Pages

Tuesday, 25 April 2017

Faham atau tak, kena angguk.

Khamis - 20/4/2017

Setiap khamis aku ada kuliah subjek engineering maths 2 pukul 10 hingga 12.. 
Aku pun pergi la kuliah seperti biasa.. Masuk dewan kuliah, duduk tempat biasa, sebelah kawan2 yang selalu duduk sekali masa kuliah walaupun kelas lain-lain.. 
Disebabkan minggu lepas terlampau busy, jadinya tidur lewat tiap malam.. Bila tidur lewat, tak dapat nak fokus sangat dalam lecture..

Masa lecturer tengah bagi penerangan, aku sedaya upaya nak faham.. Banyak pulak simbol2 baru yang aku jumpa.. 
Dalam masa yang sama aku salin je la apa yang lecturer tunjuk kat depan.

Bila dah habis penerangan, lecturer tanya "fahammm..???!" 

Aku gelengkan aje kepalaku tanda tak faham..

Kawan2 yg lain ada yg faham, yang tak faham semua diam membatu je..

Bila aku geleng tu, lecturer nampak.. Lepastu dia tanya lagi "fahammm..???!"

Aku tetap geleng.. Lecturer tanya lagi, mungkin lecturer nak aku angguk.. Last2, lecturer biar je.. Hahahadoii.. 

Ni la aku kata 'faham atau tidak, kena angguk'

Kawan2 aku pun dah gelak sambil kata "ika, lecturer tak boleh terima kau geleng2" 

Lepastu lecturer tu terus masuk subtopik baru.. Berhuhuhuhu la aku.. Kali ni aku try fokus 100%. 

Saturday, 3 December 2016

rindu walaupun setiap minggu jumpa.



huhuhuhuhu.. I miss my family. walaupun rumah dekat je dengan kolej kediaman aku ni, aku decide untuk tak balik rumah sebab kalau balik confirm semua assignment tak jalan.. 
sorry mama, abah, sara, lela, adam.. akak tak balik sebab nanti akak memang tak akan buat assignment kat rumah.. dah la assignment berlambak. tambah pulak, sara dah habis spm. lela dengan adam tengah cuti sekolah. jadi nanti akak terikut-ikut untuk berehat kat rumah. Final pun dah nak dekat. quiz pulak hampir setiap minggu ada. 

lepastu kalau akak balik, rosak diet plan akak. kalau kat sini terjaga la jugak. haritu masa tak balik 3 minggu sebab setiap minggu ada program, 5 kg turun.tapi bila balik rumah, baru sehari dah naik 1kg T_T.

akak rindu nak makan semeja sama-sama. masak sama-sama. hidang maknan sama-sama. tengok tv sama-sama. berkumpul kat ruang tamu sama-sama. cerita apa yang akak lalui hari-hari kat kampus ni sampai semua orang bosan nak dengar.

kalau balik pun tak sempat nak buat ni semua sebab tak cukup la 2 hari 2 malam je kat rumah.

Rezeki tidur dalam bas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tajuk kali ni nak dekat sama pulak dengan tajuk sebelum ni kan..

Ceritanya macam ni, hari Khamis lecturer subjek dinamika aku buat kelas ganti pukul 3-5 petang.
Masa 1 jam pertama tu, aku tengok semua classmates aku mata segar lagi. Lecturer tu seorang yang akan buat lawak masa mengajar. Jadi memang tak henti gelak. Tapi lawak dia bukan lawak kosong. Ada banyak ilmu yang disampaikan. Jadinya kelas ni memang best.

Lepastu dalam pukul 4 something tu lecturer aku ni stop mengajar sekejap sebab azan. Dan ramai ambil peluang untuk lelapkan mata sekejap. Lepas habis je azan, lecturer aku ni sambung balik mengajar tapi semua student dah penat dan mengantuk. Lecturer buat kelakar pun tak larat nak gelak. Kelas yang sepatutnya habis pukul 5 jadi 5.20 ptg. Masa tu aku fikir takpela terlebih masa pun, nanti dalam bas dapatlah tempat duduk sebab student yang balik pukul 5 semua dah naik bas, jadi bas 5.30 dah kosong la.

Alhamdulillah naik bas, dapatlah tempat duduk. Aku pun target la nak tidur la dalam bas yang sejuk ni, nanti dah sampai bilik dah segar jadi petang tu bolehla buat kerja mengemas. Bila aku pejam mata je bas tu pun jalan, laju pulak tu..

Dalam hati aku masa tu 'laju la pulak bas ni jalan. kalau aku tak dapat tempat duduk mulalah nak sangkut jem ke apa.. bila dapat duduk dan nak tidur ni cepat pulak jalan. Tak puasla tidur sebab kampus dengan kolej kediaman dekat je. Bukan ke waktu-waktu ni jalan jem..'

Banyak pula aku membebel dalam hati masa tu sambil pejam mata.. Lepas je aku habis cakap tu, bas berhenti sebab sangkut jem. Aku pun sambung je la tidur. Lama lepastu terjaga balik sebab ingatkan dah sampai rupanya masih di tempat yang sama. Sambung tidur balik. Banyak kali jugakla terjaga dan masih di tempat sama. terus aku teringat 'eh takkan sebab aku bebel tadi kot. lepastu aku berharap bas tak sangkut jem sebab belum solat asar lagi nih'. lepas bebel tu lagi, bas pun jalan dengan mudahnya. Sampai bilik je dah pukul 6.30ptg.

Lepastu aku terfikir, ni pun rezeki dari Allah. Allah bagi peluang tidur dalam sampai puas.


Rezeki pergi kelas lambat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini aku nak cerita pasal rezeki. Kalau nak kata pasal rezeki ni, orang kata kita masih diberi peluang untuk hidup di dunia ni pun kira rezeki yang kita dapat setiap hari.

Jadi aku nak cerita pasal rezeki aku masa lewat ke kelas.

Hari selasa masa minggu kedua November. Aku ada kelas pukul 9 pagi. Jadi aku akan naik bas dari kolej kediaman ke kampus pukul 8. Nak dijadikan cerita lepas subuh tu aku tidur balik, Mengantuk sangat sebab malam sebelum tu tidur pukul 2 pagi buat assignment. Aku pun kunci la jam pukul 7.20am, 7.30am, 7.40am.

TETAPI!! aku terbabas sampai pukul 8.10 am. aku dah gelabah dengan belum mandinya, habis tu nak naik bas pukul berapa kan.. nasib baiklah aku jenis yang siapkan baju nak pakai, kemas beg ke kelas dengan isi air masak dalam botol awal-awal. Sambil-sambil aku lari masuk toilet, aku terfikir, 'kawan-kawan yang selalu pergi kelas sekali dengan aku ni tak datang ketuk pintu bilik aku ke pukul 8 tadi..' tak lama lepastu Tehah ketuk pintu bilik "Sorry beb aku baru bangun, korang gerak la dulu" kataku dengan muka yang malu sangat sebab lambat. Lepastu dia kata "takpela aku tunggu je kau kat bilik Qila dengan Zara" Then aku pun angguk jela. Ayat Tehah jadi penguat semangat untuk aku bersiap cepat-cepat sebab aku taknak diorang tunggu lama.

Oh ye mesti korang tertanya-tanya roommate aku tak kejut ke? ke korang tak tertanya-tanya pun.. hehehe.. Hmm roommate aku masa tu dapat cuti sakit daripada doktor sebab sakit mata sampai seminggu. Jadinya dia memang tak perlu bersiap-siap untuk pergi kelas la kan. 8.30am terus aku dengan 3 orang lagi kawan aku turun ke tempat tunggu bas. Bas ni pulak bergerak setiap 30 minit. (kalau peak hour 15 minit kot). 1 lagi masalah timbul bila pagi tu takde bas pulak.. Students yang tunggu kat situ punya la ramai. Kalau nak sumbat dalam 1 bas pun tak cukup. Pelik jugalah kenapa tak ada bas sedangkan ramai student yang kelas start awal pagi.

No choice selain tunggu bas seterusnya datang. Aku dah risau sampai kelas lambat sebab jalan kat KL ni confirm sesak pagi-pagi sebab orang pergi kerja. Kalau jalan tak sesak, perjalan ke kampus hanya dalam 10 - 15 minit je naik bas. tapi waktu2 puncak (orang pergi dan balik kerja), perjalanan yang 15 minit tu boleh jadi 40 minit. dan aku pun rasa bersalah kat Qila, Zara, Tehah kalau sampai lambat. Disebabkan aku diorang pun lambat. Masa tengah tunggu bas tu aku tengok makin ramai pulak classmates aku yang baru turun dari bilik. heheheh ada geng masuk lambat ni. kalau kena denda dengan lecturer boleh bagi alasan 'bas takde'. Bukannya menipu tapi inilah realitinya.

8.40am ada 1 bas sampai, aku dengan kawan-kawan bertekad untuk naik jugak bas ni biarpun kena berdiri. Kalau tak, kena tunggu bas seterusnya yang tak tahu pukul berapa. sampai je kampus dah pukul 9.05am. tu belum kira kena jalan kaki dari tempat bas ke fakulti. Jauh tu. Dah sampai kat fakulti, nak kena tunggu turn naik lif pulak. Kelas kitorang kat tingkat 6, pagi tu. Jadi tak sangguplah nak naik tangga. Dah sampai depan lif, ramai pulak manusia yang menunggu turn jugak. Tunggu punya tunggu, makin ramai pulak yang memilih untuk naik tangga. Masa ni aku nampak lagi rezeki kitorang yang tak payah tunggu lif lama-lama. tehee!!

Sampai je kelas, berdebar-debar aku nak buka pintu sebab takut kena sergah dengan lecturer. Rupa-rupanya lecturer belum sampai. Kau tahu tak lega dia macam mana.. wow! hehehehe...

Jadi inilah cerita tentang rezeki aku masa lambat pergi kelas.. Kira rezeki la kan sebab ramai geng datang lambat, dapat naik bas walaupun berdiri, dapat naik lif tanpa berhimpit-himpit dan masuk ke kelas sebelum lecturer masuk.

Walaubagaimanapun, korang jangan nak cuba-cuba pergi kelas lambat pulak tau. kalau korang yang kena denda jangan salahkan aku.. Muahahahaha.... Bye.

Saturday, 16 July 2016

Diary dapur 5

2.26 pagi. Baru lepas siap bancuh adunan biskut, wrap dan simpan dalam peti ais.. Tu baru siap bancuh.. Belum bakar lagi.. Huhuhu.. Penat gila tapi tak sabar nak tengok hasil lepas dah bakar.. 

Banyak kali aku fikir, agaknya penat macam mana la orang yang dok buat kuih raya untuk dijual tu.. 

Penat jugak bila banyak kali kena tegur dengan mama 😭😭

"Tepung jangan bubuh semua, letak sikit2 dulu.." 

"Besen ni kecik.. Orang patutnya ambik besen besaq, senang nak ayak tepung"

"Uli tu jangan besaq sangat.."

Bila aku tanya, mama diam seolah2 suruh aku fikir.. 
Tapi bila aku buat ikut suka, mama tegur macam2 pulak.. 😫😫

Tapi aku rileks je sebenarnya..
Buat apa nak kecik hati..
Buat apa nak merajuk..
Aku pun first time buat biskut.. 
Memang banyaklah salah..
Dan agak kekok mula2.. 

Bila tengah dok uli tepung tu, mama yang tolong kemas2kan barang yang dah pakai tadi.. Lepastu mama cakap "terima kasih kakak sebab buatkan biskut. Rumah kita dah takdak kuih raya ni"
Terharu rasa.. Patutnya aku yang berterima kasih sebab mama tolong. 

