Pages

Friday, 31 May 2013

first week of school holiday.. June

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca!
hmm.. cuti sekolah minggu pertama ini kalian buat apa?
ingat tak Syafiqah pernah post perancangan cuti sekolah..

hmm.. setakat ini Syafiqah tak sempat buat semua sebab banyak betul kerja yang harus dibuat kat rumah ni.. penat sangat..
Tapi rasanya mama Syafiqah lagi penat sebab mama kena siapakan hantaran perkahwinan sepupu Syafiqah..
waktu siang mama pergi kerja, waktu malam mama gubah hantaran, awal pagi mama masak untuk makan tengah hari.. kesian mama.. 

oleh itu, kalau mama gubah hantaran Syafiqah dengan adik tolong mama.. 
menggubah hantaran bukanlah kepakaran mama, tapi mama sangat kreatif dan berusaha sebaik mungkin.. cantik betul hantaran tu.. 

Kalau ada kelapangan Syafiqah update gambar-gambar hantaran yang mama buat..

Monday, 27 May 2013

Syazana pindah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,
Sekarang ni Syafiqah nak cerita sedikit pasal seorang kawan Syafiqah yang nak pindah..
Nur Syazana namanya yang membawa maksud cahaya kecergasan..

Suatu hari di tapak Lembayung Kasih,
Hampir kesemua pelajar sibuk mentelaah buku sebab akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula beberapa minit sahaja lagi..
Syafiqah dengan teman-teman rapat berkumpul di suatu sudut.. Sebenarnya bukannya sudut pun, kami berada dekat tengah-tengah tapak Lembayung Kasih.. Kami pun seperti pelajar lain sibuk membaca nota ringkas.. Belajar saat akhir, macam inilah jadinya..

"Korang, aku rasa asa sesuatu yang aku tak tahu sama ada patut bagitahu atau tak". Syazana bersuara.
"Cakap je, apa dia?" Syafiqah bertanya spontan. Syafiqah dengan Anis memandang Syazana dengan penuh tanda tanya.. Kemudian Syazana panggil Sarah dengan Shazwana yang berada di hadapan kami.. "Aku dapat tawaran pergi SBPI Rawang" Syazana berkata dengan agak perlahan..

Syafiqah dalam dengar tak dengar je sebab tengah membaca waktu dia bersuara.. Cuma dengar SBPI Rawang je.. Lepas tu otak tengah berfikir SBPI Rawang tu apa. Lepas tu baru teringat itulah sekolah yang Syafiqah, Syazana dan Laila mohon dulu.. Syafiqah cuba fahamkan apa yang Syazana cakapkan..

"Kau dapat SBPI Rawang?" Wana bertanya. "A'ah" jawab Syazana ringkas. Lepas tu kami serang dia dengan pelbagai soalan, dah tak hirau buku di tangan..
"Bila kau patut pergi?" "Hari ini kena daftar" dia jawab lagi.
"Kenapa kau tak daftar lagi" "sebab mak aku nak tanya sekolah tu dulu"
"Macam mana kau tahu?" "Dapat surat hari Sabtu yang lalu"
"Kau pergi tak?" "InsyaAllah pergi"

Pengawas bagi arahan masuk kelas.. Masa tu Syafiqah dah tak rasa nak baca buku dah.. Hilang mood belajar..

Waktu petang dalam bilik..
Kring.. Kring..
Ish, siapa pula yang telefon petang-petang ni... Dengus hati kecilku sememangnya Syafiqah tak suka jawab panggilan telefon..
Rupa-rupanya Syazana yang telefon, dia nak bagitahu yang dia akan pindah sekolah lepas peperiksaan pertengahan tahun.
Lepas peperiksaan semua pelajar akan cuti sekolah selama 2 minggu, maknanya dia akan pindah lepas cuti.. Kira baguslah tu.. Lagipun dekat sekolah baru dia tu pun tengah ada peperiksaan.. Bab yang mereka dah belajar mesti lagi banyak daripada kami.. Oleh itu, dia dapat kelonggaran untuk daftar lambat.

23.5.2013 hari terakhir peperiksaan.. Kertas Biology..
Syazana datang rumah Syafiqah.. Bukannya buat apa pun.. Cuma tengok tv je.
Anis Suraya pun ada sekali.. Lepas tu sebelum mereka balik kami ada sesi fotografi sekejap.. Haha..

Gambar pertama:
Waktu Syazana dan Anis Suraya di rumah Syafiqah
Syazana: buat (Y)
Syafiqah: tengah
Anis Suraya: sorang lagi
Gambar kedua:
Waktu Hari Anugerah Cemerlang..





