Pages

Monday, 29 April 2013

Kembara Bahasa

Hari ni ada majlis penutup bulan bahasa..
sempena bulan bahasa yang berlangsung selama sebulan, pelbagai aktiviti telah dijalankan contohnya
write an essay about 'Malaysia And Its Rich', pidato, Kembara Bahasa, Scrabble, Spelling dan banyak lagi. Aku bersama rakan-rakan menyertai pertandingan Kembara Bahasa. 1 kumpulan terdiri daripada 4 orang. Kitorang masuk pertandingan ni sebab suka-suka. Tambahan pula, aktiviti ni macam explorace.. Mula-mula cikgu bagi taklimat lepas itu MULA!! kitorang diberi satu petunjuk berupa pantun untuk pergi ke checkpoint seterusnya.. yang seronoknya apabila berlarilah.. lari pergi kantin, bilik guru, makmal ICT dan perhimpunan. Apabila tiba di checkpoint, kitorang perlu selesaikan soalan-soalan yang diberi, kemudian baru dapat petunjuk untuk ke checkpoint seterusnya. Oleh sebab terlalu gementar tulisan pun jadi buruk (agaknya cikgu boleh baca tak tulisan tu). waktu tu kitorang belajar untuk bekerjasama antara ahli kumpulan. Waktu di checkpoint 3, aku tak nampak kumpulan lain.. aku dah risau sangat, risau kumpulan kitorang kalah.. memanglah kami masuk sebab suka-suka tapi tak bermakna kami nak kalah.. mestilah nak menang.. Apabila sampai di checkpoint akhir, kami diberi 2 tugasan ==> mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan pada ayat, senaraikan guru2 sesi pagi yang ajar subjek BM. Gementar punya pasal, aku lupa nama cikgu.. tapi Alhamdulillah kami berjaya siapkan.. dan kami kumpulan pertama yang selesai.. heheh.. tadi ada penyampaian hadiah.. seronoknya dapat naik pentas untuk menerima hadiah tempat pertama.. alhamdulillah..

Saturday, 27 April 2013

Cabaran form 4

Tahun ini, aku merupakan seorang remaja berusia 16 tahun.. Setiap tahun pasti ada cabaran atau ujian yang akan kita semua lalui.. Apabila dah masuk form 4 ni kite akan belajar subjek baru seperti Bio, Physic, Chemistry dan Add math.. Pada awalnya takut juga apabila aku ditempat di kelas sains sebab banyak senior cakap susah.. Tetapi apabila aku dah belajar, alhamdulillah tak adalah susah sangat seperti yang aku bayangkan.. Seterusnya, format peperiksaan SPM tak sama dengan format PMR..
Sampai sekarang aku pening macam mana bentuk soalan SPM. Cikgu selalu terangkan format pep. tapi tak faham.. Esok ada acara "teknik menjawab soalan biology kertas 3" so aku perlu hadirkan diri.
Cabaran lain yang aku tempuhi tahun ini adalah berpisah dengan kawan-kawan. Banyak kawan-kawan aku yang dapat tawaran ke MRSM, SBP, Sekolah Teknik dan sebagainya.. Aku masih lagi warga SMK RAWANG yang mahu berusaha untuk harumkan nama sekolah..  Aku ingat lagi masa hari pertama persekolahan, aku ditempatkan di kelas yang mempunyai 54 orang pelajar termasuk aku! Tak lama lepas tu, seorang demi seorang keluar, tinggallah 35 orang. Pada hari rabu yang lalu, ada seorang rakan sekelas aku dapat tawaran ke sekolah berasrama.. Kini kami tinggal 34 orang.
Baiklah sampai sini sahaja cerita pada hari ini.. bersambung...

Friday, 26 April 2013

Kawan saya..

