Pages

Wednesday, 22 May 2013

hari ini di sekolah..

Hari ini ada peperiksaan kertas Fizik 1 dan 2.. kertas fizik 2 waktu pagi..

pagi tadi bangun lambat.. sampai sekolah lambat (nasib baik tak kena tulis nama).. apabila masuk kelas, MEJA HILANG!!! huh~ inilah perkara yang paling dibenci.. aku terpaksa pusing satu sekolah cari meja.. peperiksaan mula pukul 7.50 pagi.. tapi sempat nak baca nota ringkas Fizik..

peperiksaan bermula..
soalan 1.. okay senang..
soalan 2.. boleh tahan lagi.. mula daripada soalan nombor berapa entah, dah mula susah sikit..
sebenarnya tak susah,cuma aku dah lupa sikit apa yang aku baca..

10:25 pagi--> rehat!!
pergi kantin.. makanan tak menarik perhatian.. lepas tu nak pergi PPKI sebab diorang selalunya jual kerepek, murukku, buah, dadih, kek coklat lembab dan banyak lagi.. tapi tak jual pula hari ni..
pilihan terakhir ialah koperasi!! beli oat krunch je.. tapi tidak mengapa sebab sedap..

10:45 pagi -11.50 pagi
setelah rehat tamat, aku dengan kawan-kawan buat ulangkaji sikit untuk Fizik kertas 1 sebab kitorang ada masa 1 jam 5 minit sebelum peperiksaan.. 1 jam 5 minit?! takkanlah sepanjang masa tu nak belajar betul tak?.. aku dengan Wana mengimbas kembali kenangan masa di sekolah rendah dulu..
Ya, di Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya lah kami mula berkawan.. pelbagai kenangan pahit dan manis tidak dapat kami lupakan.. rindu sangat-sangat dekat cikgu-cikgu, kawan-kawan, makcik kedai buku yang murah dengan senyumannya, mak cik kantin sedap masakkanya dan pak cik guard yang sentiasa menjaga keselamatan warga sekolah.. rindu mereka semua, rindu suasana dekat sekolah rendah.. Wana kata mesti seronok kalau dapat buat reunion kan?! best juga..
lepas tu kitorang sambung belajar.. aku keluarkan kertas soalan yang cikgu tuisyen bagi dan juga buku rujukan.. kitorang cuba jawab.. risaunya sebab ada soalan yang tak tahu nak jawab..

11.50 pagi - 1:05 tengah hari
dapat kertas soalan-- baca doa-- tulis nama-- buka kertas soalan-- jawab!
kebanyakan soalan yang kitorang buat sebelum periksa tu banyak yang keluar...
tapi~ semua soalan tu adalah soalan yang kitorang tak dapat jawapannya..
arghh.. apa nak jadi ni.. kenatadi tak tanya orang lain.. tapi apa boleh buat..
aku bukan boleh putarkan masa.. perkara ini jadi pengajaran buat diriku..
LAIN KALI KALAU TAK TAHU TANYALAH!! JANGAN DUDUK DIAM...

No comments:

Post a Comment