Badminton

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,
Apa korang buat sekarang ni?
Hmm.. Syafiqah tengah update blog ni.. Hish bosankan cuti sekolah?.. Rasa macam nak pergi sekolah je..

Kalau kat sekolah Syafiqah akan:
a) belajar dalam
b) kemaskini buku log kelas
c) catat nama pelajar yang tak hadir
d) cari cikgu yang tak masuk kelas
e) waktu rehat fikir sepuluh kali nak makan kat mana..

Kalau kat rumah:
a) cuci baju
b) sidai baju
c) main phone
d) nak main badminton!! Tapi tak de siapa nak main sekali..

Sebut pasal badminton teringat pula

Peristiwa 1:
dekat Syazana..
Tahun 2012, selepas PMR cikgu dah cutikan pelajar tingkatan 3 seminggu awal..
Lepas tu, Syazana datang rumah Syafiqah dan kami main badminton sama..
Anis Suraya pun ada sama.. Tetiba bulu tangkis sangkut dekat pokok.. Hahah.. Kelakar sangat macam-macam cara kami buat nak ambil buu tangkis tu..

Peristiwa 2:
Cuti akhir tahun lepas, Syafiqah banyak habiskan masa main badminton dengan abah, mama dan adik-adik.. Misi Syafiqah dan abah nak loss weight!! Walaupun tak turun dengan banyak tapi membantulah juga.. Sekurang-kurang dapat mengelak tambah berat..
Suatu hari abah demam tapi abah tetap main badminton, lepas tu abah rasa sakit-sakit tangan sampai sekarang.. Kesian abah..

Tahun 2013, waktu pendidikan jasmani cikgu bagi kitorang main badminton..
Racket terhad, siapa cepat dia dapat.. Yeah!! Syafiqah sempat ambil satu..
Syafiqah main dengan Aqilah. Oleh sebab cuaca sangat panas cikgu suruh main dekat Lembayung Kasih, tapak perhimpunan yang berbumbung.. Dah lama tak main badminton lepas abah mengalami kecederaan.. Excited sangat sebab dapat main.. Syafiqah main dengan sangat bersemangat.. Ada satu masa tu Aqilah pukul tapi Syafiqah tak sempat nak balas pukulan, Syafiqah pun berlari untuk ambil bulu tangkis tu.. Tetiba kaki tersadung dekat batu sebab jalan tak rata.. Rasa macam terbang pun ada.. Apabila bangun nampak seluar terkoyak dekat lutut, nasib baik seluar tu ada lapisan lain.. Pergi kantin basuh tangan.. Tangan tak luka tapi pedihnya.. Allah Maha Mengetahui.. Lepas tu sambung main lagi.. Kawan-kawan pula risau.. Tak sakit ke Syafiqah? Kuatnya semangat Syafiqah..
Masa tengah main terasa lutut berair dan pedih sangat.. Minta izin daripada cikgu nak pergi toilet.."Kenapa?" cikgu tanya.. "Saya jatuh tadi" lepas tu cikgu gelak.. Hahahha.. Gelak jahat tu!! Hehhe... cikgu.. cikgu.. Banyaklah juga darah.. Tak pe.. Tak pe.. Balik rumah nanti sapulah minyak gamat.. :)

Sunday, 26 May 2013

Buddyz tak akan berpisah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
Hari ni Syafiqah nak cerita sikit tentang hubungan persahabatan..

Mereka bertiga ni kawan Syafiqah..
Kitorang kenal sejak tingkatan 2, tapi kami tidak begitu akrab. Aku belajar pada sesi pagi manakala mereka petang..
Kami hanya bertemu semasa latihan kawad kaki..

Tingkatan 3,
Mereka mula masuk sesi pagi. Kami kerap juga bertembung.
Hubungan persahabatan antara Syafiqah dengan mereka ada sedikit penambahan.
Sekali lagi, kami bersatu semasa latihan kawad kaki.. Teman rapat Syafiqah tak nak masuk pertandingan kawad kaki sebab PMR.. Syafiqah tak kisah semua tu sebab kalau kite mahukan sesuatu, kite akan lakukan apa sahaja.. Syafiqah mahu masuk pertandingan kawad dan 8A dalam PMR. Oleh itu, kenalah berusaha keras .. Ye dak? Merekalah sahabat Syafiqah.

Tingkatan 4,
Kami telah mewakili menyertai perkhemahan kadet bomba peringkat daerah dan peringkat negeri.. Dari sinilah kami jadi akrab.. Seronok sangat dapat kawan dengan mereka.. Diorang happy selalu.. Tak pernah gaduh-gaduh..

