Pages

Wednesday, 27 February 2013

Best moment

Setiap Isnin dan Rabu ada perhimpunan rasmi. Perbezaan perhimpunan hari Isnin dan Rabu ialah orang yang bertangunggjawab mengendalikan perhimpunan. Hari Isnin pengawas manakala hari rabu pula unit2 beruniform. Minggu ini Kadet Bomba dan Penyelamat yang kena mengendalikan perhimpunan. Then, kita pula yang jadi pengerusi majlis sepatutnya orang lain tetapi atas sebab2 tertentu kita lah yang kena bertugas. Masa first time pegang microfone (gementar gila) lepastu apabila kita bercakap, kia jadi terkejut sebab kita dengr suara kita balik nak tergelak pun ada. Apabila naik atas pentas, semua orang pandang (cuak gila). Masa atas pentas tu macam2 kita cakap tapi kita sendiri tak pasti apa yang kita cakap sebab nervous sangat. Lepas nyanyi lagu Negaraku, Kadet Bomba, baca doa dan sebagainya, kite kena suruh pelajar masuk kelas. Ayat tadi lebih kurang macam ni " Pelajar anda boleh pulang ke kelas masing2 ....diam seketika..... Sekarang.. Hihihi.." Sebenarnya kite lupa nak cakap apa so kita buat ayat sendiri. Lepas sebut perkataan masing2 tu kita tak pasti nak sebut apa lagi, apabila terpandang Syazana kita pun sambung sekarang.. Hihihi.. Tanpa kita sedari kita tergelak kecil, dahlah tak tutup mikrofon so semua orang boleh dengar.. Alhamdulillah all is well. Apabila kita dah turun pentas, kita rasa nak jadi pengerusi majlis lagilah..