Pages

Monday, 29 April 2013

Kembara Bahasa

Hari ni ada majlis penutup bulan bahasa..
sempena bulan bahasa yang berlangsung selama sebulan, pelbagai aktiviti telah dijalankan contohnya
write an essay about 'Malaysia And Its Rich', pidato, Kembara Bahasa, Scrabble, Spelling dan banyak lagi. Aku bersama rakan-rakan menyertai pertandingan Kembara Bahasa. 1 kumpulan terdiri daripada 4 orang. Kitorang masuk pertandingan ni sebab suka-suka. Tambahan pula, aktiviti ni macam explorace.. Mula-mula cikgu bagi taklimat lepas itu MULA!! kitorang diberi satu petunjuk berupa pantun untuk pergi ke checkpoint seterusnya.. yang seronoknya apabila berlarilah.. lari pergi kantin, bilik guru, makmal ICT dan perhimpunan. Apabila tiba di checkpoint, kitorang perlu selesaikan soalan-soalan yang diberi, kemudian baru dapat petunjuk untuk ke checkpoint seterusnya. Oleh sebab terlalu gementar tulisan pun jadi buruk (agaknya cikgu boleh baca tak tulisan tu). waktu tu kitorang belajar untuk bekerjasama antara ahli kumpulan. Waktu di checkpoint 3, aku tak nampak kumpulan lain.. aku dah risau sangat, risau kumpulan kitorang kalah.. memanglah kami masuk sebab suka-suka tapi tak bermakna kami nak kalah.. mestilah nak menang.. Apabila sampai di checkpoint akhir, kami diberi 2 tugasan ==> mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan pada ayat, senaraikan guru2 sesi pagi yang ajar subjek BM. Gementar punya pasal, aku lupa nama cikgu.. tapi Alhamdulillah kami berjaya siapkan.. dan kami kumpulan pertama yang selesai.. heheh.. tadi ada penyampaian hadiah.. seronoknya dapat naik pentas untuk menerima hadiah tempat pertama.. alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment