Pages

Monday, 25 March 2013

camping peringkat daerah

Yeah!! Alhamdulillah cuti sekolah selama seminggu sudah bermula!!
tetapi kite perlu siapkan homework untuk seminggu yang lepas dan juga homework cuti sekolah...
nevermind asalkan kite ada kerja.. 
asal kena siapkan homework seminggu yang lepas? owh~ tangguh kerja ye..
what?! tangguh kerja! hey kita dah buang sifat tu tahun lepas tau.. kita dah tak mahu tangguh homework..
sebenarnya minggu lepas kite tak sekolah sebab kite pergi kem Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Daerah!! 
huh?! perkhemahan? i hate it!
best lah pergi camping.. macam-macam aktiviti kita boleh buat.. camping yang kita pergi ni diadakan di Balai Bomba Sg. Buloh pada 18.3.2013-21.4.2013
tadaaa!! kami wakil dari kontijen Rawang!!

perkhemahan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam merupakan antara pengalaman yang sangat berharga..
walaupun baru je kenal dengan kawan-kawan, hubungan kami sangat erat. Pelbagai acara dipertandingkan, kami dari zon Rawang tidak menang dalam apa-apa pertandingan yang kami sertai tetapi kami still happy and cikgu-cikgu pula berkata "yang penting kita tak berundur sebelum bertanding!" banyak nilai murni yang kami belajar: disiplin, setia kawan, kerjasama, saling membantu, tidak mudah putus asa, berdikari dan lain-lain. kami juga belajar serba sedikit tentang bomba..

antara situasi yang kita tak akan lupakan:
1)Khemah roboh! bukan khemah semua orang, cuma khemah kite je. bukan sekali but twice!
   1 khemah ada 3 orang je.. time tu semua orang prepare nak pergi solat zohor tinggal kite, kak Khalid and    
   Shila dok bertungkus-lumus dirikan khemah. sebenarnya kayu khemah tu mmg dah bagi tanda2 yang 'dia'     
   akan patah. Nasib baik ada jurulatih dengan Lim tolong.. kali kedua tu kitorang tak kisah sebab tak teruk.
2)kawad hos kering..
   penat!! waktu kita dok bawa hos tu, ada orang kata "ala~ tak pe rumah dah terbakar".. malu ~.~
3)Brain & Brown.
   1 group ada 5 orang, kita la paling lambat.. tapi pertandingan ni antara yang best sebab kita berpeluang
   untuk pancut air dan tak penat sangat walaupun kena angkat hos. 
4)kawad kaki.
   lepas kawad kitorang kena masuk bay (tmpt park lori bomba). mulanya kita ingat lepas kawad boleh pergi
   berehat, tapi ketua komando bawa pergi situ ikut je.. ada sesetengah orang tu namanya ditanya oleh
   jurulatih. tak de siapa tanya kita so senyap je lah.. tiba-tiba Cikgu Ikwan tanya. time tengah penat +
   berpeluh-peluh= suara pun tak kuat.. last2 cikgu tanya kalau dapat pergi peringkat negeri nak tak?
   wohooo!! kita jawab nak sambil tersenyum..
5)still dalam bay
   lepas tu kitorang kena pergi tulis nama.. waktu tu tangan terketar-ketar macam tak percaya dapat pergi
   peringkat seterusnya. tulisan buruk gila. ada jurulatih tanya kita "apa punca kebakaran?" "litar pintas"
   "salah, maksud saya macam mana api merebak?" dengan selamba kita jawab "tak payah padam api tu"
   apalagi kena gelak lah..."bukanlah.. hish.. awak masuk kuiz kan.. apa 3 segi pembakaran?"
   "heat, oxygen.. ( argh.. lagi satu kita lupa) pastu kita jawablah energy.." lepastu kena gelak lagi ah..
6) malam kebudayaan
   kontijen Rawang kena perform dulu berdasarkan undian... kitorang tak prepare ape2 pun. kalau tengok
   persembahan zon lain, diorang siap pakai baju kurung, ada prop dan lain2. kitorang pergi berdiri depan
   orang ramai then menari ikut suka. tapi kita tak rasa malu pun dengan apa yang kita buat sebab orang tak
   kenal kita. cuti seminggu ni comfirm diorang lupa kita
7)kuiz
   setiap kontijen hantar 10 orang wakil.5 lelaki dan 5 perempuan. semua peserta kuiz akan jawab kuiz
   dalam bay. ada soalan objektif dengan subjektif. ada juga jurulatih yang kena jawab. tengok soalan 1 pun
   kita dah senyum (tak leh jawab) kita tak tahu banyak pasal bomba so kita banyak tinggal.. time tengah fikir
   jawapan tu, ada jurulatih datang "akak tengah tidur ke?" hahaha.. dah lah cikgu cakap guna mikrofon
   semua orang dengar. tak pe orang akan lupa. masa tengah tension menjawab kita tengok orang lain.
   diorang Bincang!!kite pun apa lagi.. tanya jawapan kat orang sebelah ar.. time tengah jawab ada 2 or 3
   orang jurulatih datang tunjuk jawapan.. hahaha..awesome!! then cikgu cakap 5 minit lagi!!
   waduh..waduh.. gawat ni.. banyak soalan tak jawab lagi..masa tamat!! semua peserta letak pen!!..
   ada soalan subjektif tak sempat jawab.. apalagi hentam ar..then jurulatih tu datang kata "akak letak pen~"
   kita "jap sikit lagi.." pastu cikgu Syafiq tolong bagi jawapan.last-last cikgu tadi ambil kertas kite bagi
   kat budak zon lain.. hahaha.. papejela.. lepas dah habis semak.. kitorang boleh pulang ke khemah..
   tapi peserta kuiz zon Rawang kena kumpul dulu.. Cikgu Fairus (ketua kontijen Rawang) suruh seorang
   budak ni turun (pumping) sebab dia betul 10 je.. kita dah cuak gila.. lari masuk khemah lah.. tapi cikgu
   cakap yang cikgu tak check lagi kita punya sebenarnya.. kalau boleh nak tahu juga markah kita..

harap-harap perkhemahan lepas negeri nanti akan jadi lebih bermakna. ^_^

PENGAJARAN: APA SAHAJA YANG KORANG LAKUKAN JANGAN STRESS.







No comments:

Post a Comment