Satu perkara yang istimewa tentang mereka:
Walaupun berlainan kelas dan aliran, mereka tetap bersatu..

Seronok dapat tengok hubungan persahabatan mereka..
Seronok dapat berkenalan dengan mereka..
Seronok dapat berkawan dengan mereka..

Dalam gambar tu:
Fiza (yang paling hadapan)
Faseena (paling tinggi)
Farhana (emm.. Sederhana tinggi..)

Mereka buddyz tak berpisah..



Friday, 24 May 2013

Perancangan cuti sekolah.

Cuti sekolah tiba lagi!!
Apa perancangan anda pada cuti kali ini?
Bercuti? Study untuk peperiksaan penting? Duduk kat rumah je?

Rasanya cuti kali ini kite tak bercuti kot sebab Laila, adik kite harus menghadiri kelas tambahan di sekolah. Maklumlah tahun ni dia akan menduduki peperikasaan UPSR. Lagiun dia yang terakhir ambil peperiksaan ni, Adam (adik bongsu) tak ada UPSR nanti.. Oleh itu, Laila mestilah nak dapat 5A untuk UPSR dan Mumtaz untuk PSRA..

Dalam otak kite dah ada banyak perancangan untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah..
a) cuti-cuti belajar subjek Add Math.. Cikgu bagi modul untuk siapkan.. Tadi dah cuba buat tapi boleh jawab 3 soalan je.. Hmm.. Tak boleh jadi ni.. Oleh itu, kite buat perancangan ke-2

b) buat ulangkaji subjek yang lemah dan buat peta minda supaya kite boleh baca untuk peperiksaan akhir tahun nanti dan juga SPM.

c) kemas bilik.. Tempat pertama yang perlu dikemas ialah meja belajar.. Meja tu kite tak kemas semenjak kite menduduki peperiksaan PMR tahun lepas.. Lama tu.. Buku-buku form 4 pula tak cukup ruang nak simpan.. Payah.. Payah..

d) kemas rumah setakat yang mampu.. Kite tak ada pembantu rumah.. Oleh itu, kita harus membantu meringankan beban mama..

e) cuci kasut sekolah sebab dah sebulan tak basuh.. Bukannya malas tapi sibuk dengan tuisyen, nak study untu peperiksaan pertengahan tahun lagi, kalau ada masa pula lupa nak basuh..

f) download lagu banyak-banyak.. Kite suka dengar lagu. Lebih-lebih lagi kalau buat latihan math dan add math.. Kalau kite buat latihan subjek ni tanpa dengar lagu, 2 hari pun tak dapat nak jawab..

g) buat powerpoint untuk subjek Pendidikan Islam..

Setakat ini sahajalah perancangan kite.. Kalau ada lagi, kite akan share..
:D

Wednesday, 22 May 2013

hari ini di sekolah..

Hari ini ada peperiksaan kertas Fizik 1 dan 2.. kertas fizik 2 waktu pagi..

pagi tadi bangun lambat.. sampai sekolah lambat (nasib baik tak kena tulis nama).. apabila masuk kelas, MEJA HILANG!!! huh~ inilah perkara yang paling dibenci.. aku terpaksa pusing satu sekolah cari meja.. peperiksaan mula pukul 7.50 pagi.. tapi sempat nak baca nota ringkas Fizik..

peperiksaan bermula..
soalan 1.. okay senang..
soalan 2.. boleh tahan lagi.. mula daripada soalan nombor berapa entah, dah mula susah sikit..
sebenarnya tak susah,cuma aku dah lupa sikit apa yang aku baca..

10:25 pagi--> rehat!!
pergi kantin.. makanan tak menarik perhatian.. lepas tu nak pergi PPKI sebab diorang selalunya jual kerepek, murukku, buah, dadih, kek coklat lembab dan banyak lagi.. tapi tak jual pula hari ni..
pilihan terakhir ialah koperasi!! beli oat krunch je.. tapi tidak mengapa sebab sedap..

10:45 pagi -11.50 pagi
setelah rehat tamat, aku dengan kawan-kawan buat ulangkaji sikit untuk Fizik kertas 1 sebab kitorang ada masa 1 jam 5 minit sebelum peperiksaan.. 1 jam 5 minit?! takkanlah sepanjang masa tu nak belajar betul tak?.. aku dengan Wana mengimbas kembali kenangan masa di sekolah rendah dulu..
Ya, di Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya lah kami mula berkawan.. pelbagai kenangan pahit dan manis tidak dapat kami lupakan.. rindu sangat-sangat dekat cikgu-cikgu, kawan-kawan, makcik kedai buku yang murah dengan senyumannya, mak cik kantin sedap masakkanya dan pak cik guard yang sentiasa menjaga keselamatan warga sekolah.. rindu mereka semua, rindu suasana dekat sekolah rendah.. Wana kata mesti seronok kalau dapat buat reunion kan?! best juga..
lepas tu kitorang sambung belajar.. aku keluarkan kertas soalan yang cikgu tuisyen bagi dan juga buku rujukan.. kitorang cuba jawab.. risaunya sebab ada soalan yang tak tahu nak jawab..

