Pages

Friday, 21 June 2013

cerita Syazana

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ini Syafiqah rasa sedih sangat, tapi tak perlulah bagi tahu pasal apa..
balik sekolah tadi rasa letih sangat..
lepas Syafiqah sidai baju, basuh baju,
TRUTT.. TRUTT..
telefon rumah berbunyi.. arhh malasnya nak jawab panggilan telefon tu,
telefon kat bawah, Syafiqah kat atas, rasa malas pula nak jawab panggilan telefon tu,
tapi Syafiqah jawab juga

pemanggil: Assalamualaikummmm..
Syafiqah: Wa'alaikumussalam.. (otak tengah mengesan suara pemanggil) Syazana!!!!

Syazana ialah kawan Syafiqah yang baru pindah selama 2 minggu di SBPI Rawang. lama tak jumpa membuatkan Syafiqah rindu kat dia..

Hypothesis:
makin lama tak jumpa, makin banyak cerita yang nak dikongsikan.

lama sangat Syafiqah bersembang dengan Syazana sehinggakan bateri telefon dia habis..
bersembang sampai 26 minit lebih lepastu tut..tut..tut..
dalam hati (mesti bateri dia habis) =='

beberapa minit kemudian, Syazana telefon semula.. sambung perbualan tadi..
macam-macam dia cerita. pasal kelas, kawan-kawan, dorm, suasana dekat sana, aktiviti dekat sana dan macam-macam lagi..apa yang Syazana cerita tu tak dela seteruk macam yang selalu kita dengar..
kalau anda pernah dengar cerita pasal suasana sekolah berasrama, mesti orang nak cerita yang bukan-bukan.. tapi apabila dengar cerita Syazana, happy je dia dekat sana.. Even, kawan-kawan Syafiqah yang masuk sekolah berasrama lagi awal daripada Syazana rasa tak tahan.. tapi Syazana okay je.. Students dekat sana friendly sangat.. diorang semua excited sangat apabila ada pelajar baru..
perbualan kali ini pun lebih kurang 26 minit..

banyak sangat benda yang Syazana cerita sehinggakan Syafiqah tak sempat nak cerita apa yang berlaku dekat SMK Rawang..
Syazana kata bahawa hari Sabtu minggu pertama dia dekat sekolah tu, kelas dia kena kemas dewan sebab ada. majlis.. Rawang sebagai tuan rumah.. waktu itu, dia terjumpa cikgu-cikgu SMK Rawang.

waktu Syazana terserempak dengan Ustazah Norazlin (guru PAI), "eh kamu" ustazah kata kepada Syazana. Ada seorang lagi ustazah (guru PAI 4 Anggerik) "eh kamu ni budak 4 Alamanda kan?"
situasi dengan cikgu Badrul pula.. cikgu pandang je Syazana mungkin tengah fikir kat mana pernah jumpa budak ni.. sebelum cikgu balik, Syazana cakap dengan cikgu yang Syazana ni dari SMK Rawang dulu.. maka segala persoalan cikgu Badrul terjawab. Waktu jumpa Ustaz
(guru PAI kami dari form 1 - 3). Syazana nampak Ustaz dekat bawah pokok, Syazana pun pergi dekat Ustaz lepas tu beri salam.. "Kamu buat apa dekat sini?" Ustaz soal.. hahhaha...
Syazana cakaplah dekat Ustaz yang dia sekolah dekat situ..

seriously, tak puas berborak dengan Syazana tadi..


Wednesday, 19 June 2013

ais-krim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tajuk hari ini ialah ais-krim,
siapa suka makan ais-krim, angkat tangan! hahahaha..
Hari ini Syafiqah nak kongsi cerita tentang Syafiqah & ais-krim.
Apabila makan ais-krim, tengok orang makan ais-krim dan apa-apa yang berkaitan dengan ais-krim, Syafiqah akan teringat satu peristiwa ni..

Jumaat, 28.9.2012
Masa itu Syafiqah tengah tunggu van nak balik dari sekolah..
Entah kenapa van lambat sikit dari hari-hari lain...
Syafiqah nampak motor ais-krim.. Cuaca yang panas membuatkan tekak Syafiqah meronta-ronta untuk makan ais-krim. Tapi Syafiqah cuba kawal nafsu.. rasanya masa itu Syafiqah batuk-batuk.

Apabila tiba di rumah Syafiqah cakap dengan Sara "pukul 4 nanti jom pergi kedai, nak makan ais-krim"

5:00 petang
"bila nak pergi?" Sara tanya. "tak payahlah" itu sahaja jawapan yang Syafiqah beri.

malam.. menuggu kepulangan mama dan abah pulang dari tempat kerja.
mama call "jangan tidur lagi sebab mama beli ais-krim" hehehe.. hati Syafiqah berbunga-bunga.
Alhamdulillah dapat juga makan ais-krim.
Apabila mama dengan abah sampai rumah, Syafiqah nampak satu kotak besar yang tertulis Baskin Robbin. Ish.. takkan mama dengan abah beli ais-krim besar sehingga kena letak dalam kotak.
Rupa-rupanya mama dengan abah beli Baskin Robbin Ice-Cream Cake.. :) dapat makan puas-puas.