Huhuhu.. Dalam ketegasan mama tu sebenarnya, mama berlembut jugak.. 

Sayang mama.. 


Wednesday, 13 July 2016

Family

Sepanjang bulan ramadhan yang lepas, aku dan sara akan menyediakan sorang 1 hidangan.. Lepastu nanti bila mama dah balik kerja, mama akan masak lagi lauk kalau perlu. Bila masak bulan Ramadhan ni kitorang main agak je la sama ada dah cukup rasa ke belum.. Aku ni selalu fail bab letak garam.. Aku selalu letak garam sikit sebab takut masin.. Tapi kalau sara pulak, makanan dia selalu okay je.. Tak pernah tak cukup apa..

Ada suatu hari tu aku masak sotong masak sambal.. Aku masak je la ikut resepi tu.. Hehehehe.. Masa tu aku masak dengan kasih sayang sebab masa aku ikut abah pergi beli sotong tu, aku nampak abah pilih sotong tu dengan muka penuh harapan nanti mama akan masak sedap2.. Tapi mama pulak request kat aku nak sotong sambal.. So aku pun masak dengan harapan semua orang akan suka.. 
Bila masak tu I've got bad feeling pasal sotong sambal tu.. Aku dapat agak yang sotong sambal tu macam tak sedap.

Bila dah tiba masa buka puasa, kitorang pun cedokla lauk masuk dalam pinggan. Sah..! Sotong sambal tu rasa dia serba kekurangan.. Aku tak tahu apa yang kurang tapi rasa dia macam tak kena.. Lepastu aku tengok family aku semua diam je masa makan tu.. Tak bising2 macam selalu.. Aku dah rasa down.

Lepas dah makan lama sikit, abah komen "sedap".. Bibik pun komen "ha'ah sedaplah kak".. Mama tak komen tapi aku nampak mama beberapa kali tambah sotong tu ke dalam pinggan mama.. Aku rasa sebak giler.. 

Masa tu aku tunduk je sambil makan sebab aku rasa sebak giler.. Rasa macam nak nangis kat situ tapi aku tahan je.. (Cengeng betul.) Walaupun makanan yang aku masak tak menjadi, tapi family aku still support kata sedap dan bagi reaksi yang positif dan tak komen apa2 yang negatif langsung.. Aku rasa lagi bersalah sebab tak berjaya menghidangkan makanan yang sempurna untuk diorang.. 

Dalam masa yang sama aku rasa bersyukur sangat sebab dapat family yang terima kekurangan diri ini..

Dan aku rasa inilah namanya keluarga.
Saling menerima kekurangan setiap ahli.


 

Diary dapur 4

Harini ada seorang makcik ni tanya aku,

Makcik tu : dah makan..?
Aku : dah
Makcik : masak apa tadi..?
Aku : masak sup ayam. 

Lepastu aku dengar ada satu suara latar tak best dari budak yang masih bersekolah rendah. 

"Eleh sup ayam je.."

Dalam hati aku terdetik.. "Sup ayam je..?"

Kau belum rasa masakan aku.. Walaupun aku bukan pro bab masak2 ni tapi aku masak dengan kasih sayang.. Aku buat sup tu bukan pakai sup bunjut pun.. Dan aku bukannya main campak bahan dalam sup tu.. Aku tambah kasih sayang tau.. Sebab sup tu untuk keluarga aku yang makan.. Sambil masak tu aku fikirkan adam yang suka sangat makan sup ayam.. Lagi2 kalau tambah su'un dalam tu.. Adam ni kalau buat sesiapa je buat sup, selalu bertambah-tambah. Dan family member yang lain pulak nanti mesti makan nasi banjir dengan sup.. Seronok tau bila tengok family makan masakan kita.. Buat rasa bersemangat nak masak selalu..