11.50 pagi - 1:05 tengah hari
dapat kertas soalan-- baca doa-- tulis nama-- buka kertas soalan-- jawab!
kebanyakan soalan yang kitorang buat sebelum periksa tu banyak yang keluar...
tapi~ semua soalan tu adalah soalan yang kitorang tak dapat jawapannya..
arghh.. apa nak jadi ni.. kenatadi tak tanya orang lain.. tapi apa boleh buat..
aku bukan boleh putarkan masa.. perkara ini jadi pengajaran buat diriku..
LAIN KALI KALAU TAK TAHU TANYALAH!! JANGAN DUDUK DIAM...

Sunday, 19 May 2013

Interesting facts!! Read this!! :)

Next week, i have to present something in my english class.. Not school class but Cambridge class..
Teacher say i can share anything that i like.. So i think, i want to share something interesting that will make everyone in the class listen to what i'm going to share.. On the coming Tuesday i will talk about interesting fact.. I've done some research about the fact.. It make me amaze, curious and laugh..
Here are some fact that i want to share..
a) although camel has bump on its back that store water, giraffes can live longer without water than a camel..
b) cold weather makes fingernails grow faster..
c) figernails grow nearly 4 times faster than toenails.
d) the eye of an ostrich is larger than it's brain.. It's eye already small, can you imagine the size of its brain?
e) did you know the first bullet proof vest and windshield wiper blades were invented by women? Amazing!!
f) when you sneeze, your heart stop for a mili-second.. That's why we say Alhadulillah after we sneeze to show that we thank to Allah..
g) an ostrich buried its head in the sand is NOT a fact..
h) if you sneeze too hard, you can fracture your rib.. Beware..
i) wearing headphones for just an hour will increase the bacteria in you er by 700 times!!
j) like figerprints, everyone's tounge print is different..
k) the elephant is the only mammal that cannot jump.. Can you imagine what will happen if the elephant can jump?
l) dolphins sleep with one eye open..
m) you will forget 90% of your dream..
n) in our dreams, we only see faces that we already know..
That's true!!