Hari ini bermulalah peperiksaan pertengahan tahun..! Tapi hari ada exam b.cina, b.tamil and b.arab..
Kite tak terlibat dengan mana-mana exam yang dijalankan hari ini.
Suasana dalam kelas agak sunyi:-
Chinese student ada exam..
Budak lelaki yang datang 2 orang..
Yang lain semua perempuan..
Rasa macam kite sekolah hari Sabtu pula..
Yang bestnya- waktu rehat..
Oleh sebab kelas kite yang berhampiran dengan kafe, kitorang dapat makan bersama-sama..
Hampir semua female student kelas kite makan sama-sama.. 2 or 3 orang jaga tempat, yang lain beli makanan.. Tunggu semua orang ada dekat meja makan, kitorang baca doa secara serentak then makan time!!
Macam ni barulah dinamakan kawan..

Saturday, 13 April 2013

Anugerah Cemerlang day!!

Hari ini SMK Rawang mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2012..
For the first time kite dapat hadir ke majlis ini. Setiap tahun, majlis ini hanya boleh dihadiri oleh penerima anugerah serta ahli keluarga sahaja. Suatu hari lepas kite balik dari kem perkhemahan KBPM peringkat negeri, kite dapat surat yang menyatakan bahawa kite perlu hadir untuk anugerah Cemerlang PMR 2012.. Alhamdulillah.. Yang bestnya, kite dapat jumpa semula kawan-kawan yang dah pindah.. šŸ˜­Seronok sangat.. Semestinya kitorang main tangkap-tangkap gambar.
Ada banyak anugerah yang diberikan.. Majlis berakhir dengan penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar.. Sebelum Tokoh Pelajar tu naik pentas, pengerusi majlis ceritakan latar belakang beliau. Selepas tu, pelajar tu naik pentas bersama keluarganya.. Sementara kite yang duduk di bawah ni pula berharap sangat yang kite akan dapat Anugerah Tokoh Pelajar suatu hari nanti. Mesti mama dengan abah seronok dapat naik pentas sekali.. Selain itu, kite juga bangga dengan seorang bekas pelajar yang aktif kokurikulum, die aktif bola baling sampai peringkat kebangsaan. Mama kata kalau kite dapat anugerah tokoh pelajar bersahsiah tinggi pun tak apa.. (Anything for you mama & abah)
Antara moment lain yang buat kite happy dalah waktu kite ambil hadiah.
Apabila pengerusi majlis sebut nama, kite pun naik pentas. Penyampai hadiah tu wakil PPD, waktu kite tengah ambil tu sambil ucap terima kasih, beliau ada cakap something "semakin berisi awak kan?" Hahaha... Kite terus tergelak kat atas tu.. Sebenarnya wakil PPD tu bekas guru di sekolah rendah kite dulu.. Tak sangka cikgu tu ingat kite lagi.. Wana pun kata yang cikgu tu cam die, cikgu tu kata "dah besar sekarang"... Mungkin kite patut panggil beliau tuan tapi dah terbiasa panggil cikgu..
Okay that's all for today.. Good night!! :)





Sunday, 7 April 2013

Perkhemahan KBPM peringkat negeri.

