Pages

Friday, 16 August 2013

Raya 2013.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia!
Salam Aidilfitri!
Korang mesti ada cerita yang menarik masa raya tahun ni kan? Hmm.. Kongsilah..
Syafiqah pun nak kongsi gak.. Bacalah ye..

Tahun ni giliran untuk beraya di kampung abah. Hari terakhir berpuasa, kitorang berbuka dekat kampung mama.. Kampung mama dengan abah dalam satu negeri je.. Jadi senanglah kalau balik kampung, tak yah pergi jauh-jauh.. Tahun ini semua adik-beradik abah balik beraya, so bolehlah jumpa sepupu-sepapat yang jarang-jarang jumpa tu! Oleh sebab ramai yang ada kat kampung, kena beratur panjanglah kalau nak masuk tandas, tak ke gitu?  Waktu pagi-pagi lepas solat subuh, cepat-cepat pergi tandas nak mandi.. Mama dah siap-siap bawa balik iron, yela nak gosok baju pun kena tunggu giliran..

Raya tahun ni biasa-biasa je.. Macam raya lepas-lepaslah mesti ada ketupat, lemang, rendang, pergi solat raya, mandi sunat raya, makan kuih raya, tangkap gambar raya dan macam-macam lagilah tentang raya.. Mesti korang pun lalui benda yang sama..

Pagi raya tu, lepas balik dari solat raya kitorang singgah rumah rumah tokngah (kakak maktok Syafiqah, adik-beradik maktok semua tinggal dalam satu kampung..) .. Semua orang tengah lapar masa tu, yela sebelum pergi solat makan kuih raya sebiji je untuk alas perut.. Yang pergi time tu Syafiqah ngan keluarga.. Pastu ada nenek, mak menakan, pak menakan dengan sepupu yang lainlah..
Waktu kat rumah tokngah tu habis lemang kitorang bedal.. Hehehe.. Kesian tokngah, tetamu lain tak sempat nak merasa lemang tu..

Lepastu kitorang semua pun baliklah rumah, menunggu tetamu datang beraya..
Dah lama sangat tunggu mestilah bosan.. Waktu tengahari Syafiqah dengan adik-adik dan sepupu jalan-jalan pergi sawah.. Nak tangkap gambar!! Yeah inilah yang paking best, tangkap gambar dekat sawah dengan cousins. Kitorang nak lalu dekat batas-batas sawah tu tapi daun padi tumbuh tinggi sampai tak nampak batas tu.. So, kitorang pun berdiri je dekat tengah-tengah jalan sambil buat pose macam-macam.. Bila kereta lalu, kitorang pandang ke arah tempat lain sambil berjalan konon-konon kitorang ni nak balik rumah.. Malu sangat kalau orang dalam kereta tu nampak apa yang kitorang buat.. Tapi kitorang memang dah malu sangat sebab orang dalam kereta tu KENAL KITORANG!! Siap hon lagi waktu nampak kitorang.. Yang lalu tu adalah tokngah bersama keluarga..
Omg, tak nak balik rumah!! Mesti tokngah nak pergi rumah maktok.. Huhuhu..

Raya kedua, 9/8/13
Korang tahu tak apa yang jadi waktu raya kedua tu?! Hmmm.. Meh sini dengaq..
Wan sembelih itik.. Hmm.. Biasanya kalau balik kampung, wan akan sembelih ayam tapi kali ni itik.
Maktok pula dok cabut bulu-bulu ayam tu.. Maktok nak buat gulai itik kot.. Entahlah tak ingatlah..

Along (kakak abah) :Syafiqah makan itik ke?
Me:tak. Siapa makan itik? Atok makan ke itik?
Maktok: atok pun tak makan..
Me:dah tu siapa yang makan? #$@&?

Soalan tu tergantung kat situ..

Okaylah sekarang ni dah pukul 12.55 a.m nak tidurlah.. Nite..nite.. Tapi tak ngantuk lagi..!

No comments:

Post a Comment