Pages

Tuesday, 25 October 2011

kadet bomba..

teringat lagi masa awal tahun dulu..
aku, Taemin dan DongHae merupakan ahli kadet bomba berazam untuk aktif dalam bidang kokurikulum pada tahun ini..

setiap hari rabu ada perjumpaan..
pada perjumpaan pertama kami berlatih menyanyi lagu kadet bomba... macam koir plak..
lepas tu kami berlatih kawad kaki.. itulah kali pertama aku berkawad..
huh.. dahlah pakai boot (berat).. panas plak tu (nak pengsan)

bermula hari itu, kami terpaksa balik hingga pukul 5 petang semata-mata untuk berlatih kawad..
aku serta 2 orang kawanku kerap ponteng latihan sebab
penat, malas, geram dgn ahli yg tak beri kerjasama hish..

2 or 3 hari sebelum pertandingan kawad kaki..
aku cuba rajinkan diri untuk berlatih.. penat giler nak mampos..
1 hari sebelum pertandingan..
kami dipaksa berkawad hingga pukul 7 malam..
dengan memakai boot yang berat, dan asyik hentak kaki je..
aku tak berdaya untuk jalan..
berlatih sampai pukul 7 pun, formasi belum ada lagi..
so, kapten kitorang decide esok datang pukul 5 pagi.. untuk berlatih dan buat formasi..
lagi 5 minit sebelum pertandingan bermula, barulah kami ada formasi..
walaupun kami kekurangan ahli, kami still berkawad..
aku bersyukur kerana semasa kami berkawad.. Allah menurunkan hujan..
oleh itu, kami tidak berkawad dalam keadaan yang panas lagi..
cikgu kata dah 2 tahun cikgu tak hantar kadet bomba perempuan masuk pertandingan kawad..
sebab bilangan ahli tidak dapat memenuhi syarat..
tadaaaa!!!.. nilah kitorang..gambar ni diambil selepas kitorang berkawad..
korang nampakkan 2 orang jejaka di sana..
hah! dioranglah yang ajar kitorang kawad..

Alhamdulliah.. walaupun banyak halangan dan rintangan yang kami hadapi
seperti aku tersilap semasa berkawad..
kami still menang.. kami dapat nombor 3 dalam pertandingan tu..
seronoknya..

No comments:

Post a Comment