Kisah ini mengingatkan Syafiqah bahawa Allah Maha Pemurah..
 ^_^

Friday, 14 June 2013

cerita Isnin dan Selasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!
hmm.. agaknya dah berapa lama Syafiqah tak update blog ni kan?
sejak cuti sekolah telah tamat, banyak homework yang cikgu bagi.. tak sempat nak update blog..

Isnin, 10/6/13
bangun awal pagi (sebenarnya bangun lambat) bersiap-siap nak pergi sekolah.
macam biasa mama yang hantar Syafiqah dengan adik ke sekolah. baru je keluar rumah,
kitorang dah terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Jarak antara rumah dengan sekolah tak jauh mana pun.kalau naik kereta ambil masa lebih kurang 20 minit.
pagi tu kami keluar pukul 7. guess what happen? kitorang sampai sekolah pukul 7:50 !
it suppose to be 7:20 a.m!!
perhimpunan dah mula, pengawas dah berdiri di pintu pagar pegang pen dan buku untuk catat nama pelajar yang hadir lewat. Syafiqah tak suka datang lambat ke sekolah.. kalau kena tulis nama lagilah tak suka! mama kata "kalau tak sekolah tak pe ke" "memang itulah yang kakak fikir" sambung Syafiqah. wohoo! mama bagi green light. maka Syafiqah pun tak bersekolah pada hari Isnin tu. adik je yang sekolah.

Selasa, 11/6/13
lepas pj Syafiqah balik ke kelas nak ambil barang sebelum pergi makmal kimia.
Pn Zarina, guru kelas Syafiqah ada dalam kelas. Syafiqah pergilah dekat cikgu sebab nak laporkan siapa yang tidak hadir. Sebaik sahaja berdiri di sebelah cikgu, "hah, Syafiqah kenapa tak datang semalam?" cikgu bertanya. alamak nak jawab apa ni? takkan nak cakap 'cikgu saya ponteng' aduh tak kena la pulak. "ermm..erm... cikgu, Pavitra tak datang". itulah yang Syafiqah jawab.. maafkan saya cikgu.


Sunday, 2 June 2013

My cousin's wedding

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
humm.. amacam hantaran tu, ok?
cantikkan..

Semalam 1/6/2013 Syafiqah dengan family dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan..
Kami ini keluarga dari pengantin lelaki.

rumah pengantin tu dekat Johor.. tak ingatlah pula nama tempat tu apa.. tapi semasa dalam perjalanan tu kami sekeluarga kena lalu dekat ladang kelapa sawit..
you guys tahu tak kiri kanan kami ladang kelapa sawit..

abah kata "kalau lalu tempat ni waktu malam mesti menangis"
mama pula kata "abah seorang je la yang menangis sebab yang lain semua lena"
hahahahaah...

perjalanan terasa jauh sangat.. Abah tak pandu dengan laju sebab risau kalau tersalah jalan..
tak ingatlah berapa kali berhenti sebab nak tanya orang..
nak cari orang untuk bertanya pula susah sebab tempat tukan estet, jadi tak ramai orang di situ..

abah kata lagi "bayangkan kalau jalan waktu malam, lepastu hujan tambah pula dengan bau bunga melor (kereta kami bau bunga melor sebab mama letak bunga tu dekat sirih junjung)"
"kalau bersin, ada pula yang hulur tisu" mama tambah..

haih~ mama dengan abah suka buat orang ketaq.. tetapi tak apa sebab inilah antara cara kami sekeluarga bergurau..

finally sampai juga ke destinasi yang dituju.. 

inilah keluarga kami.. smile.
sebelum pergi akad nikah, tangkap gambar dulu..
inilah antara ahli keluarga Syafiqah.. 
kami orang Kedah.
Syafiqah dengan beberapa orang sepupu-sepapat tak ada dalam gambaq ni..
semua dok segan-segan.. Syafiqah pun segan juga nak pi tangkap gambaq ni,
olehitu, Syafiqah bagi alasan untuk tangkap gambaq ni.. 

Hantaran perkahwinan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
dalam entry yang lepas, Syafiqah ada bagitahu yang mama gubah hantaran perkahwinan kan?

ingat lagi tak?
hmm.. mama buat hantaran untuk perkahwinan sepupu Syafiqah..
apa kata kalau Syafiqah kongsi gambar hantaran tu..

 
    sirih junjung
chocolate Ferrero Rocher dengan Kisses
sejadah dan telekung
buah-buahan
buah ini Syafiqah sapu minyak sikit supaya nampak berkilat..
kalau nak makan kena kupas la ye..
buah anggur je yang tak lap dengan minyak..
mas kahwin dengan cincin dan gelang..
tak payah dok zoom gambaq ni la,
korang memang tak kan jumpa cincin dengan gelang tu..

sebenarnya ada lagi hantaran yang lain tapi tak de gambar..