Pages

Tuesday, 2 July 2013

Mok the cat

Mok,
Kucing oren gemuk, ekor kembang, mata sepet, berbulu lebat tetapi sangat comel..
Mok pernah menjadi tetamu kami sekeluarga suatu masa dahulu..

Pada suatu malam yang indah, cewahh..
Syafiqah sekeluarga buat BBQ..
Maktok dari kampung, adik-beradik mama dari Terengganu dan Shah Alam datang..
Suasana menjadi meriah.. Bukan senang untuk berkumpul satu keluarga sebab tinggal berjauhan..

Waktu itu, semua orang duduk dalam rumah tengah makan sambil tengok cerekarama..
Tiba-tiba mama yang masih di luar rumah panggil "along, ada kucing datang" maklumlah kaklong suka sangat dengan kucing.. Syafiqah dengan sepupu-sepupu yang lain pun sibuk-sibuk nak tengok kucing..
Along pegang kucing tu "ala~kesiannya dia, perut kosong"
Waktu tu mama baru lepas bakar ikan, mama bagilah seekor kat kucing tu..
Semenjak hari itu, kucing tu selalu datang rumah kami.. Bagi dia makan.. Mula-mula bagilah benda lain macam ikan lepastu bagi makan makanan kucing pulak...

Kucing tu ada tuannya sebab ada rantai di leher.. Tuan punya kucing tu adalah kawan adik Syafiqah..
Kawan adik Syafiqah ni bela banyak kucing, mereka tak kurung kucing tu sebaliknya mereka biar kucing tu berjalan merata-rata.. Tapi kucing-kucing tu pandai balik rumah..

Mok dah macam kitorang pula bela, lebih kurang setiap masa Mok kat rumah kitorang.. Tapi hari Khamis mok akan baik rumah tuan dia untuk mandi..
Mok ni kucing yang pandai..

Suatu hari Mok masuk rumah. Kebetulan pula mama ada kat belakang Mok. Mama cakap "Mok, kenapa Mok masuk? Mok tak boleh masuk sebab...." Lepas mama cakap macam tu, kucing tu terus keluar. Pandai kan?

Situasi 2:
Syafiqah percaya semua orang tahu hubungan kucing dengan tikus macam Tom & Jerry kan?
Walaupun Mok ni bukan kucing liar, Mok suka tangkap tikus..

Suatu pagi, mama buka pintu (mungkin mama nak pergi buang sampah), mama nampak Mok tengah guis-guis bangkai tikus dekat depan pintu.. Mama cakap dekat Mok yang dia tak boleh la letak tikus dekat rumah macam tu, tikus kan kotor..
Semenjak hari tu, Mok dah tak letak tikus depan pintu. Mama pun fikir mungkin Mok dah tak tangkap tikus rupa-rupanya Mok masih tangkap tapi letak dekat rumah makjang (adik mama yang juga merupakan jiran kitorang)..
Hahahah.. Comel betul Mok ni..

Ada suatu hari tu, mungkin Mok ni dah kenyang sangat.. Satu hari dia tidur, orang dok lalu lalang pun Mok tak sedar..

Tapi sekarang Mok dah tak ada, tak tahulah dia pergi mana..
Suatu petang, kitorang sekeluarga masukkan beg-beg pakaian dalam kereta, nak balik kampung..
Takkan lah nak bawa Mok balik sekali.. Waktu tu Mok pun pergi.. Sedih tengok muka dia..

Sekarang ni kalau tengok kucing, mesti teringat dekat Mok..

No comments:

Post a Comment