers,
Sorry ye sebab dalam post yang sebelum ni Syafiqah emo lebih.. Okay hari ni mood baik-baik je..
Hari ni Syafiqah nak cerita tentang benda yang jadi pada hari Isnin yang baru je berlalu..
Nak tahu tak? Kalau tak nak tahu tak pe, shut down je korang punya komputer or laptop tu..
Hari Isnin hari tu ada Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid.. Ada banyak anugerah yang disampaikan..
Anugerah : kehadiran penuh, pelajar berbudi bahasa, ketua/penolong berkaliber, pelajar merit tertinggi dan banyak lagilah.. Alhamdulillah Syafiqah merupakan antara penerima anugerah tu..
Syafiqah dapat Anugerah Penolong Ketua Kelas Berkaliber.. Apabila Syafiqah dapat tahu yang Syafiqah dapat anugerah tu, Syafiqah asyik fikir :
"Layakkah aku terima anugerah ni?"
"Macam mana cikgu menilai penerima2 anugerah?"

Waktu form2 dulukan ada anugerah pelajar 5S.. 'S' stands for senyum,sapa,salam,sahsiah,smart..
Masih segar di ingatan Syafiqah.. (Ceh..! Ayat nak gempak je..) beberapa hari sebelum majlis anugerah hem tahun 2011, ada seorang cikgu naik pentas cakap "hari ni cikgu2 akan menilai calon-calon pelajar 5S"
"Owh" Syafiqah jawab dalam hati.. Time tu Syafiqah fikir juga "untungnya siapa yang tercalon sebagai pelajar 5S tu, tapi cikgu tak bagitahu pun siapa calon2 tu". Lepas tu, masa hari Anugerah HEM tu Syafiqah dapat anugerah tu!! Alhamdulillah.. Sejak hari tu, Syafiqah fikir cikgu2 tengah jadi spy.. Tapi waktu bila cikgu jadi spy? Tak nampak langsung kelibat cikgu yang mencurigakan... ~.~

Yang bestnya majlis tahun ni kan.. Ibu bapa kepada penerima anugerah dijemput hadir.. Mama dengan abah datang.. :) duduk atas pentas..
Syafiqah seronok sangat sebab mama dengan abah sanggup datang sekolah semata-mata nak tengok Syafiqah naik pentas tak sampai 2 minit pun untuk terima hadiah.. Syafiqah dapat sijil dengan tuala dalam kotak hadiah.. Tahun ni ada anugerah seri pagi.. Anugerah ni untuk pelajar2 yang datang sangat awal ke sekolah.. Syafiqah tanyalah seorang akak yang dapat anugerah ni..
"Akak datang sekolah pukul berapa?" "6.20" pergh awal giler.. Syafiqah pasti waktu tu mesti ada yang baru bangun tidur, betulkan?
Okaylah ni sahaja untuk entry kali ni.. Sekian. :)

Tuesday, 1 October 2013

Menyakitkan hati je..!!

Eeeeee!!!! Sakitnya hati!! Aku benci orang yang suka ambil tempat aku..
Walaupun bagi korang ni benda kecil je.. Tapi aku rasa nak lempang22 korang tau tak?! 
Minggu lepas dekat tempat tuisyen ada pelajar baru.. Lepas tu budak tu duduk kat tempat seorang budak ni, bila budak ni tak de tempat sesuka hati dia je duduk kat tempat aku.. Sebenarnya tempat duduk dalam kelas tu cikgu dah tetapkan.. Aku pulak suka tempat tu.. Budak tu patutnya duduk lah kat tempat lain!! Hish..panas betul hati.. Disebabkan dia, aku kena duduk dekat belakang sekali.. Bila duduk dekat situ rasa terpinggir sangat....!! 
Situasi hari ni pun sama jugak.. Okay, memandangkan minggu ni ada PMR, kitorang semua kena pindah kelas sebab kelas kitorang digunakan untuk peperiksaan.. Bila masuk dekat kelas baru ni, aku duduklah dekat satu tempat yang selesa ; bawah kipas, straight depan whiteboard dan  tempat tu bukannya belakang sekali.. !! 
Waktu dekat kelas lama, tempat duduk aku tu memang tempat yang sangat tidak selesa.. Panas sebab tak dapat angin kipas. Kawan2 yang datang kat tempat aku selalu cakap "ish, panasnya macam mana kau boleh tahan?" .walaupun duduk tepi tingkap still rasa panas sebab tingkap tu bukannya boleh buka luas2.. Oleh sebab duduk sebelah tingkap juga, suasana kat luar kelas selalu bising!! Arghh...! Tension giler.. Susah giler nak rasa tenang!! Lepas tu, tempat tu dekat belakang sekali!! Orang yang duduk depan2 aku suka halang whiteboard dengan kepala diorang!! Frust giler!!.. Lepas tu bila kat kelas baru ni, aku nampak ada orang duduk kat tempat aku tu, dia bukannya nak bangun duduk tempat lain.. Aku pulak kena pergi cari meja..  Hish!!! Menyampah giler dengan orang yang menyusahkan aku ni!! Lepas tu tempat duduk aku sekarang ni, dekat belakang sekali!! Panas!! Tak nampak whiteboard!! Kali ni ramai pulak yang akan menghalang pandangan aku dengan kepala diorang.. Arghhhh!!!  Benci!! Benci!! Benci!!!.. Hei!! Korang yang duduk kat tempat aku! Korang mungkin ingat aku tak kisah! Tapi kalau aku buat cam tu kat korang, barulah korang tahu apa yang aku rasa!!! Hati masih rasa panas!!!