Thursday, 16 May 2013

Teacher's Day 2013

16 Mei.. Teacher's Day..
Hari ini ada sambutan Hari Guru di sekolah..
Banyak pelajar yang tak hadir sebab itulah semua orang dapat duduk dengan selesa dekat Lembayung Kasih (perhimpunan).
Tema Hari Guru Tahun ini adalah Flashback or Retro. Something like that la..
Mula-mula semua pelajar menunggu ketibaan para guru ke tapak Lembayung Kasih..
Cikgu-cikgu kelihatan sangat cantik dan bergaya.. Ada yang bawa payung dengan mangkuk tingkat, ada yang pakai baju sekolah, ada yang letak bunga di kepala, ada juga yang jadikan kain batik sebagai selendang. Cikgu-cikgu lelaki pun pandai bergaya~ kebanyakan cikgu lelaki pakai baju kotak-kotak.. Maklumlah nak padan dengan tema..
Majlis dirasmikan dengan beberapa orang pelajar dan guru praktikal mengayuh basikal tua dan motor vespa.. ..
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Memohon rahmat Allah dengan melafazkan doa serta diteruskan dengan Ikrar Guru.. Lepastu ada ucapan dari YDP PIBG, Pengetua dan Ketua Pengawas.. Tak seronoklah kalau tak ada persembahan, betul tak?!!
Tadi ada banyak persembahan menarik sangat.. Persembahan dikir barat dari PPKI, tarian canggung, drama mini, tarian India dan silat.. Tidak ketinggalan, cikgu-cikgu pun nak menari juga.. Ada 6 orang cikgu berpakaian seragam menari kat atas pentas... Selama ni tengok cikgu asyik mengajar je..
Saat yang paling mendebarkan ialah pengumuman Guru-guru terbaik..
Guru paling tegas (L) - Ust. Zulkifli.. Ustaz dah ajar kite subjek agama Islam dari form 1- form 3.. Ye ustaz memang seorang yang tegas tapi tak garang.. Kelakar sangat apabila tengok reaksi ustaz naik pentas untuk terima hadiah.. Ustaz tak tahu pun sebab apa ustaz menang..
Guru paling tegas (P) - teacher Lalitha.. Tahun ni first time cikgu mengajar kite.. Cikgu Lalitha ajar Bahasa Inggeris..
Guru paling penyayang (P) - Pn. Zarina binti Ariffin.. My class teacher.. Teacher cakap cikgu sendiri terkejut apabila nama cikgu disebut..
Guru paling popular (L) - Ust. Zulkifli again!! Waktu naik pentas ustaz senyum je lepas tu geleng- geleng kepala.. Heheh..
Guru paling popular (P) - Pengacara majlis cakap "1 Rawang kenal cikgu ni.. Cikgu Rokiah!!!"
Cikgu tersenyum je semasa menerima hadiah sampai merah muka cikgu..
Cikgu paling bergaya (P) - Cikgu Marviza.. The Wawa Zainal Semekar.. Seriously, muka cikgu ni macam Wawa Zainal.. Apabila nama cikgu disebut, ramai pelajar sebut Gwiyomi.. Gwiyomi.. Last-last cikgu buat sikit aksi comel itu, dan cikgu kelihatan sangat comel..
Busana Guru yang bertepatan dengan tema (P) - Pn. Mariha.. Cikgu ni sangat bergaya.. Cikgu pakai tudung fesyen dulu-dulu lepas tu bawa payung and mangkuk tingkat.. Cikgu ni pula ajar kite Sains masa form 3..
Sebenarnya ada lagi anugerah, tapi kite tak ingat sangat..
Lepas tamat majlis ni, guru-guru pergi makan dekat dalam dewan... Students kena berkumpul dekat Lembayung Kasih.. Cikgu tak nak kitorang berkeliaran, so kena berkumpul.. Then, ada kumpulan buat persembahan supaya pelajar tak bosan.. Tapi kite tak berkumpul dengan student lain sebab kite and beberapa orang kawan tolong kawan kite urusakan pss..
Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna..

Friday, 3 May 2013

Chaiyok..chaiyok..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.21 am tapi aku masih belum tidur sebab tengah buat ulangkaji.. Maklumlah minggu depan peperiksaan pertengahan tahun.. Wah.. Cepatnya masa berlalu..

Wednesday, 1 May 2013

Peluang hanya datang sekali..

Petang tadi kite check phone, kite dapati ada missed call daripada nombor yang kite tak kenal.
So, buat don't know je la.. Waktu maghrib ada panggilan masuk tapi Sara yang jawab sebab time tu kite tengah uruskan bende lain. Then Sara said "Cikgu suruh call balik dengan segera" kite pun cepat2 siapkan urusan tu then call cikgu..
Sebelum call tu kite fikir juga
"Kenapa cikgu call?"
"Macam mana cikgu dapat phone number?"
"cikgu nak bincang pasal t-shirt bomba ke?"
Apabila dah call tu cikgu cakap "tadi bomba call cakap yang Syafiqah dapat pergi kem seterusnya" lepastu cikgu pun cerita dengan lebih detail..
Apabila dah putuskan talian, kite terdiam, tergamam, terkejut.. Fikiran bercelaru.. Tangan kite terketar-ketar.. Apa yang kite rasa waktu itu adalah sama waktu kite dapat tawaran untuk pergi kem peringkat negeri..  Kali ini kite dapat tawaran untuk pergi ke kem peringkat kebangsaan..
Sebenarnya belum tentu dapat sebab akan ada pemilihan lagi.. Yela.. Siapa tak happy kalau dapat pergi ke peringkat yang tinggi.. Bukan senang nak dapat, kite antara yang terpilih daripada beratus kadet masa peringkat negeri hari itu,.. Kite bagitahu mama and abah.. Tapi sedihnya tak dapat green light.. Sedih sangat, walaupun hanya pemilihan tapi kite rasa sedih sangat.. Parents tak bagi sebab tarikh latihan pusat dijalankan serentak dengan tarikh exam, tambah pula nanti kite kena ponteng tuisyen.. Kalau diberi pilihan, kite jawab nak pergi sebab peluang ni hanya datang sekali, tahun depan  mungkin kite tak dapat sertai mana-mana kem pun.. Tahun ni form 4, ni lah masa yang paling sesuai untuk aktif kokurikulum..  Arghhh... Ruginya sebab kena tolak tawaran ni...
Tolak tawaran untuk sertai kem peringkat kebangsaan ini adalah antara ujian yang berat kite lalui..