Alhamdulillah semalam 5/4/13 kite selamat sampai rumah.
Dalam previous post, kite ada cerita yang kite terpilih untuk sertai perkhemahan KBPM peringkat negeri .. Alhamdulillah all is well.. Kem tu berlangsung selama 4 hari di Taman Milennium Ampang Pecah bermula hari Selasa. So, hari Isnin tu kami wakil kontijen Gombak ada latihan pusat di Balai Bomba Rawang.. Waktu pagi hari Isnin tu, kitorang semua rasa kekok sikit sebab campur dari zon lain-lain.. Cikgu pula berusaha untuk buat kitorang bersatu.. Contohnya, cikgu bagi Cloud9 tapi kena share dengan orang sebelah.. Selain itu, cikgu bagi 1 botol besar 100 plus tapi semua orang boleh minum 2 penutup je.. Selain itu, ahli setiap khemah ditentukan oleh cikgu.. sah-sah lah tak dapat satu khemah dengan kawankan.. Hehe.. Sehari suntuk kitorang berlatih untuk pertandingan yang kitorang akan sertai.. Kite masuk kawad kaki, kawad hos kering dengan Brain & Brawn.. Waktu malam selepas Isyak kitorang berlatih kawad kaki. Kadet perempuan tidur dalam pukul 2 kot sebab kena kilatkan boot (padahal Cikgu Syafiq yg buat.. Thank you Cikgu) dan bincang strategi untuk menang pertandingan. Kadet lelaki tak tahulah diorang tidur pukul berapa tapi lagi lambat dari kitorang. Keesokkan harinya, kitorang kena berkumpul pukul 7. Tepat pukul 7 semua kadet perempuan dah berkumpul, tetapi lelaki tak ada. Then, dari bawah kite kira. Dalam kiraan 10 kadet lelaki kena da kat bawah. Kelakar gile tengok diorang lari2, semua muka baru bangun tidur. Kitorang bertolak dari balai menuju ke kem waktu tengah hari.. Yang bestnya dapat naik lori. Tapi kite naik kereta cikgu sebab ada banyak barang.. Setelah tiba di kawasan kem, kitorang makan tgh hari dulu, dirikan khemah, solat, berkumpul untuk dengar peraturan.. Hari Rabu dan Khamis merupakan hari pertandingan.. Perkhemahan ini disertai oleh 360 orang dari 10 daerah.
Hari rabu dimulakan dengan pertandingan kawad kaki pada jam 8 pagi, walaupun persembahan kami tidak begitu memuaskan tetapi jurulatih kami tidak bagi tekanan.. Selepas tu, pertandingan kawad hos kering perempuan dan aspec challenge lelaki dijalankan serentak. Bagi pertandingan KHK perempuan kitorang dapat giliran yg ke-9. Kitorang ada banyak masa untuk prepare. Pada awalnya kitorang rasa gementar sangat. Tapi cikgu pengiring dengan jurulatih tenangkan kitorang. Cikgu2 nak kitorang tenang supaya kitorang tak gelabah.. Cikgu bagi Sneakers, 100 plus, pastu kitorang pi duduk bawah pokok sebab cuaca terlalu panas, cikgu Ikhwan pasang lagu, dalam masa yang sama kitorang bincang strategi. Apabila tiba giliran kitorang, kite buat tugas kite iaitu bawa dividing briching,nozel dan hose. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan kitorang semua sangat puas hati. Jurulatih kitorang (cikgu Ikhwan) cakap tak de penalti. Pada hari berikutnya kite terlibat dengan pertandingan Brain & Brown Challenge.. Walaupun apa yang kitorang buat tak berjalan lancar seperti yang kitorang harapkan, kite tetap puas hati dengan apa yang kite buat..
Pada malam terakhir kem, ada penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ke-3 dan ke-2..
Gombak awesome.... Kitorang dapat 6 perak dan 1 gangsa..
Kite rasa seronok sangat apabila kawad hos kering(p) dapat nombor 2!!! Sebelum majlis penyampaian hadiah, semua orang dah tak larat buka mata (mengantuk+penat).. Lepas dapat banyak medal, mata jadi segar..
Oleh sebab terlalu happy, ada datang 'tetamu' yang tidak diundang.. Rasa seram sangat masa tu.. Biasanya kite dengar cerita or tengok kat tv kalau berkaitan dengan 'benda' tu, tapi kali ni kita alami situasi begini.. Huh~ seram..
The next day, when we arrive at balai our trainer treat us KFC.. Yummy..
The sad moment was when all of us have to seperate on our own way..
Satu perkara yang kite suka waktu kem ialah waktu makan.. Mula-mula ambil pinggan masing-masing lepastu beratur ambil makanan.. Kena tunggu semua orang dapat makanan- baca doa- makan..
Rasa macam tinggal dekat nursery pula..