Pages

Monday, 27 May 2013

Badminton

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,
Apa korang buat sekarang ni?
Hmm.. Syafiqah tengah update blog ni.. Hish bosankan cuti sekolah?.. Rasa macam nak pergi sekolah je..

Kalau kat sekolah Syafiqah akan:
a) belajar dalam
b) kemaskini buku log kelas
c) catat nama pelajar yang tak hadir
d) cari cikgu yang tak masuk kelas
e) waktu rehat fikir sepuluh kali nak makan kat mana..

Kalau kat rumah:
a) cuci baju
b) sidai baju
c) main phone
d) nak main badminton!! Tapi tak de siapa nak main sekali..

Sebut pasal badminton teringat pula

Peristiwa 1:
dekat Syazana..
Tahun 2012, selepas PMR cikgu dah cutikan pelajar tingkatan 3 seminggu awal..
Lepas tu, Syazana datang rumah Syafiqah dan kami main badminton sama..
Anis Suraya pun ada sama.. Tetiba bulu tangkis sangkut dekat pokok.. Hahah.. Kelakar sangat macam-macam cara kami buat nak ambil buu tangkis tu..

Peristiwa 2:
Cuti akhir tahun lepas, Syafiqah banyak habiskan masa main badminton dengan abah, mama dan adik-adik.. Misi Syafiqah dan abah nak loss weight!! Walaupun tak turun dengan banyak tapi membantulah juga.. Sekurang-kurang dapat mengelak tambah berat..
Suatu hari abah demam tapi abah tetap main badminton, lepas tu abah rasa sakit-sakit tangan sampai sekarang.. Kesian abah..

Tahun 2013, waktu pendidikan jasmani cikgu bagi kitorang main badminton..
Racket terhad, siapa cepat dia dapat.. Yeah!! Syafiqah sempat ambil satu..
Syafiqah main dengan Aqilah. Oleh sebab cuaca sangat panas cikgu suruh main dekat Lembayung Kasih, tapak perhimpunan yang berbumbung.. Dah lama tak main badminton lepas abah mengalami kecederaan.. Excited sangat sebab dapat main.. Syafiqah main dengan sangat bersemangat.. Ada satu masa tu Aqilah pukul tapi Syafiqah tak sempat nak balas pukulan, Syafiqah pun berlari untuk ambil bulu tangkis tu.. Tetiba kaki tersadung dekat batu sebab jalan tak rata.. Rasa macam terbang pun ada.. Apabila bangun nampak seluar terkoyak dekat lutut, nasib baik seluar tu ada lapisan lain.. Pergi kantin basuh tangan.. Tangan tak luka tapi pedihnya.. Allah Maha Mengetahui.. Lepas tu sambung main lagi.. Kawan-kawan pula risau.. Tak sakit ke Syafiqah? Kuatnya semangat Syafiqah..
Masa tengah main terasa lutut berair dan pedih sangat.. Minta izin daripada cikgu nak pergi toilet.."Kenapa?" cikgu tanya.. "Saya jatuh tadi" lepas tu cikgu gelak.. Hahahha.. Gelak jahat tu!! Hehhe... cikgu.. cikgu.. Banyaklah juga darah.. Tak pe.. Tak pe.. Balik rumah nanti sapulah minyak gamat.. :)

No comments:

Post a Comment