Pages

Sunday, 2 June 2013

My cousin's wedding

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
humm.. amacam hantaran tu, ok?
cantikkan..

Semalam 1/6/2013 Syafiqah dengan family dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan..
Kami ini keluarga dari pengantin lelaki.

rumah pengantin tu dekat Johor.. tak ingatlah pula nama tempat tu apa.. tapi semasa dalam perjalanan tu kami sekeluarga kena lalu dekat ladang kelapa sawit..
you guys tahu tak kiri kanan kami ladang kelapa sawit..

abah kata "kalau lalu tempat ni waktu malam mesti menangis"
mama pula kata "abah seorang je la yang menangis sebab yang lain semua lena"
hahahahaah...

perjalanan terasa jauh sangat.. Abah tak pandu dengan laju sebab risau kalau tersalah jalan..
tak ingatlah berapa kali berhenti sebab nak tanya orang..
nak cari orang untuk bertanya pula susah sebab tempat tukan estet, jadi tak ramai orang di situ..

abah kata lagi "bayangkan kalau jalan waktu malam, lepastu hujan tambah pula dengan bau bunga melor (kereta kami bau bunga melor sebab mama letak bunga tu dekat sirih junjung)"
"kalau bersin, ada pula yang hulur tisu" mama tambah..

haih~ mama dengan abah suka buat orang ketaq.. tetapi tak apa sebab inilah antara cara kami sekeluarga bergurau..

finally sampai juga ke destinasi yang dituju.. 

inilah keluarga kami.. smile.
sebelum pergi akad nikah, tangkap gambar dulu..
inilah antara ahli keluarga Syafiqah.. 
kami orang Kedah.
Syafiqah dengan beberapa orang sepupu-sepapat tak ada dalam gambaq ni..
semua dok segan-segan.. Syafiqah pun segan juga nak pi tangkap gambaq ni,
olehitu, Syafiqah bagi alasan untuk tangkap gambaq ni.. 

No comments:

Post a Comment