Pages

Thursday, 16 May 2013

Teacher's Day 2013

16 Mei.. Teacher's Day..
Hari ini ada sambutan Hari Guru di sekolah..
Banyak pelajar yang tak hadir sebab itulah semua orang dapat duduk dengan selesa dekat Lembayung Kasih (perhimpunan).
Tema Hari Guru Tahun ini adalah Flashback or Retro. Something like that la..
Mula-mula semua pelajar menunggu ketibaan para guru ke tapak Lembayung Kasih..
Cikgu-cikgu kelihatan sangat cantik dan bergaya.. Ada yang bawa payung dengan mangkuk tingkat, ada yang pakai baju sekolah, ada yang letak bunga di kepala, ada juga yang jadikan kain batik sebagai selendang. Cikgu-cikgu lelaki pun pandai bergaya~ kebanyakan cikgu lelaki pakai baju kotak-kotak.. Maklumlah nak padan dengan tema..
Majlis dirasmikan dengan beberapa orang pelajar dan guru praktikal mengayuh basikal tua dan motor vespa.. ..
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Memohon rahmat Allah dengan melafazkan doa serta diteruskan dengan Ikrar Guru.. Lepastu ada ucapan dari YDP PIBG, Pengetua dan Ketua Pengawas.. Tak seronoklah kalau tak ada persembahan, betul tak?!!
Tadi ada banyak persembahan menarik sangat.. Persembahan dikir barat dari PPKI, tarian canggung, drama mini, tarian India dan silat.. Tidak ketinggalan, cikgu-cikgu pun nak menari juga.. Ada 6 orang cikgu berpakaian seragam menari kat atas pentas... Selama ni tengok cikgu asyik mengajar je..
Saat yang paling mendebarkan ialah pengumuman Guru-guru terbaik..
Guru paling tegas (L) - Ust. Zulkifli.. Ustaz dah ajar kite subjek agama Islam dari form 1- form 3.. Ye ustaz memang seorang yang tegas tapi tak garang.. Kelakar sangat apabila tengok reaksi ustaz naik pentas untuk terima hadiah.. Ustaz tak tahu pun sebab apa ustaz menang..
Guru paling tegas (P) - teacher Lalitha.. Tahun ni first time cikgu mengajar kite.. Cikgu Lalitha ajar Bahasa Inggeris..
Guru paling penyayang (P) - Pn. Zarina binti Ariffin.. My class teacher.. Teacher cakap cikgu sendiri terkejut apabila nama cikgu disebut..
Guru paling popular (L) - Ust. Zulkifli again!! Waktu naik pentas ustaz senyum je lepas tu geleng- geleng kepala.. Heheh..
Guru paling popular (P) - Pengacara majlis cakap "1 Rawang kenal cikgu ni.. Cikgu Rokiah!!!"
Cikgu tersenyum je semasa menerima hadiah sampai merah muka cikgu..
Cikgu paling bergaya (P) - Cikgu Marviza.. The Wawa Zainal Semekar.. Seriously, muka cikgu ni macam Wawa Zainal.. Apabila nama cikgu disebut, ramai pelajar sebut Gwiyomi.. Gwiyomi.. Last-last cikgu buat sikit aksi comel itu, dan cikgu kelihatan sangat comel..
Busana Guru yang bertepatan dengan tema (P) - Pn. Mariha.. Cikgu ni sangat bergaya.. Cikgu pakai tudung fesyen dulu-dulu lepas tu bawa payung and mangkuk tingkat.. Cikgu ni pula ajar kite Sains masa form 3..
Sebenarnya ada lagi anugerah, tapi kite tak ingat sangat..
Lepas tamat majlis ni, guru-guru pergi makan dekat dalam dewan... Students kena berkumpul dekat Lembayung Kasih.. Cikgu tak nak kitorang berkeliaran, so kena berkumpul.. Then, ada kumpulan buat persembahan supaya pelajar tak bosan.. Tapi kite tak berkumpul dengan student lain sebab kite and beberapa orang kawan tolong kawan kite urusakan pss..
Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna..

No comments:

Post a Comment