Pages

Tuesday, 16 July 2013

Perkhemahan..

Hi readers,
Okay dah lama Syafiqah nanti saat-saat ini, perkhemahan!!
Setiap tahun ada aktiviti Perkhemahan Perdana yang dianjurkan oleh sekolah untuk semua unit beruniform. Pagi tadi cikgu buat pengumuman tentang Perkhemahan Perdana 2013. Korang nak tahu apa yang menarik tentang perkhemahan kali ini?
Perkhemahan kali ini akan diadakan di Pulau Redang!!
Wow! Tapi yuran perkemahan pun menarik.. :(  yuran pendahuluan je dah RM100.
Syafiqah pernah menyertai 4 perkhemahan.

Yang pertama semasa form 2.. Perkhemahan antara Kadet Bomba, PBSM dengan Puteri Islam sahaja.. --> berlangsung selama 2 hari 1 malam di sekolah..

Perkhemahan kedua.. Perkhemahan Perdana 2011. 3 hari 2 malam. Semua unit uniform terlibat, lokasi: Bukit Lagong. Ada banyak aktiviti, best~  tapi ada aktiviti yang Syafiqah tak berjaya buat.. ROCK CLIMBING!! Hahah.. Rasa macam nak cuba lagi sampai dapat..

Perkhemahan seterusnya.. Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat Daerah.
Peserta: Kadet-kadet bomba zon Rawang, Selayang, Batu Arang dan Sg. Buloh.
Lokasi: Balai Bomba dan Penyelamat Sg. Buloh. Banyak pertandingan yang Syafiqah sertai dalam perkhemahan ini, oleh sebab kurang pengetahuan kebombaan, Syafiqah pun kalah.. But I've learn a lot from my mistake and I want to do the best in the state level..

Kali terakhir Syafiqah menyertai perkhemahan waktu awal bulan Mei. Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat peringkat negeri di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu..
Alhamdulillah all is well..

Lepas cikgu buat pengemuman tentang perkhemahan tu, Syafiqah panggil "Wana".
Wana pun nampak teruja dengan perkhemahan tu.. Tapi apapun kena minta izin parents..

Masa Form 3 Syafiqah berehat sekejap daripada menyertai aktiviti perkhemahan.
Agaknya mama dengan abah bagi tak kalau Syafiqah nak pergi perkhemahan ni?
Apalah agaknya aktiviti yang cikgu buat dekat pulau tu..
Cikgu kata penyertaan terhad.. Nak pergi..



No comments:

Post a Comment